02 May 2013

'Tak perlu tinggal Umno sebab saya mahu Dr. undi PR saja'

P.Pinang untung tiap-tiap tahun, Pusat rugi 15 tahun berturut-turut yang saya sebut di Dun Seberang Jaya semalam dipertikai oleh seorang penyokong Umno bergelar doktor perubatan.

Responden berkata Pulau Pinang boleh surplas kerana Lim Guan Eng gagal berbelanja peruntukan pembangunan yang hakikatnya penting untuk rakyat.

Dalam hati, saya kata, patutlah Dr. Afif Bahardin bertanding di Dun Seberang Jaya.

"Pengundi pun krisis, wakil rakyat (Dr.Afif) mereka mesti lebih kritis."

Saya beri pembesar suara kepada Dr itu supaya beliau boleh mengemukakan data berhubung dakwaan itu.

Beliau berkata, "itu bulan dakwaannya. Tetapi, itulah yang selalu disebut oleh Teng Chang Yeow (Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang) dalam siri perjumpaan dengan penyokong parti."

Lantas itu, saya berkata, "saya pun selalu terbaca kenyataan sebegitu di dada akhbar TheStar."

Semua kita tahu, Umno BN tewas di Pulau Pulang. Akibatnya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bukan lagi ketua menteri di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP jadi Ketua Menteri Pulau Pinang kerana undi perubahan daripada rakyat semasa PRU12 majoriti memihak pada Pakatan Rakyat.

Perbelanjaan pembangunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang antara tahun 2008 hingga 2011 berjumlah RM743.4 juta.

Perbelanjaan pembangunan empat tahun sebelum itu (2007 hingga 2004) berjumlah RM444.5 juta.

Ini bermakna Guan Eng berbelanja RM743.4 juta. Manakala, Dr Koh berbelanja lebih sedikit, iaitu sebanyak RM444.5 juta.

Perbezaan perbelanjaan Guan Eng berbanding Dr. Koh adalah sebanyak RM298.9 juta atau 67.2 peratus.

Gambarannya di sini, dakwaan Guan Eng gagal berbelanja peruntukan pembangunan hingga surplas meningkat adalah fitnah dan tiada asas.

Selepas selesai ceramah kelompok, saya kata, "Saya cuma mahu undi Dr. untuk Pakatan 'ini kalilah'. Dr. tak perlu tinggalan Umno kalau sayang parti itu."

Dr lelaki muda itu peluk saya.

Dia senyum.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus