10 March 2014

"Kami bukan perintis Buku Jalanan, tiru idea baca percuma saja..."


B.A.C.A. ‘Buku Jalanan’ percuma – M. Fitri

SUASANA sambutan pengunjung Taman Vision di sini.
Selalunya, Perpustakaan menyediakan perkhidmatan meminjam buku.

Jalan-Jalan baru-baru ini mendekati sekumpulan anak muda yang melakukan aktivitu serupa di Taman Vision, bersebelahan Masjid Abdullah Fahim dekat Bertam, Kepala Batas.

Menarik.

Beralaskan kain kosong, kumpulan muda ini menyusun semua koleksi buku-buku peribadi masing-masing untuk dipinjam serta dibaca oleh pengunjung di sini secara percuma

Paling banyak buku genre sejarah dan politik tanah air. Buku cerita untuk kanak-kanak tak kurang juga.

MOHAMAD Fitri sedang diinterbiu oleh BJ Faqar.
Koordinator, Mohamad Fitri Termizi, bekerjaya sebagai pemandu pelancong.

Anak muda itu baru graduasi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), dalam jurusan Hal Ehwal Ehwal Pengurusan Antarabangsa.

Menurut beliau, program B.A.C.A. 'Buku Jalanan' ini adalah insiatif bersama-sama beberapa aktivis lain seperti 'Abu Nawas', 'Mat Pon Revera', 'Ayah Halim' dan beberapa orang lagi.

Walaupun baru dilancarkan sebulan yang lalu, program tersebut telahpun menerima sukarelawan lebih 40 aktivis muda, dari pelbagai latar belakang sosial.

BERSAMA 'Ayah Halim', aka ayah kepada Adam Adli.
Mohamad Fitri memberitahu, dua Ahli Majlis dari Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ahmad Tarmizi Abdullah dan Mohamad Shaipol Ismail memainkan peranan penting dalam menjayakan program aktivis ini.

"Kami bukanlah perintis seperti yang diakui sesetengah pihak yang menganjurkan program seumpama ini.

“Kami pinjam idea Buku Jalanan ini untuk di bawah ke Pulau Pinang," ujar Mohamad Fitri kepada fotojurnalis Zainulfaqar Yaacob aka 'BJ Faqar' baru-baru ini.

Apa itu B.A.C.A.?
Umumnya, Mohamad Fitri memberitahu, progran 'Buku Jalanan' ini sebenarnya untuk kempen membaca buku secara percuma.

Kumpulannya percaya, membaca boleh memangkin pada perubahan sosial di tanah air ini.

Isteri tercinta, Hajjar Hassan & anak, Insyirah Zainulfaqar
"B.A.C.A. bukan sekadar makna 'iqra'' (bacalah), tetapi, akronim book (buku), art (kesenian), culture (kebudayaan) dan activism (aktivisme).

"Pertama kali, orang tengok kami pun mereka mungkin berasa pelik. Anak-anak muda ini jual buku terpakaikah?

"Matlamat kami sebenar, gerakan budaya membaca. Membaca adalah percuma, itu saja," seloroh beliau.

Difahamkan, program B.A.C.A. 'Buku Jalanan' ini telah wujud dekat beberapa lokasi lain, seperti di Shah Alam, Manjung dan sebagainya.

Anak muda digembling untuk membaca dan berkongsi bakat aktivisme lain melalui program seumpama ini, secara santai dan inklusif.

Program seumpama itu sekaligus dijadikan pusat perkembangan bakat aktivis muda, demi merobah masa depan negara agar lebih memberi manfaat kepada rakyat terbanyak.

INI semua orang kuat di sebalik Projek B.A.C.A. Buku Jalanan di Taman Vision, Bertam. (Dari kiri) Abang Abu Nawas, Mat Pon Revera, Mohamad Fitri Termizi dan 'Ayah Halim'. Abang Tarmizi Abdullah (Ahli Majlis MPSP) tiada dalam gambar ini kerana dia ambil upah part-time ambil gambar empat jejaka aneh ini.

Projek aktivisme di Pulau Pinang?
Mohamad Fitri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana membawa tadbir urus yang jauh lebih baik berbanding Kerajaan Negeri sebelum ini.

AHLI Majlis, Shaipol dok perembang gambaq apa tuu
Pun begitu, beliau berharap usaha meruangkan partisipasi anak muda dengan program Kerajaan Negeri wajar diteruskan.

Itu, katanya lagi, termasuk memanfaatkan sumbangan anak muda melalui Penang Institude (PI) dan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), yang baru ditubuhkan tahun lepas.

"Di Pulau Pinang bukan tidak ada apa-apa untuk orang muda.

"PI umpamanya, telah melakukan yang terbaik, termasuk membawa wacana awam mengenai Seniman Agung Negara, Allahyarham P.Ramli ke Kepala Batas, sebelum ini.

AHMAD Tarmizi (berdiri, kiri) & Saiphol (berdiri, kanan).
"Ada pihak melihat orientasi PI ini lebih orientasi satu hala, serta tidak 'turun ke bawah'.

"Saya tidak setuju dengan pendapat pihak terbabit, tetapi, saya yakin PI boleh membuat lebih baik dari itu.

"Macam program B.A.C.A. Buku Jalanan, kita cuba untuk 'turun ke bawah' semungkin boleh.

"Kita tak mahu program Buku Jalanan ini eksklusif, tapi kita nak inklusif untuk semua," jelas beliau lagi.

Selain projek membaca buku secara percuma, Fitri memberitahu, pihaknya sejak merancang penganjuran 'busking', 'Forum Orang Kampung', deklamasi puisi, bedah buku dan sebagainya pada masa depan kelak.
MAT Pon Revera (dua dari kiri) tengah dok adjust aweks. Mohamad Fitri sekadar pegang plakad sahaja kerana takut dengan tunangnya di Afrika. Jangan bimbang, Ayah Halim ada untuk jaga dua aktivis muda ini supaya jangan tersesat jauh dari landasan agama. LOL!

Sertai program B.A.C.A. 'Buku Jalanan' di Taman Vision pada hari Ahad minggu pertama dan ketiga tiap-tiap bulan, sejurus selepas waktu Asar.

Info lanjut atau urusan partisipasi demokrasi, hubungi Mohamad Fitri 0134649080 atau emel fitritermizi@gmail.com atau laman facebook www.facebook.com/bukujalananbertam.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus