10 August 2015

KN sasar laksana dasar asing sisa pepejal dari sumber tahun depan – Kon Yeow

CHOW Kon Yeow (empat dari kiri) menyampaikan Insentif Program Organik CCAC kepada wakil penduduk, sambil disaksikan oleh Maimunah Mohd. Sharif (paling kiri), Rozali Mohamud (lima dari kiri) serta beberapa Ahli Majlis MPSP lain di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN DALAM - Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan pelaksanaan dasar pengasingan sisa pepejal dari sumber mulai tahun depan.

“Kitar semula daripada sumber adalah cara yang jauh lebih baik daripada kitar semula diproses akhir.

“Malah, Kerajaan Negeri kini sedang membuat persediaan untuk dasar pemisahan daripada sumber yang disasarkan untuk pelaksanaan tahun depan,” kata Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri (ADUN) Padang Kota di sini bar-baru ini.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato' Maimunah Mohd. Sharif dan Sr. Rozali Mohamud (Setiausaha Majls bagi MPSP) turut hadir pada Majlis Pemberian Insentif Program Organik CCAC & Perasmian Pusat Pengumpulan Semula Park View.

Kon Yeow turut merakamkan kepada semua pihak, khususnya MPSP serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana kadar kitar semula di negeri ini meningkatkan sehingga 32 peratus, dan angka itu merupakan kadar tertinggi di Malaysia.

“Seperti di Bahagian Pulau, sehingga bulan Julai 2015, terdapat 14 lokasi pusat pemprosesan sisa makanan di kawasan pentadbiran MBPP,” jelas Kon Yeow lagi.

Sebelum itu, Maimunah melahirkan rasa bangga kerana MPSP dipilih oleh Climate and Clean Coalition dan United Nations Environmental Programme (UNEP) bagi program pengurangan Short Live Air Pollutants, iaitu pengurangan karbon dioksida, metana dan karbon hitam.

“Perbadanan Pengurusan (MC) Park View, Taman Pandan dan Pangsa Tanjung Indah masing-masing menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam program penjagaan alam sekitar.

“Oleh itu, CCCAC/UNEP telah memilih ketiga-tiga perbadanan pengurusan bangunan tinggi ini bagi melaksanakan kajian pengursan sisa organik dapur,” jelas Maimunah.

Pelancaran program berwajib dengan di Park View, Taman Pandan dan Pangsa Tanjung Indah masing-masing diadakan pada 12 dan 19 Januari 2014 serta 11 Mei 2014.

Bina jambatan rentas parit monsun ikut cadangan penduduk, kata Guan Eng

KETUA Menteri (dua dari kiri) saling berbincang dengan Lim Hock Seng dan pemimpin Kerajaan Negeri yang lain, selepas selesai Majlis Pecah Tanah Projek Membina Sebuah Jambatan Konkrit Melintasi Parit Monsun Sedia Ada Di Jalan Pangsapuri Emas di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: AHMAD ADIL MOHAMAD

BAGAN JERMAL - Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan membina jambatan konkrit bernilai RM195,137.50 melintasi parit monsun sedia ada di Jalan Pangsapuri Emas, sebagaimana dicadangkan penduduk setempat.

Menurut Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, projek pemajuan itu dijangka siap dalam tempoh 16 minggu, bermula pada majlis pecah tanah yang dilangsungkan pada 3 Ogos lalu.

“Tujuan pembinaan projek ini adalah untuk mewujudkan laluan alternatif kepada penduduk Pangsapuri Emas dan Taman Melur dan juga memendekkan tempoh masa perjalanan bagi penduduk sekitar memandangkan orang awam tidak perlu melalui Jalan Raja Uda.

“Secara tidak langsung, keadaan ini dapat mengurangkan jumlah kenderaan yang menggunakan Jalan Raja Uda dan kesesakan dapat dikurangkan,” ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal merangkap Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Phee Boon Poh (ADUN Sungai Puyu merangkap Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar), Dato' Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua MPSP) dan Sr. Rozali Mohamud (Setiausaha Majlis MPSP) turut hadir pada majlis tersebut.

Difahamkan, komuniti setempat pada 1 Februari lalu mengemukakan cadangan tersebut kepada Hock Seng.

Cadangan tersebut kemudiannya dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Lalu Lintas dan Infrastruktur Seberang Perai Bil.2/2015 pada 13 Februari lepas, seterusnya diperakukan untuk tujuan kelulusan dalam Mesyuarat Penuh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan pemajuan infrastruktur setempat mengambil kira keperluan sebenar komoniti.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus