WARDIYATUL Fathi Othman (belakang, paling kiri) dan tenaga pendidik lain bergambar kenang-kenangan dalam satu lawatan sambil belajar, sebelum ini. |
DEMi anak yang sakit, beliau mengambil
keputusan untuk berhenti dari kerjaya sebagai pensyarah di sebuah universiti
swasta.
Dari situ, beliau mencipta kerjayanya,
supaya boleh terus menjaga hal kebajikan anak yang sedang sakit.
Beliau pernah mengambil upah mengajar
murid membaca, sehinggalah tertubuhnya pusat jagaan kanak-kanak, taman asuhan
kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak pra sekolah (tadika) di Taman
Seri Indah, Kepala Batas, yang dikenali sebagai Tadika Intan Gemilang ABS.