30 March 2016

Guan Eng syor Pusat keluar peruntukan pasang AED seperti inisiatif Kerajaan Pulau Pinang

SEORANG remaja (kiri) dilatih melakukan CPR serta menggunakan AED, dengan bimbingan daripada seorang anggota jawatankuasa pengelola Penang Heart Safe di sini baru-baru ini.

KEBUN BUNGA - Kerajaan Pusat disyor menyalurkan peruntukan kepada semua negeri termasuk Pulau Pinang ,untuk memasang peranti 'Automated External Defibrillator' (AED).

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk memasang AED di 10 lokasi strategik, sebagai inisiatif menyelamatkan nyawa mangsa serangan jantung pada waktu kecemasan di tempat awam.
Bukan sahaja kita (Pulau Pinang) yang buat, tetapi dia (Pusat) perlu buat di semua negeri.

Tak boleh bergantung pada Kerajaan Negeri semata-mata, sebab tak mungkin kita dapat pasang AED dengan begitu banyak,” ujar Guan Eng yang juga ADUN Air Putih pada Majlis Pelancaran AED di Taman Botani di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan merangkap ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin.

Difahamkan, Kerajaan Negeri di bawah inistiaf Penang Heart Safe mengeluarkan peruntukan sebanyak RM41,340 untuk peringkat pemulaan pemasangan 10 AED di Pulau Pinang.

Selain belajar menggunakan AED, orang yang turut yang menyertai majlis Penang Heart Safe turut didedah mengenai kaedah melakukan CPR atau prosedur untuk mengembalikan denyutan jantung dan pernafasan mangsa serangan jantung, melalui pengepaman jantung secara luaran dengan menggunakan tangan dan bantuan pernafasan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus