Skip to main content

Posts

Showing posts from May 2, 2013

Bakar van DAP simbol Umno BN P.Pinang ganas

Tiada masalah jika nak mengaku Bukit Tengah ini sudah menjadi kubu kuat Teng Chang Yeow sebab pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang itu calon di Dun berkenaan.Tapi, jangan bakar van persendirian orang lain kalau penyokong Chang Yeow tak suka bendera DAP digantung di van tersebut.Hampir semua akhbar berbahasa Cina melaporkan insiden keganasan di Kampung Tok Panjang itu.Media arus perdana bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mungkin tak siar hakikat politik gangster ini.Sejak jam 3 petang tadi, saya meneman DAP Melayu Khairul Isahak berkempen menaiki Jeep yang terpampang muka calon Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Stevan Sim Chee Keong."Selepas mesyuarat tengah hari tadi, saya pun dinasihat senantiasa berteman ke mana-mana supaya ada saksi jika Umno serang fizikal," kata Khairul.Lantas itu, saya berseloroh, "takkan Melayu (Umno) bakar Melayu."Kami berdua gelak.

'Tak perlu tinggal Umno sebab saya mahu Dr. undi PR saja'

P.Pinang untung tiap-tiap tahun, Pusat rugi 15 tahun berturut-turut yang saya sebut di Dun Seberang Jaya semalam dipertikai oleh seorang penyokong Umno bergelar doktor perubatan.Responden berkata Pulau Pinang boleh surplas kerana Lim Guan Eng gagal berbelanja peruntukan pembangunan yang hakikatnya penting untuk rakyat.Dalam hati, saya kata, patutlah Dr. Afif Bahardin bertanding di Dun Seberang Jaya. "Pengundi pun krisis, wakil rakyat (Dr.Afif) mereka mesti lebih kritis."Saya beri pembesar suara kepada Dr itu supaya beliau boleh mengemukakan data berhubung dakwaan itu.Beliau berkata, "itu bulan dakwaannya. Tetapi, itulah yang selalu disebut oleh Teng Chang Yeow (Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang) dalam siri perjumpaan dengan penyokong parti."Lantas itu, saya berkata, "saya pun selalu terbaca kenyataan sebegitu di dada akhbar TheStar."Semua kita tahu, Umno BN tewas di Pulau Pulang. Akibatnya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bukan lagi ketua menteri di Pulau P…

P.Pinang untung tiap-tiap tahun, Pusat rugi 15 tahun berturut-turut

Lihat rajah di bawah, rakyat akan faham RM500 BR1M diagih Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang bukan sebab Kerajaan Pusat ada lebihan kewangan.Kerajaan Umno BN Pusat sudah amal belanjawan defesit atau hutang masuk tahun ke-15 berturut-turut.Kali terakhir Kerajaan Pusat berjaya keluar dari belanjawan defisit adalah semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan.Hutang terkumpul negara sekarang sudah mencecah lebih RM550 bilion. Kalau dihitung dengan penduduk Malaysia kira-kira lebih 27 juta,  nisbah hutang yang wajib tiap-tiap rakyat tanggung adalah sebanyak lebih RM22,700.Warga emas, ibu tunggal, pelajar emas dan OKU masing-masing terima RM100 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.Macam-macam lagi sumbangan emas diberi secara berperingkat daripada pentadbiran pemangku ketua menteri, Lim Guan Eng sejak Pakatan Rakyat ambil alih Kerajaan negeri pada 8 Mac lepas.Setiausaha Agung DAP itu berkata, rakyat Pulau Pinang boleh menerima pelbagai…

Najib ubah strategi kempen dari amaran pada rayu

Kempen Datuk Seri Najib Tun Razak sejak semalam di Melaka tidak lagi dalam nada amaran seperti sebelum ini, tetapi, mula bernada rayu."Kalau tak pegang banner 'I love PM', saya mohon bantu pentadbiran saya," kata pemangku perdana menteri di UITM Melaka.Terdahulu, presiden Umno itu dilaporkan memberi amaran kepada kakitangan kerajaan supaya kenang budi pemimpin Umno Barisan Nasional.Malah, beliau melarang rakyat menyokong slogan 'Ubah' yang dibawa Pakatan Rakyat atas dalih akan memusnahkan negara.Difahamkan, Najib memilih nada rayu ekoran fenomena ceramah umum Pakatan Rakyat di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka disambut puluhan ribu rakyat saban malam