03 November 2017

Padah hapuskan tol jambatan P.Pinang...

GAMBAR lama penulis dan Allahyarhamuha Siti Hajjar Hassan yang meninggal dunia pada 9 Januari 2017 lalu akibat Cancer Hodgkin Lymphoma tahap 4. Hampir setahun juga Penulis ke pejabat naik pengangkutan awam, atas galakan isteri muda cantik jelita.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Ekonomi | Waktu ekonomi meleset, lazimnya Kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif serta menurunkan cukai.

Maka, Bajet 2018 Pusat sepatutnya mengumumkan pemansuhan kutipan tol di Jambatan Pertama Pulau Pinang umpamanya.

Tetapi, rejim kleptokrasi tidak mengemukakan pemansuhan tol itu, yang kalau ikut perjanjian asal dengan syarikat konsesi patut habis pada tahun 2018.

Kenaan tol atau cukai sebenarnya mempunyai banyak tujuan, salah satu adalah meregulasi tabiat pengguna jalan raya mengikut kemajuan kerajaan yang memerintah.

Bayangkan tol Jambatan Pertama Pulau Pinang dimansuhkan, apakah kesan berantainya?

Salah satu impak adalah lambakan kenderaan peribadi ke bahagian Pulau akan berganda.

Dan, ini tentulah akan memburukkan lagi keadaan trafik sesak yang telah sedia dialami di negeri ini sekarang.

‘Belanjawan Marhaen’

2 November 2017, Ketua Menteri Sdr. Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2018 di DUN Pulau Pinang, mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma pada sebelah pagi dan petang, demi menggalakkan pengguna pengangkutan awam pada waktu puncak.

Dalam ‘Belanjawan Marhaen’ itu, antara lain menyebut:
Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah membelanjakan sebanyak RM21 juta sejak tahun 2008 untuk menyediakan bas percuma CAT di kawasan George Town, serta bas bersubsidi dari Seberang Perai ke Pulau bagi mereka yang bekerja di Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas. 
MBPP akan meningkatkan bilangan bas percuma CAT daripada tiga (3) hingga lima (5) buah pada tahun 2018, dengan peningkatan kos daripada RM666,000 kepada RM1.1 juta setahun.
Untuk rekod, Faqar hampir setahun juga menggunakan pengangkutan awam berulang alik dari rumah di Seberang Jaya ke Pejabat di Komtar, sebelum Allahyarhamuha isteri muda cantik jelita Siti Hajjar Hassan meninggal dunia pada 9 Januari lalu.

Fahamnya di sini, pentadbiran Sdr Lim sejak tahun 2008 lagi menyediakan program galakan menggunakan pengangkutan awam, demi mengurangkan lambakan trafik sesak pada waktu puncak.

PENULIS antara yang terlibat dalam penubuhan badan bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (HAPUS) menjelang PRU13, pada hujung tahun 2012 dahulu.

“Moving People, Not Car”

Program sokongan seperti galakan rakyat menggunakan pengangkutan awam sebenarnya mampu mengubah tabiat menggunakan kenderaan sendiri.

Bergerak dengan kenderaan awam, tentulah akan mengurangkan bilangan kereta persendirian atas jalan.

Sebab itu, menurut cerdik pandai di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan perlu merealisasikan polisi masa depan, iaitu “moving people, not car”.

Di sini lah, tercetusnya idea untuk melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan (TMP) dianggarkan bernilai RM47 bilion.

Di bawah pelan ini, pentadbiran Sdr. Lim mahu membina jajaran LRT, Monorel, serta Bus Rapid Transit (BRT) sebagai program sokongan untuk merealisasikan polisi moving people, not car”.

Apa Rakyat Fikir?

Bayangkan di Pulau Pinang pun, selepas rejim kleptokrasi tumbang, semua mood pengangkutan awam TMP ini berjaya dibina di negeri ini.

Rakyat masih memikirkan lima perkara penting, untuk meninggalkan tabiat bergerak ke mana-mana dengan kereta sendiri, iaitu:

1. Mudah capai (accessable)

Bukan sahaja semudah naik kenderaan sendiri, bahkan lebih mudah daripada menaiki kenderaan sendiri. 

2. Kos murah (cheaper)

Mesti lebih murah daripada kos naik kenderaan peribadi, merangkumi belanja minyak petrol, tol, parkir dan penyelenggaraan dll.

3. Tepati masa (on time)
Supaya selari dengan rancangan perjalanan pengguna.

4. Keselesaan  (comfortable)

Pengguna wanita mesti yakin mengenai keselamatan mereka dalam pengangkutan awam, selain tiada pencemaran bau daripada pengguna lain (khususnya buruh asing lelaki yang malas pakai pewangi ketiak).

5. Lonjakan pemikiran (paradigm shift)

Tak memadai orang awam sahaja disyor menggunakan pengangkutan awam, tetapi tiada teladan daripada pemimpin kerajaan, selebriti, ikon komuniti dll untuk semua pihak percaya mereka yang naik kenderaan awam lebih mempunyai 'status' tersendiri berbanding mereka yang menggunakan kenderaan peribadi.

Dengan ertikata mudah, lima perkara ini mesti wujud secara bersepadu bersama-sama semua mood pengangkutan awam TMP, barulah polisi moving people, not car” berjaya.

Polisi “moving people, not car” ini tidak boleh wujud dengan sendirinya melalui kempen nilai dll, melainkan perlu dibina LRT, Monorel, MRT, ETS, keretapi laju berkapasiti tinggi dll sebagai program sokongan secara material.

Jangan menaikkan kadar tol atau menghapuskan tol ketika tiada program sokongan ini.

Tapi jika semua program sokongan telahpun wujud secara material, elok Kerajaan menaikkan lagi kadar tol Jambatan Pertama Pulau Pinang, Jambatan Kedua Pulau Pinang dan (mungkin) Terowong Bawah Dasar Laut atau 3rd Link.

Menaikkan kadar tol dengan lebih tinggi, sekaligus akan meregulasi tabiat rakyat untuk terus menjayakan polisi moving people, not car”.

Setuju?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus