SEMUA kita tahu bahawa isu peneroka FELDA ditipu
hidup-hidup oleh pentadbiran Najib Razak adalah isu dalam jalur kepentingan Melayu.
Sebab itu, blogger Umno seperti
penembak babi cuba menggambarkan bahawa tidak ada Cina DAP menyertai perhimpunan
Oren semalam.
Mungkin pentadbiran Najib Razak bimbang, jika rakyat terbanyak di negara ini melihat serta menyedari bahawa
Oren ini juga nyata disertai oleh pelbagai kaum, baik Melayu, Cina, India, Sikh dll sebagaimana yang dilihat dalam Bersih 3.0 lepas dan
Hijau .
Perkara ini hampir tidak berlaku semasa Bersih 1.0 dan Bersih 2.0. Yang kena
belasah oleh 'polis raja di Malaysia' dalam dua perhimpunan aman itu adalah Melayu.
Tapi, Bersih 3.0 menyaksikan Melayu, Cina dan India sama-sama dibedil dengan meriam air dan gas pemedih mata serta
diterajang oleh 'anjing' Umno ini.