Skip to main content

Posts

Showing posts from August 22, 2017

YDP MPSP sasar Seberang Perai diiktiraf Bandar Raya Pintar, Rendah Karbon 2022

ROZALI Mohamud.

Wawancara | Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mensasarkan Seberang Perai diiktiraf sebagai Bandar Pintar serta rendah karbon pada tahun 2022, iaitu dalam tempoh lima hingga enam tahun dari sekarang.
Yang di-Pertua Majlis MPSP, Dato' Sr. Rozali Mahmud memberitahu salah satu cabaran terbesar untuk mencapaikan impian itu adalah meningkatkan mutu kebersihan di ketiga-tiga daerah Seberang Perai.
"Cabaran terbesar bagi saya adalah meningkatkan mutu kebersihan, mengurangkan penjanaan sampah, mengurangkan carbon footprint.
"Walaupun persekitaran Seberang Perai lebih bersih dari tahun ke tahun, namun aspek pembersihan perlu dipertingkat untuk mencapai taraf Bandar Raya Pintar serta rendah karbon," jelas Rozali.
Beliau memberitahu perkara itu pada sesi wawancara bersama-sama fotojusnali Zainulfaqar Yaacob.
Rozali merupakan Setiausaha Perbandaran bagi MPSP, ketika Dato' Maimunah Mohd. Sharif menyandang jawatan Yang di-Pertua Majlis bagi pihak berkuasa temp…

Boon Poh dedah minit mesyuarat, akui jalankan tugas Exco sahaja

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Sambil mendedahkan satu minit mesyuarat berwajib, Phee Boon Poh mengaku beliau hanya hanya melaksanakan peranan sebagai Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam sahaja, ketika mengeluarkan satu surat penangguhan penguatkuasaan ke atas sebuah kilang tanpa lesen di Kampung Sungai Lembu dekat Penanti.
"Ya, mereka (pemilik kilang tanpa lesen berkenaan) telah memohon (pelingkungan semula dari Zon Pertanian menjadi) zon perindustrian, tapi telahpun ditolak," jelas Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu.
Penjelasan itu sekaligus menyanggah fitnah beberapa media arus perdana mesra Barisan Nasional, yang mengaitkan Boon Poh secara peribadi dengan kepentingan kilang tersebut.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang juga Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam, dan Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan …

Takkan Malaysia tiada jurutera seperti China, layak bina ECRL?

Kereta api terpantas dunia dari Beijing ke Shanghai dijadual mula beroperasi pada akhir bulan September 2017, dengan pecutan satu jam perjalanan sejauh 1,318 kilometer. | Gambar: RT.com

Oleh: Zainulfaqar Yaacob 
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 
Wacana Ekonomi | Bidang mechatronics engineering ini adalah bidang yang baharu. 
Ia bukan semacam bidang kejuruteraan bina rumah mampu milik yang sektor Kerajaan dan swasta telah ada pengalaman kejuruteraan lebih 3 dekad ketika ini.
Kalau projek kereta api terlaju duniaini nak dilaksanakan di tanah air Malaysia suatu hari nanti pun, fasa pertamanya mungkin 100% melibatkan jurutera dari negara republik berkenaan. 
Fasa kedua dan seterusnya barulah melibatkan jurutera warganegara yang telah menimba pengalaman dan ilmu dalam bidang mechatronics engineering (mechanical engineering + electronics engineering)
Bidang mechatronics engineering ini pun mungkin akan wujud di salah satu universiti awam kerana ada cendekiawan yang terlibat dalam kerja rek…