30 March 2012

Phahrolrazi, Dr Ismail 'dikecilkan' selepas angkat sumpah Exco 5 April?

Dua pemimpin PAS Kedah yang berbeza pendapat dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak sebelum ini mungkin diberi peranan yang lebih kecil selepas mengangkat sumpat sebagai Exco pada 5 April depan.

Peranan Timbalan Pesuruhjaya PAS I Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh (Timbalan Pesuruhjaya PAS II) sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah mungkin 'dikecilkan' berbanding sebelum ini.

Malah, desas-desus yang diterima antara lain memberitahu, Azizan akan membuat rombakan besar-besaran supaya dominasi siasah Pesuruhjaya PAS Kedah itu kekal sungguhpun menerima partisipasi Jawatankuasa Pemandu yang dilantik oleh PAS Pusat.

Sumber-sumber memberitahu, Phahrolrazi mungkin akan menyandang port-folio membabitkan sumber, bekalan air dan tenaga.

Berbanding sebelum ini, Phahrolrazi menyandang port-folio yang lebih berpengaruh, iaitu berhubung perumahan dan kerajaan tempatan.

Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang dilihat mengetepikan keputusan majlis syura PAS Kuala Kedah serta Phahrolrazi dengan menyokong Azizan mungkin akan mengambil port-folio Phahrolrazi sebelum ini.

Manakala Dr Ismail pula kemungkinan tidak lagi menyandang port-folio mengenai pembangunan sumber manusia, sains, inovasi dan teknologi komunikasi.

Tidak cukup dengan itu, sumber dalaman mendedahkan, Phahrolrazi dan Dr Ismail tidak akan diberikan elaun Exco sepanjang tempoh tidak memegang jawatan selepas perkhidmatan mereka tamat pada 7 Mac lepas.

Pun begitu, Azizan ketika dihubungi beberapa media hanya mengesahkan bahawa kedua-dua Exco yang menegur amalan tidak demokratik beliau itu dijadualkan mengangkat sumpat pada Khamis ini.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menguji pentadbiran Azizan sama ada berlapang dada dengan nasihat kedua-dua Exco berkenaan selain Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan oleh PAS Pusat. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus