Lihat rajah di bawah, rakyat akan faham RM500 BR1M diagih Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang bukan sebab Kerajaan Pusat ada lebihan kewangan.
Kerajaan Umno BN Pusat sudah amal belanjawan defesit atau hutang masuk tahun ke-15 berturut-turut.
Kali terakhir Kerajaan Pusat berjaya keluar dari belanjawan defisit adalah semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan.
Hutang terkumpul negara sekarang sudah mencecah lebih RM550 bilion.
Kalau dihitung dengan penduduk Malaysia kira-kira lebih 27 juta, nisbah hutang yang wajib tiap-tiap rakyat tanggung adalah sebanyak lebih RM22,700.
Warga emas, ibu tunggal, pelajar emas dan OKU masing-masing terima RM100 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Macam-macam lagi sumbangan emas diberi secara berperingkat daripada pentadbiran pemangku ketua menteri, Lim Guan Eng sejak Pakatan Rakyat ambil alih Kerajaan negeri pada 8 Mac lepas.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, rakyat Pulau Pinang boleh menerima pelbagai sumbangan emas kerana tadbir urus Kerajaan Negeri mengalami lebihan kewangan atau surplas.
"Kita bukan seperti (Kerajaan) Pusat, terpaksa berhutang lebih banyak...sudah 15 tahun amal belanjawan defisit, untuk tiru kita beri sumbangan tunai kepada rakyat.
"Sebab itu, kita mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, kerana pengalamannya jadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dulu berjaya mengelak dari belanjawan defisit ini," tegas Guan Eng di Johor Bharu baru-baru ini.
Lebih 20 ribu rakyat menyambut Guan Eng di negeri jolokan 'Kubu Kuat Umno' berkenaan.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan jumlah suplas Pulau Pinang bagi tahun 2011 berjumlah RM138 juta.
Surplas tahun 2010 pula berjumlah RM33 juta.
Ini bermakna, suplas meningkat lebih RM105 juta atau 312 peratus.
Suplas Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2009 dan 2008 masing-masing RM77 juta dan RM88 juta.
Tunas itu, Kerajaan Pusat dan Pulau Pinang masing-masing ada beri sumbangan tunai kepada rakyat.
Yang berbeza, pusat berhutang, manakala, untung surplas jadi sumber Kerajaan Pulau Pinang.
Faham?
No comments:
Post a Comment