Skip to main content

Posts

Showing posts from March 30, 2016

Jelas Kerajaan Pulau Pinang terdahulu tiada hasrat bangunkan PPR fasa dua Taman Manggis

Sumber: Facebook Buletin Mutiara

GEORGE TOWN - Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo hari ini mendedahkan beberapa dokumen rasmi Kerajaan Negeri terdahulu (Kerajaan Negeri Barisan Nasional, BN) yang jelas menunjukkan bahawa pihak berkaitan memang tidak berhasrat untuk membangunkan tanah di Lot 314 dan Lot 305, Seksyen 16, Daerah Timur Laut sebagai projek perumahan rakyat (PPR).
Menurut Jagdeep, sebelum ini, satu memorandum bertarikh 1 Julai 2003 disebarkan pihak tidak bertanggungjawab secara meluas kepada media, dikatakan daripada Pengarah Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang antara lain menyatakan terdapat cadangan untuk membina satu blok tambahan setinggi 14 tingkat (160 unit) rumah PPR di atas baki 1,251 ekar tanah di Taman Manggis.
Walau bagaimanapun, jelas Jagdeep, hasil semakan pihaknya mendapati bahawa cadangan bagi tahun 2003 itu telahpun digantikan dengan cadangan lain pada tahun 2005 supaya tapak tersebu…

Guan Eng syor Pusat keluar peruntukan pasang AED seperti inisiatif Kerajaan Pulau Pinang

KEBUN BUNGA - Kerajaan Pusat disyor menyalurkan peruntukan kepada semua negeri termasuk Pulau Pinang ,untuk memasang peranti 'Automated External Defibrillator' (AED).
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk memasang AED di 10 lokasi strategik, sebagai inisiatif menyelamatkan nyawa mangsa serangan jantung pada waktu kecemasan di tempat awam. “Bukan sahaja kita (Pulau Pinang) yang buat, tetapi dia (Pusat) perlu buat di semua negeri.
“Tak boleh bergantung pada Kerajaan Negeri semata-mata, sebab tak mungkin kita dapat pasang AED dengan begitu banyak,” ujar Guan Eng yang juga ADUN Air Putih pada Majlis Pelancaran AED di Taman Botani di sini baru-baru ini.
Hadir sama, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan merangkap ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin.
Difahamkan, Kerajaan Negeri di bawah inistiaf Penang Heart Safe mengeluarkan peruntukan sebanyak RM41,340 untuk perin…

Hadapi risiko hukuman penjara jika maju tanah tanpa kebenaran MBPP

GEORGE TOWN – Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato' Patahiyah Ismail berkata, pihaknya melalui Timbalan Pendakwa Raya akan menggunakan akta yang lebih menjurus pada hukuman penjara ke atas mereka yang memajukan tanah secara 'haram' serta tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Kita serius menangani masalah ini sekarang, mana-mana pemilik tanah yang membuat kerja tanpa kebenaran Majlis, kita akan dakwa lebih kepada hukuman dipenjarakan.
“Namun, walaupun kita berhasrat berbuat demikian, kita hanya boleh minta, tetapi ia adalah tertakluk kepada keputusan mahkamah,” ujar beliau, selepas mempengerusikan Mesyuarat Biasa Majlis dekat Dewan Bandaraya di sini baru-baru ini.
Setiausaha Bandaraya, Ir. Ang Aing Thye, Ahli Majlis MBPP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perancangan Pemajuan, Joseph Ng Soon Siang dan Penasihat Undang-undang MBPP, Shamiah Bilal turut sertai sidang media itu.
Menurut Patahiyah, tahun lalu terdapat satu kes membabitkan satu pi…