08 August 2017

Anak Bruce Lee pilih P.Pinang set penggambaran filem kisah hidup muda ayahnya

KETUA Menteri menyampaikan cenderamata kepada Shannon Lee, iaitu anak lagenda seni bela diri terkenal dunia Bruce Lee di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pulau Pinang akan menjadi salah satu lokasi pergambaran filem "Little Dragon" yang mengisahkan kehidupan lagenda seni bela diri terkenal dunia bernama Bruce Lee ketika usia muda, kata anaknya Shannon Lee.

Shannon Lee dalam sidang media bersama-sama Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu penggambaran filem biografi ayahnya itu dijadual bermula antara bulan September hingga November tahun ini.

"Kami akan berusaha untuk meniru era 1950-an di Hong Kong. 

"Sebahagian sesi pergambaran akan dilakukan di Pulau Pinang, sebelum kami menuju ke studio Pinewood Iskandar Malaysia dekat Johor Baru, dan lalu ke Foshan (dekat negara) China untuk penggambaran filem.

"Ini adalah filem mengenai kisah benar ayah saya, Bruce Lee, daripada mana beliau datang dan apakah keistimewaan yang mungkin kebanyakan orang ingin tahu," katanya dalam sidang media di Komtar, 8 Ogos lepas.

Katanya lagi, filem berdurasi kira-kira dua jam itu akan diarah oleh pengarah terkenal, Shekhar Kapur dan dijangka akan ditayangkan pada akhir tahun depan.

Sementara itu, Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam menzahirkan rasa bangga kerana dalam filem terbaru ini, bangunan-bangunan warisan di sekitar George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO akan dijadikan latar belakang kisah hidup usia muda Bruce Lee pada era 1950-an dulu.

"Kita (Kerajaan Negeri) begitu berminat sebab anak Bruce Lee ada di sini, dan memilih Pulau Pinang untuk penggambaran filem ayahnya," ujarnya yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim turut sertai sidang media itu.

Seperti MRT, adakah tak berbaloi juga bina sekolah jika tiada ROI kepada Kerajaan?





Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial


Wacana Ekonomi | Kerajaan Pusat patut tak buat sekolah rendah dan sekolah menengah kebangsaan jika ambil kira pulangan hasil pelaburan (ROI) semata-mata.

Tanya Cikgu Besar Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh tempat #InsyirahSolehah mengaji pun, beliau akan mengakui bina sekolah bukan boleh jana untung. Belanja gaji cikgu dll bertambah, ada laaa.

Kita ikut logik Neo Liberalisme atau Orde Liberalisme dengan mempopularkan idea penswastaan sekolah. Belanja Kerajaan akan berkurangan apabila sekolah rendah dan menengah pun kita swastakan.

Tapi, ada kesan berganda yang lain walaupun Kerajaan Pusat tetap berbelanja lebih untuk bina sekolah. Antaranya, kegiatan ekonomi berlaku sebab cikgu ada gaji, produktiviti buku dan makanan wujud sebab keperluan cikgu dan murid-murid. Murid-murid bijak sebab Kerajaan sedia sekolah untuk mereka belajar walaupun tiada ROI pun.

Harapan patut melihat bagaimana projek fasa II MRT Kajang umpamanya mewujudkan kesan berganda (multiplier effect) daripada segi ekonomi dan sosial membabitkan rakyat dan negara. 

Jangan percaya Malaysia akan bankrap sebab Kerajaan lebih berbelanja untuk meningkatkan kuasa produktiviti negara dan kuasa membeli rakyat.

Malaysia tak akan bankrap jika hutang terkumpul negara melebihi 55% berbanding GDP, kerana kekangan perundangan bukan bermakna wujud kekangan kewangan di Bank Negara Malaysia sendiri. 


Siap MRT Kajang belanja duit mana, kenapa hutang Pusat tak bertambah? 
 
Bayangkan RM46 bilion kos Pelan Induk Pengangkutan P.Pinang dalam bentuk 'hutang korporat'

Setuju?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus