30 March 2012

Tender baru bukan tutup lemah NFC, dalih Noh

Akhirnya Umno membuka tender baru NFCorp selepas dakwaan keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeleweng RM250 juta didedah.

Shahrizat baru melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas menerima desakan dalam parti dan rakyat Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun berkata, langkah membuka tender baru NFCorp itu bukan bertujuan untuk menutup kelemahan syarikat tersebut atau kelemahan Umno sendiri.

"Secara dasarnya, itu tidak betul, NFCorp ditubuhkan kerajaan untuk kita menambahkan hasil pengeluaran daging lembu, sebab terlalu banyak daging lembu yang kita import dari luar bagi memenuhi pemintaan segera," dalih beliau.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai proses mendapatkan semula RM250 juta yang didakwa diseleweng oleh beberapa pemimpin Umno selain Shahrizat.

Dalam perkembangan berkaitan, Noh dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), menurut PKR, disebut-sebut terlibat dalam skandal bersama-sama keluarga Shahrizat. -END

Shaik Hussein tolak nasihat Guan Eng hadapi saman fitnah

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydian menolak nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya menghentikan fitnah terhadap kerajaan negeri kononnya menjual tapak masjid di kawasan Bayan Mutiara.

"Saya tidak gentar dengan Guan Eng, Jangan sama hanya semata-mata nak tutup isu ini," ujar Shaik.

Kenyataan balas Shaik itu merujuk pada kenyataan Guan Eng sebelum ini mahu menyaman beliau dan akhbar Utusan Malaysia kerana terus mengfitnah beliau dan kerajaan negeri.

Guan Eng berkata, kesabarannya bukan sahaja langsung tidak diendahkan, malah menderong mereka untuk terus mengamalkan fitnah.

(Berita ringkas)

Phahrolrazi, Dr Ismail 'dikecilkan' selepas angkat sumpah Exco 5 April?

Dua pemimpin PAS Kedah yang berbeza pendapat dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak sebelum ini mungkin diberi peranan yang lebih kecil selepas mengangkat sumpat sebagai Exco pada 5 April depan.

Peranan Timbalan Pesuruhjaya PAS I Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh (Timbalan Pesuruhjaya PAS II) sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah mungkin 'dikecilkan' berbanding sebelum ini.

Malah, desas-desus yang diterima antara lain memberitahu, Azizan akan membuat rombakan besar-besaran supaya dominasi siasah Pesuruhjaya PAS Kedah itu kekal sungguhpun menerima partisipasi Jawatankuasa Pemandu yang dilantik oleh PAS Pusat.

Sumber-sumber memberitahu, Phahrolrazi mungkin akan menyandang port-folio membabitkan sumber, bekalan air dan tenaga.

Berbanding sebelum ini, Phahrolrazi menyandang port-folio yang lebih berpengaruh, iaitu berhubung perumahan dan kerajaan tempatan.

Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang dilihat mengetepikan keputusan majlis syura PAS Kuala Kedah serta Phahrolrazi dengan menyokong Azizan mungkin akan mengambil port-folio Phahrolrazi sebelum ini.

Manakala Dr Ismail pula kemungkinan tidak lagi menyandang port-folio mengenai pembangunan sumber manusia, sains, inovasi dan teknologi komunikasi.

Tidak cukup dengan itu, sumber dalaman mendedahkan, Phahrolrazi dan Dr Ismail tidak akan diberikan elaun Exco sepanjang tempoh tidak memegang jawatan selepas perkhidmatan mereka tamat pada 7 Mac lepas.

Pun begitu, Azizan ketika dihubungi beberapa media hanya mengesahkan bahawa kedua-dua Exco yang menegur amalan tidak demokratik beliau itu dijadualkan mengangkat sumpat pada Khamis ini.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menguji pentadbiran Azizan sama ada berlapang dada dengan nasihat kedua-dua Exco berkenaan selain Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan oleh PAS Pusat. -END

'Mini kasino' dalam kebun sayur kantoi!

Di sebalik bengkel kenderaan yang terletak di pinggir hutan serta dikelilingi kebun sayur di Kampung Batak dekat Sungai Ara, George Town, siapa sangka terdapat .mini kasino'.

'Mini kasino' yang popular di kalangan kaki judi berumur itu dilengkapi 16 kamera litar tertutup serta dikawal oleh beberapa tontot.

Namun, tak sampai sebula beroperasi, polis dari Unit Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman membuat serbuah pada 9.30 malam kelmarin.

Dilaporkan, beberapa pihak polis sebelum pada itu terpaksa menyamar sebagai kaki judi supaya tiada ada yang terlepas dalam operasi penguatkuasaan tersebut.

Ketua Operasi D7, Deputi Superintender Tan Tin Heng berkata, pasukan mengambil masa begitu lama untuk membuat risikan sebelum bertindak.

"Polis terpaksa mengumpul maklumat daripada orang awam dan membuat penyamaran sebelum membuat serbuan malam tadi (kerlamrin), ujarnya dari tempat kejadian.

Beliau berkata operasi 'mini kasino' itu berselindung di sebalik bengkel membaiki kenderaan.

Pun begitu katanya, pemilik bengkel kenderaan dengan sindiket perjudian itu sedang disiasat.

Seramai 63 kaki judi ditahan, termasuk 17 wanita. Mereka berusia antara 30 tahun hingga 70 tahun.

Kira-kira RM45,000 tunai serta cip untuk tujuan perjudian turut dirampas.

Perkembangan terbaru itu mencerminkan proses menguatkuasa undang-undang di negeri berkenaan serius demi merialisasikan "Pulau Pinang Hijau, Bersih dan Selamat".

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus