10 September 2015

Guan Eng umum cadangan bina LRT ke Sia Boey

KETUA Menteri (tengah) menyaksikan majlis tandatangan antara Rosli Jaafar (dua dari kiri) dan Khadijah Abdul Khalid (empat dari kiri) serta dua pihak lain, pada Majlis Pelancaran Pembukaan Pameran "Kelahiran Semula Sia Boey" di pasar lama Prangin di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, tapak pasar lama yang yang dikenali sebagai Sia Boey di tengah-tengah bandaraya George Town akan turut dilengkapi dengan kemudahan Transit Aliran Ringan (LRT) demi memudahkan pengunjung ke kawasan seni dan kebudayaan unggul tersebut kelak.

"Di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, akan diwujudkan LRT demi memudahkan (pengunjung) ke tapak warisan dan seni ini," ucap Guan Eng pada Majlis Pelancaran Pembukaan Pameran “Kelahiran Semula Sia Boey” di perkarang pasar lama Prangin di sini baru-baru ini.

Selepas itu, Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam menyaksikan majlis tandatangan antara Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Dato' Rosli Jaafar dan Khadijah Abdul Khalid daripada Yayasan Haji Zainuddin, serta dua pihak lain.

Guan Eng memberitahu projek tersebut akan menelan kos pembiayaan berjumlah RM100 juta, termasuk RM30 juta yang akan ditaja oleh Ilham Penang.

Katanya, projek tersebut dijangka menjana pulangan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM500 juta kelak.

Difahamkan, PDC bersetuju memberi pajakan 30 + 30 tahun tanah berkeluasan 0.6 hektar itu kepada Yayasan Haji Zainuddin.

Sebagai balasan, Yayasan bersetuju melabur RM30 juta untuk membina dan menampung kos operasi dan penyelenggaraan sepanjang tempoh masa pajakan tersebut.

Muzium seni yang akan dibina sekurang-kurangnya 45,000 kaki persegi ruang galeri, dikira terbesar di Malaysia.

Tambah beliau, muzium ini turut menyediakan sebuah kafe atau restoran, perpustakaan, 200 kerusi auditorium dan penyimpanan kemudahan terkini.

Muzium ini percuma untuk kanak-kanak sekolah, manakala, orang dewasa hanya dikenakan bayaran nominal.

"Apabila siap, Ilham Pulau Pinang pasti akan pergi jauh ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi antarabangsa pilihan.

"Lebih penting lagi, pada zaman kelembapan ekonomi dan ketidaktentuan, Ilham Pulau Pinang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan semula bandar," katanya.

Ujar Guan Eng lagi, beliau sendiri telah mengambil perjalanan ke Southbank di London untuk menyemak Galeri Tate Modern.

"Ia (Galeri Tate Modern) pernah menjadi sebuah kawasan terbiar di mana anda akan menyaksikan rompakan atau dirompak.

"Malah, pemandu teksi tidak berani membawa anda ke tempat itu. Tetapi, hari ini, ia adalah hippiest dan tempat paling sejuk di London.

"Ia membawa masuk semula bandar dan yang menunjukkan seni juga boleh menjadi pemangkin ekonomi dan pemandu.

"Mudah-mudahan, projek ini akan melancarkan Pulau Pinang ke dalam dimensi lain," katanya.

Menurut Guan Eng lagi, Kerajaan Negeri mampu memajukan semula kawasan terbiar 'Sia Boey' menjadi suatu projek pembangunan komersial yang membawa pulangan GDV RM500 juta.

"Tetapi, adakah kita mahu satu lagi hutan terbiar...kami (Kerajaan Negeri) mahu melakukan sesuatu yang baik untuk masyarakat dan mewujudkan pusat warisan dan seni untuk anak-anak kita," katanya.

Sempena pelancaran itu, terdapat pameran awam di Pasar Prangin sehingga 13 September.

Ia, bertujuan untuk meraikan masa lalu, masa kini dan masa depan Sia Boey, dengan paparan sejarah Sia Boey yang kaya dengan kenangan.


BERITA BERKAITAN:
Guan Eng harap Sia Boey semaju kota seni Southbank Centre, London

Guan Eng harap Sia Boey semaju kota seni Southbank Centre, London

LAKARAN grafik fasa kelima pemajuan projek “Kelahiran Semula Sia Boey” menonjolkan gambaran Terusan Prangin yang kembali dipulihara di sini kelak.
SUASANA pengunjung pameran awam mengenai Sia Boey di bangunan asal 'Pasar Prangin' di sini baru-baru ini. | Foto: Law Suun Ting.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Tapak pasar lama yang dikenali sebagai 'Sia Boey' berhampiran Komtar akan dibangunkan semula sebagai Tapak Warisan Seni Pulau Pinang, dengan kos pembiayaan beberapa pihak berjumlah RM100 juta, dan dijangka menjana pulangan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM500 juta kelak.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, kelahiran semula Sia Boey secara komersial diharap mampu berkembang maju seperti Southbank Centre di tebing selatan Sungai Thames, London.

Difahamkan, Royal Festival Hall, Queen Elizabeth Hall, Purcell Room, Hayward Gallery dan Saison Poetry Library antara lokasi temasya terkenal yang menghidupkan Southbank Centre, dengan kehadirian beribu-ribu pemuzik, penari dan seniman terkemuka sejak kewujudan kota budaya tersebut pada tahun 1951, dan terus menggamit jutaan pengunjung ke daerah tersebut hingga kini.

“Ada banyak negara telahpun memanfaatkan seni, antaranya, Southbank (Centre) dekat London (iaitu) suatu pusat seni dan lukisan yang akhirnya dapat memulihkan suatu kawasan yang dianggap terbengkalai.

“Kita tentu mengharapkan usaha sedemikian (seperti di Southbank Centre) mengulangi atau membolehkan pencapaian kemajuan ini berlaku,” jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam pada Majlis Pelancaran “Kelahiran Semula Sia Boey” di sini baru-baru ini.

LEBIH 2,000 pengunjung menyaksikan persembahan koir bertaraf antarabangsa pada tahun 2012, kendalian artis terkenal Bryn Terfel di Southbank Centre berhampiran Sungai Thames di London.
GAMBAR mural unit yang dilihat menarik seakan memberi nafas baru pada bangunan-bangunan lama di Southbank Centre dekat London, hingga dipercayai terus menggamit pengunjung ke sana hingga kini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Dato' Rosli Jaafar turut menyertai majlis tersebut.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih memberitahu, Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian dengan pihak penaja, Ilham Penang, yang dijangka menelan belanja sebanyak RM30 juta.

Difahamkan, projek pemajuan di atas tanah seluas 5.5 ekar, termasuk sebuah hotel dan sebuah muzium seni rakyat yang dibiayai secara persendirian oleh Ilham Penang.

Selain muzium seni rakyat, rumah tradisional yang dipulihara semula akan menghidupkan semula kenangan 'Sia Boey', bersama-sama pembangunan lain seperti galeri seni, sekolah studio, bengkel kerja, restoran dan kafetaria.

Keseluruhan pembangunan semula dijangka siap pada tahun 2018.

“Sempena pelancaran Sia Boey, kita akan meraikan masa lalu, masa kini dan masa depan dengan pameran dibuka kepada orang ramai di Pasar Prangin mulai 6 hingga 13 September 2015.

“Datang dan lihat bagaimana Sia Boey akan mengubah Pulau Pinang sebagai destinasi seni utama bagi pelukis dan pencinta seni, bukan sahaja (memberi manfaat kepada) penduduk tempatan, malah pelacong Malaysia hatta dari Asia Tenggara,” jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Beliau turut berharap Terusan Prangin, yang menjadi wujud di sini serta dilihat sebahagian daripada identiti Sia Boey turut dapat dipulihara semula, untuk dinikmati oleh rakyat Pulau Pinang serta pelancong ke negeri ini.

Sia Boey yang membawa maksud “Penghujung Kota” adalah sebuah pasar komuniti Cina yang terkenal di tengah-tengah kota George Town.

Sebelum pertengahan kurun ke-19, kawasan sekitarnya masih belum dimajukan lagi dan Terusan Prangin yang menjadi laluan kapal pedagang masih boleh dilihat oleh komuniti setempat yang mendiami perkampungan Cina dengan rumah-rumah masih berbumbung atap.

Biar Najib Razsk perintah Malaysia hingga PRU14, sebab Rasulullah suruh bantu orang zalim?

Bekas pemimpin kami berdalih bahawa parti Islam itu tidak akan menyokong undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri, di Parlimen.

Walhal, langkah itu demi menyelamatkan ekonomi Malaysia daripada terus punah,  susulan skandal RM42 bilion 1MDB.

Katanya, masih tiada saksi dalam kes 'sumbangan' RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib Razak.

Sedangkan, qarinah itu, untuk Najib disiasat dan didakwa jika bersalah. 

Semua ini tiak boleh berlaku selagi Najib Razak di gigi kekuasaan,  sebab itu perlu hentikan Najib sebagai perdana menteri.

Sebelum bekas pemimpin kamu berdalih, tunggu Najib perintah Putrajaya hingga PRU14, elok baca sabda Rasulullah S.A.W sekuriti di bawah ini dulu:

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا. فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ -  رواه البخاري.

Maksudnya:
Daripada Anas r.a. telah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bantulah saudaramu yang zalim dan orang yang dizalimi”. Maka telah bertanya seorang lelaki kepada baginda s.a.w. : Wahai Rasulullah s.a.w., aku akan membantunya jika dia seorang yang dizalimi maka adakah pada pandangan engkau jika dia seorang yang zalim, bagaimanakah aku akan membantunya? Rasulullah s.a.w. menjawab dengan sabdanya: “Aku menahannya atau menghalangnya daripada kezaliman maka sesungguhnya itu adalah bantuan kepadanya”.  (Riwayat Bukhari)

Wallahu 'alam. 

Karnival Rumah Inap Penanti 28 Nov. 'ala-ala Kerala', kata Norlela

NORLELA Ariffin (duduk depan, kanan) bersebelahan dengan Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Amir Md. Ghazali (duduk, belakang) serta Dr. Afif Bahardin yang berdiri sambil mendudung anak sulungnya, di atas salah sebuah bot kecil di jeti Kampung Terus di sini baru-baru ini. | Foto: Ahmad Adil Mohamad
CONTOH houseboat dalam industri pelancongan rumah inap di atas sungai dekat Kerala, India. | Foto: Internet
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PENANTI - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin mahu menjadikan Kampung Terus dengan sungai yang indah di sini sebagai hub industri pelancongan berasaskan rumah inap atas perahu kecil, sebagaimana terkenal di daerah Kerala dekat India.

Karnival Rumah Inap Penanti akan dilaksanakan pada 28 November yang turut meliputi kawasan sungai Kampung Tun Sardon dan Kampung Mengkuang Titi di sini, adalah suatu Long Range Planning, iaitu satu perancangan untuk melengkapkan satu perancangan lain ke arah impian yang disebut oleh Norlala.

“Jeti ini dalam satu-satu masa boleh memuatkan 30 bot kecil, pengunjung yang menyertai karnival ini nanti antaranya berpeluang menikmati keindahan flora dan fauna dari Kampung Terus di sini hingga ke HutanPelajaran Air Hitam (dekat Tasek Gelugor).

“Sebenarnya sungai ini adalah backwater (bahagian sungai yang airnya tidak mengalir), sebab itu kandungan miniralnya sangat tinggi dan begitu selamat untuk aktiviti pelancongan.

“Kalau boleh, dibangunkan industri rumah inap terapung sebab di Pulau Pinang memang tiada lagi houseboat, macam industri pelancongan ala-ala Kerala, yang mana rumah inap di atas bot-bot kecil terapung di atas sungai ini,” jelas Norlela kepada wartawan, selepas melawat projek pemajuan jeti Kampung Terus yang hampir siap sepenuhnya di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan merangkap ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Wan Azizan Wan Ismail dan Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Amir Md. Ghazali.

Sementara menunggu jelajah desa bersama-sama Dr. Norlela Ariffin, Dr. Afif Bahardin dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di sini, Zainulfaqar Yaacob turut merakamkan gambar keindahan desa di sini, dengan kawan baru yang juga Fotojurnalis NST, Cik Zulaikha Syed Zainuzman. 
Difahamkan, projek pemajuan jeti Kampung Terus menelan kos RM60,000 daripada kelulusan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), susulan Norlela dan sekumpulan nelayan setempat memohon daripada Kerajaan Negeri, semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh lalu.

“Walaupun aktiviti nelayan di jeti ini tidak sepenuh masa, tetapi, keindahan sungai dan Kampung Terus di sini sangat berpotensi untuk aktiviti pelancongan, macam magical land sebenarnya bagi mereka yang kali pertama datang ke sini,” jelas Norlela lagi.

Norlela memberitahu bahawa projek mega industri rumah inap atas bot-bot kecil terapung di sungai backwater tersebut telahpun dibentangkan kepada Jawatankuasa Mesyuarat Tetap Pembangunan Pelancongan Negeri, Jabatan Perhutanan, serta agensi-agensi persekutuan berwajib, dan kini dalam proses menunggu kelulusan peruntukan serta pelaksanaan lanjut.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus