10 March 2014

Siap sedia Reformasi Putrajaya, tegas Anwar



SEBERANG JAYA - Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di pentas Permatang Pauh ke Kajang dekat Seberang Jaya malam tadi disambut dengan laungan 'Allahu Akbar', 'reformasi' dan 'turun Najib' oleh hampir 5,000 penyokongnya, digambarkan mengulangi detik pemulaan Reformasi'98 semasa pemimpin utama pembangkang itu dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Anwar secara tegas meminta rakyat berbuat perhitungan akhir terhadap pentadbiran Umno BN yang didakwa mencabul sistem kehakiman negara.

"Kerana saya disebut MB (Menteri Besar Selangor) jika menang di Kajang, mereka ugut saya dengan kes fitnah (liwat) II ini, tapi, saya tidak akan tunduk dan rakyat biar rakyat buat penghakiman kes atas ini, serta dakwaan menghasut yang dikenakan kepada Karpal Singh.

"Kali ini, tiada lagi tolak-ansur, apapun yang mereka (Putrajaya) buat, rakyat hakim yang akan buat keputusan...rakyat sentiasa siap sedia reformasi negara," tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Anwar turut menggempur penyokongnya untuk turun memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Hari Penamaan PRK Kajang serta hari bicara Karpal Singh, nanti.

"Selepas selesai Penamaan Calon esok (Selasa), terus kita ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk bersama saudara kita, Karpal Singh," tegas Anwar.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu minta rakyat bersedia untuk mendepani sebarang kemungkinan.

"Kamu (Umno BN) tipu rakyat, kamu paksa kami tunduk pada kezaliman kamu.

"Sama ada Anwar atau Karpal atau sesiapa pun yang dizalimi, PAS akan berdiri tentang habis-habisan puak zalim ini," ujar Mohamad, sebelum itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Datuk Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri II), Dr.Afif Bahardin (Ketua AMK Pulau Pinang merangkap Exco Kerajaan Negeri), Datuk Abdul Halim Hussain (Ketua Jentera PR Pulau Pinang Ke Kajang), Jap Samad (Geram), Zulkefli Saad (Lang-Gar), Nizam "Ahli Fikir" (SAMM Pulau Pinang), Mohd. Ikhwan Nasir Mohamad Isa (Jingga 13), Danial Gooi (Hapus) dan Zainulfaqar Yaacob (Ragas) turut berucap di pentas anjuran 13 NGO, diketuai oleh Sdr. Amir Md. Ghazali (Pengasas Skuad Keadilan Malaysia, SKUAD).

"Kalau Reformasi 2.0 bermula pada malam ini, pentas 13 NGO ini akan bersama Datuk Seri (Anwar Ibrahim) untuk gembling rakyat bulat tekad tolak pemimpin zalim negara yang pijak perlembagaan negara serta cabul kebebasan mahkamah kita sekarang," tegas 'DAP Melayu' Khairul Ishak yang mempengerusikan majlis ceramah politik, malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus