13 April 2016

MPSP jimat RM4 juta jika jana sampah kurang 50 peratus berjaya, kata Maimunah


MAIMUNAH Mohd. Sharif (depan, enam dari kiri) serta barisan pemimpin MPSP merakamkan gambar bersama-sama para pemenang cabutan bertuah di sini, petang tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Peruntukan untuk kerja-kerja pembersihan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mampu dijimatkan hampir RM4 juta pada tahun ini, sekiranya penjanaan sampah harian seberat 1,100 tan berjaya dikurangkan 50 peratus tiap-tiap hari mulai bulan Mei depan.

Menurut Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif, pihaknya membelanjakan RM8.89 juta 'tiping fee' sebagai caj atas 440,460 tan sisa pepejal yang dikumpulkan ke tapak pelupusan sampah Pulau Burung, sepanjang tahun lalu.

"RM22.20 tiping fee untuk satu tan, ertinya RM8.79 juta dibelanjakan dalam satu tahun, jika 1,100 tan sampah sarap yang dijana tiap-tiap hari dikumpulkan ke Pulau Burung.

"Kalau kadar kitar semula tinggi (39 peratus), tetapi penjanaan sampah pun tinggi, maka ia tidak memberi impak (pada usaha menjimatkan sumber dana MPSP).

"Kalaulah kita boleh kurangkan sampah sehingga 50 peratus, kita akan jimat hampir RM4 juta," kata Maimunah kepada pemberita di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini petang tadi.

Sehingga kini, difahamkan, Kerajaan Negeri melalui MPSP dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membelanjakan RM199.3 juta atau 40 peratus peruntukan tahunan 2016 berwajib.

Manakala Maimunah pula memberitahu, MPSP sendiri sehingga kini membelanjakan kira-kira 32 peratus daripada peruntukan tahunan majlis untuk kerja-kerja pembersihan.

Sebelum itu, Maimunah bersama-sama Setiausaha Majlis, Sr. Rozali Mohamud serta para Ahli Majlis lain menyampaikan hadiah kepada lebih 50 pemenang pada Majlis Cabutan Bertuah Dan Penyampaian Hadiah Sempena Promosi Cukai Pintu 2016.

Lima pemenang kategori pembayaran atas talian diberi hadiah berupa telefon pintar, manakala, 50 pemenang lain mendapat pelbagai hadiah utama yang lumayan seperti Mountain Bike, peralatan kesihatan serta rekreasi, aksesori elektrik dan sebagainya.

MPSP berjaya mengutip cukai taksiran sebanyak RM80.75 juta dengan 137,405 jumlah transaksi sempena Promosi Cukai Pintu 2016, berbanding tahun sebelum itu dengan jumlah pungutan RM38.54 juta melalui 112,190 transaksi.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus