01 August 2012

Tisu sum-sum Hajjar diambil Isnin nanti...

Alhamdulillah.

Hari ini saya berbuka puasa ala kadar saja di Hospital Pakar Sultanah Aminah, Johor Baru.

Hajjar tak berpuasa. Hajjar perlu makan sebab beliau sakit.

Firman Allah s.w.t: "Wa inkana maridhon aw 'ala safarin..."

Petang tadi, Pakar darah, Dr Lim Soon Kim menjelaskan bahawa penyakit yang dihadapi oleh Hajjar jarang belaku di sini.

Dr kata Hajjar kurang darah atau anemia. Anemia bukan penyakit. Anemia adalah tanda-tanda lazim yang diwarisi secara genetik.

Anemia mungkin faktor ketumbuhan yang kian membesar di paru-paru Hajjar atau sebaliknya.

Ketumbuhan itu pun, menurut Dr, masih tidak sampai pada tahap kanser atau barah.

Pembedahan major senang dilakukan jika Hajjar ada ketumbuhan di paru-paru sahaja. Itu, kes yang lazim dibedah di sini.

Kes Hajjar disifatkan "jarang berlaku" kerana platlet dalam badan Hajjar sangat berkurangan. Darah pun kurang. Jika pembedahan ketegori major dilakukan, Hajjar berdepan risiko yang yang tinggi, iaitu pendarahan teruk.

Kes Hajjar menjadi bertambah rumit apabila tidak diketahui punca limpa dan hati Hajjar kian membengkak.

Ikat jamin Rafizi RM15,000, bicara 10 September

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Aslam Zainuddin pagi tadi menetapkan perbicaraan kes Rafizi Ramli pada 10 September depan dengan ikat jamin RM15,000.

Ketetapan itu selepas pihak penbelaan, peguam N.Surendran dan Puspawati Rosman berjaya mengetepikan tuntutan pihak pendakwaan, NFC yang menuntut ikat jamin RM100,000 serta passport dirampas.

Rafizi, Ketua Strategik PKR diikat jamin oleh Ketua Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Rafizi, Ketua Strategik PKR didakwa di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFiA) gara-gara mendedahkan akaun Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa mempunyai unsur pecah amanah membabitkan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan mengumumkan peruntukan dana khas bagi membiayai Rafizi.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan wajah "Janji Dicapati" oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikatakan kian terdesak dengan penentangan rakyat pada musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus