Skip to main content

Ikat jamin Rafizi RM15,000, bicara 10 September

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Aslam Zainuddin pagi tadi menetapkan perbicaraan kes Rafizi Ramli pada 10 September depan dengan ikat jamin RM15,000.

Ketetapan itu selepas pihak penbelaan, peguam N.Surendran dan Puspawati Rosman berjaya mengetepikan tuntutan pihak pendakwaan, NFC yang menuntut ikat jamin RM100,000 serta passport dirampas.

Rafizi, Ketua Strategik PKR diikat jamin oleh Ketua Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Rafizi, Ketua Strategik PKR didakwa di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFiA) gara-gara mendedahkan akaun Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa mempunyai unsur pecah amanah membabitkan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan mengumumkan peruntukan dana khas bagi membiayai Rafizi.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan wajah "Janji Dicapati" oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikatakan kian terdesak dengan penentangan rakyat pada musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).