20 May 2014

Rumah Urut: dulu 290, sekarang 64 di P.Pinang

ULASAN BJ FAQAR

'TAiKO', Nasoruddin Shah Mat pernah merungut, mengapa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) langsung tidak datang menangkap pondan-pondan yang bergentayangan saban malam di Ropewalk Bagan, walaupun banyak aduan telahpun dibuat sebelum ini.

Pada pendapat saya, langkah penguatkuasaan hanya boleh dilakukan apabila mendapat kerjasama bersepadu daripada PDRM, IMIGRESEN, BOMBA, ADK, PBT, PBAPP dan TNB dan JHEAINPP, bukan MAINPP sahaja.

Dalam konteks Pulau Pinang, pentabdiran Guan Eng mampu mengurangkan rumah urut berlesen melalui pendekatan pentadbiran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengawal kelulusan permohonan lesen premis rumah urut, pusat hiburan dan siber kafe sahaja.

Lesen pembukaan pusat urut dan lain-lain adalah di bawah urusan Putrajaya. Urusan penguatkuasaan melalui polis dll ke atas 'hotspot seks' pun hanya boleh dilakukan apabila Putrajaya mempunyai iltizzam politik yang tinggi.

Apa yang saya nak sebutkan di sini, gejala sosial akan lebih ditangani secara pentabdiran jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, sebagaimana dilihat di Pulau Pinang selepas Umno BN tidak berkuasa lagi.

Setuju?



200 'hotspot seks' di P.Pinang palsu - Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid bahawa Kerajaan Negeri gagal mengawal operasi rumah urut sehingga lebih 200 'hotspot' didedah menawarkan khidmat seks di Pulau Pinang adalah palsu belaka.

Ketua Menteri, Y.A.B. Lim Guan Eng pagi tadi menegaskan, pentadbirannya sejak tahun 2008 berjaya mengurangkan bilangan rumah urut berlesen sehingga tinggal 64 sahaja, berbanding 290 buah dikenal pasti beroperasi pada era Umno Barisan Nasional menguasai Kerajaan Negeri dulu.

"Dari segi bilangan lesen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri hari ini adalah jauh lebih rendah kalau dibandingkan dengan (bilangan lesen urut yang diluluskan) Barisan Nasional," celah Guan Eng pada sesi perbahasan Jahara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini. 

Menurut Guan Eng, Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi semasa dihubungi baru-baru ini pun mengaku bahawa polis sendiri tiada maklumat berwajib berhubung pendedahan badan penyelidik Northern Network for Migration & Refugees (JUMP) di akhbar The Star bertarikh 6 April.

"Polis pun tiada maklumat mengenai (kajian JUMP) ini dan dia (Abdul Rahim) sendiri berasa ini berita (The Star) palsu," ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Justeru, Guan Eng menasihatkan Jahara yang juga ADUN Teluk Air Tawar supaya menghubungi Abdul Rahim sendiri bagi mendapatkan maklumat sahih berhubung laporan JUMP yang didakwa palsu itu.

Terdahulu, penyelidik JUMP, Todd Morrison mendedahkan, lebih 200 'hotspot seks' tersebut dikenal pasti berdasarkan maklum balas 172 pemandu teksi di negeri ini. 

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus