Skip to main content

Posts

Showing posts from October 7, 2014

Pengusaha tuntut SPAD selesai isu tambang bas sekolah jika minyak naik 20 sen rasionalisasi subsidi

SURUHANJAYA Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak wajar 'lepas tangan' isu kenaikan tambang bas sekolah bulat-bulat kepada pengusaha kenderaan berkenaan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG), jika kenaikan 20 sen untuk RON95 dan diesel benar-benar rasionalisasi subsidi.Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) Amali Munif Rahmat berkata, SPAD perlu bertanggungjawab."Sebelum ini, mereka (SPAD) kata akan tetapkan satu kadar sebelum harga tambang tersebut dilepaskan dan ditentukan oleh pasaran (antara pengusaha dan PIBG). Kita setuju."Tetapi, sekarang yang menjadi masalah mereka tidak tetapkan satu kadar tersebut, dan suruh pihak pengusaha bincang dengan PIBG," ujar Amali Munif.Terdahulu, dilaporkan SPAD 'lepas tangan', minta ibu bapa selesai sendiri isu tambang bas sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN:Cara nak perbodoh Melayu!

SPAD 'lepas tangan', minta ibu bapa selesai sendiri isu tambang bas sekolah

IBU bapa boleh menyelesaikan sendiri isu kenaikan tambang bas sekolah anak-anak mereka ekoran memberikan harga minyak 20 sen oleh Kerajaan Umno BN Pusat baru-baru ini.Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar, syor itu wajar memandangkan kebanyakan pengusaha bas sekolah sebelum ini pun tidak mengikut kadar tambang yang ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)."Apa yang kita perbual ini bulan benda baru, sekarang pun tambang dirundung secara bersama oleh ibu bapa dan pengusaha bas sekolah."Kalau kita lihat tambang yang dipersetujui, kebanyakan tak ikut kadar yang ditetapkan LPKP."Jadi, buat apa kita buat peraturan kalau tak dapat laksanakannya," ujar bekas Menteri Umno BN berkenaandi Shah Alam, semalam.Dalih Syed Hamid sekaligus menyerlahkan bahawa pengerusi SPAD berkenaan seakan cuba lepas tangan ekoran kesan berantai dek kenaikan 20 sen RON95 dan diesel.

Bencana punca banjir 3 Okt, Exco PP bidas pembangkang

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI & AHMAD ADIL MOHAMADGEORGE TOWN - Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow menjelaskan cuaca tidak menentu, fenomena air laut pasang serta hujan lebat yang luar biasa merupakan antara punca utama bencana banjir kilat di beberapa kawasan di negeri ini pada malam 3 Oktober lepas.Penjelasan itu sekaligus membidas tuduhan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow kononnya banjir kilat baru-baru ini disebabkan oleh pembangunan berlebihan di negeri ini semata-mata.“Mengikut ramalan kaji cuaca, kita hanya akan menerima hujan sebanyak 100 milimeter (mm) hingga 250 mm pada bulan Oktober, sebaliknya, pada malam berkenaan dalam tempoh dua jam (8.00 malam hingga 10 malam menunjukkan) bacaan penerimaan hujan mencapai 137 mm.“Selain itu, kita dapati sistem perparitan yang ada di sekitar kawasan terlibat tidak mampu menampung lebihan air yang sebegitu banyak kerana ianya direka pada asalnya hanya untuk menampung al…