26 July 2013

Harus atau haram YB non-Muslim DAP memasuki masjid?

SOALAN PEMUDA:
Sebenarnya saya terkejut apabila Ustaz tengah-tengah bertazkirah di Surau Permaijaya dekat Alma (dalam Parlimen Bukit Mertajam) boleh mengarahkan AJK Surau mempelawa masuk Adun DAP Chong Eng ke dalam Surau. Sungguhpun niat Ustaz mungkin baik atau atas sebab dakwah, bukan Islam mana boleh masuk ke rumah Allah, tak kira lah masjid atau surau sekalipun. Mohon komen.

FATWA FAQAR RAMADAN:
Terima kasih atas soalan yang diberikan.

Terdapat dua pendapat berhubung status hukum bukan Islam masuk ke dalam masjid, iaitu:

A. Haram
B. Harus.

A) Hujah mereka yang melarang atau mengharamkan bukan Islam dari masuk ke masjid:

1. Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang Musyrik itu adalah najis. Justeru, mereka tidak boleh menghampiri masjidil haram selepas dari tahun mereka ini..." [Surah At-Taubah:28]
Berdasarkan zahir nas al-Quran ini, larangan bukan Islam masuk ke Masjidil Haram itu membawa maksud haram.

2. Berdiri atas nas yang sama, maka, dilarang juga bukan Islam dari masuk ke dalam semua masjid yang lain demi memelihara kesucian masjid atau surau sebagai rumah Allah seperti Masjidil Haram.

Larangan ini, menurut mereka, adalah suatu sadd az-zara'e atau jalan menutup pintu-pintu haram.

3. Seperti umat Islam, dilarang masuk ke masjid atau surau antara lain disebabkan tidak suci (baca: dalam keadaan haid) sehinggalah bermandi junub (baca: mandi wajib), bukan Islam yang sedia maklum dalam keadaan tidak suci serta tidak bermandi junub lebih-lebih lagi lah dilarang masuk ke rumah Allah.

Berdasarkan tiga hujah di atas, status bukan Islam masuk ke masjid atau surau dilarang dan hukumnya adala haram.

B) Hujah mereka yang membenarkan atau mengharuskan bukan Islam dari masuk ke masjid:

1. Terdapat nas berbentuk hadith yang menunjukkan Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah melarang bukan Islam dari masuk ke masjid pada zamannya, bahkan menjadi sebahagian dari sunnah baginda S.A.W.

Summamah bin Ussal pernah diikat sendiri oleh Rasulullah s.a.w pada tiang dalam Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah kerana lelaki musyrikin itu melakukan satu kesalahan.

Sepanjang diikat dalam masjid, bukan Islam itu menyaksikan amalan-amalan umat Islam (baca: para Sahabat r.a.hum) yang terpuji sehingga melunakkan hati lelaki musyrik berkenaan.

Selepas dibebaskan, Summamah sendiri pergi kel suatu lembah yang dikenali sebagai wadi Al-'Aqiq dan mensucikan diri (mandi) di situ.

Selepas itu, Summamah kembali ke Masjid Nabi, lalu, memeluk Islam.

Sungguhpun ada nas qat'i dari al-Quran (ayat 28 Surah At-Taubah) melarang musyrik dari masuk ke Masjidil Haram di Makkah Al-Mukarramah, namun,

Nas ini menyerlahkan bahawa sunnah Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah melarang bukan Islam dari masuk ke Masjid Nabi di Madinah Al-Munawwarah

2. Ayat 28 dari Surah al-Baqarah sendiri sebenarnya secara khusus menyebut musyrik dilarang masuk ke dalam Masjidil Haram sahaja, bukan semua rumah Allah yang lain.

Bahkan tidak ada nas yang sahih lagi soreh melarang bukan Islam dari masuk ke dalam masjid, selain dari Masjidil Haram.

3. Hadith yang melarang orang berjunub dari memasuki masjid sendiri sebenarnya adalah dhoif (lemah). Ini kerana, salah seorang perawi yang dikenali sebagai Al-Aflat bin Khalifah dinilai oleh para muhadithin sebagai perawi yang lemah.

Sesungguhnya sumber hukum qat'i terdiri oleh al-Quran dan al-Hadith yang sahih, manakala, sumber yang dzonni pula terdiri oleh ijmak dan qias. Hadith daif tidak boleh dijadikan hujjah.

Dengan erti kata lain, orang yang berjunub dibenarkan masuk ke masjid kerana tidak ada nas yang sohih lagi soreh melarangnya.

4. Sesungguhnya perintah dan larangan dalam Islam ditaklifkan ke atas mukallaf sahaja dan orang bukan Islam tidak tertakluk dalam maksud mukallaf.

Justeru, larangan orang berjunub dari memasuki masjid jika berdiri atas nas yang saheh lagi soreh sekalipun, bukan Islam tidak tertakluk pada larangan itu atas sebab ia bukan mukallaf.

Apabila tiada ada nas yang soheh  lagi soreh, kaedah fiqh (qawa'id al-fiqiyyah) menyebut asal sesuatu perkara adalah haru (al-Aslu fil asya' al-ibahah). 

Tuntas itu, saya berpendapat bahawa status hukum bukan Islam memasuki masjid adalah HARUS.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus