20 December 2017

Pakatan perlu muktamadkan Guan Eng calon Menteri Kewangan

PENULIS di Pahlawan Walk, Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO, jalan-jalan sambil membeli baju T di sini, untuk anak-anak buah di Pulau Pinang.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob

#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 


Wacana Politik Isu “Siapa Perdana Menteri Pakatan Harapan” bukan lah isu baru yang diledakkan oleh parti-parti lawan.


Tapi, pemimpin Pakatan Harapan, terutamanya daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) senantiasa berada pada posisi defensif apabila isu ini meledak dalam massa.


Patut, pakatan oposisi menimba lebih banyak pengalaman kerana selalu sangat diserang menggunakan ‘peluru politik’ yang sama.


Barisan Nasional, khususnya UMNO sedar pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘de facto’.


Hanya Anwar berupaya menyatukan kepelbagaian parti-parti pembangkang, termasuk Pan Malaysian Islamic Party, tetapi Anwar sekarang berada ‘di dalam’.


Kerana Pakatan Harapan semacam sudah ada calon perdana menteri interim, sebab itulah UMNO terus meledakkan ‘peluru politik’ yang sama.


Tersebar lah dakyah, khususnya di kalangan Melayu, kononnya Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi PRU14 nanti.


Baru-baru ini pun, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pun senada dengan propagandis UMNO, menyebarkan dakyah bahawa kedua-dua pemimpin DAP berkenaan menuntut jawatan perdana menteri.


Hatta, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dalam reaksi spontan kepada pemberita di Komtar pada tengah hari tadi, seakan mengeluarkan kenyataan defensif.


Guan Eng, Setiausaha Agung DAP kebangsaan berkata  48 jam diberikan kepada Tiong Lai untuk memohon maaf atau berdepan dengan risiko saman fitnah.


Bercakap mengenai disiplin propaganda, sebenarnya corak permainan semacam bermain bola sepak juga.


Di padang bola, kalau permainan dalam posisi bertahan (defensif) sahaja, paling hebat pun hanya boleh mengikat perlawanan dengan seri 0-0 sahaja.


Sekali-sekala, pemain perlu bermain dalam posisi menyerang (ofensif), baru lah berpeluang membolos gawang lawan dan berjaya memburu kemenangan.


Seperti pemain bola sepak, patut propagandis DAP serta Pakatan Harapan wajar berada dalam posisi ofensif.


Kerana, “pertahan terbaik adalah menyerang”!


Persoalannya, corak serangan macam mana? 


Saya cadangkan Pakatan Harapan memuktamadkan pencalonan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, berdasarkan rekod tadbir urus kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang begitu cemerlang.


Kerana, MIDA melaporkan RM9.91 bilion pelaburan terkumpul ke Pulau Pinang dalam tempoh bulan Januari hingga September tahun ini (Q3 2017) di kedudukan nombor dua paling tinggi, di belakang Sarawak yang berjumlah RM10.52 bilion.


Laporan statistik agensi persekutuan itu turut mendedahkan RM8.03 bilion pelaburan asing langsung (FDI) ke Pulau Pinang dalam tempoh Q3 2017 juga di kedudukan paling tinggi berbanding semua negeri lain, termasuk Sarawak.


Ertinya, Guan Eng merupakan calon paling layak untuk mengisi kerusi Menteri Kewangan jika Pakatan Harapan memenangi PRU nanti.


Tidak kisah lah pencalonan ini datang daripada DAP sendiri atau parti-parti lain, kalau sudah dimuktamadkan serta “disimpul mati” oleh semua pemimpin Pakatan Harapan, sekaligus akan menghancurkan dakyah parti lawan ke atas pengundi-pengundi Melayu.


Tidak timbul lagi isu Guan Eng tuntut kerusi perdana menteri kerana Pakatan Harapan telah muktamadkan bahawa beliau calon Menteri Kewangan.


Kit Siang pun sama, propagandis serta Ahli Strategis Pakatan Harapan perlu muktamadkan posisi ahli politik veteran DAP itu - Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Menteri Pemgangkutan? 


Atau, menteri apa? - asalkan pengundi Melayu terbanyak faham dengan jelas dan yakin bahawa Kit Siang bukan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.


Corak propaganda dalam posisi menyerang sebegini wajar, sekurang-kurangnya membantu DAP untuk tidak terus jadi ‘kambing hitam’ atau ‘lembaga hantu’.


Muktamadkan Guan Eng sebagai calon Menteri Kewangan Pakatan Harapan, menghapuskan ketakutan pengundi Melayu terbanyak, untuk tidak lagi mengundi rejim kleptokrasi di PRU14 nanti.


Setuju?

MTEM ‘berkokok’ bagi pihak Melayu atau ‘cukong’ Daim?

PENULiS dan anak daranya, #InsyirahSolehah merakamkan gambar ketika menyertai pesta buku sempena Seniloka Art Festival 2017 dekat Armenian Park di George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 9 - 10 Disember baru-baru ini di sini. “I miss you so much, Allahyarhamuha Siti Hajjar Hassan. Al-Fatihah!


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Ekonomi | Pagi ini, saya terbaca laporan berita MTEM: Kerajaan perlu jawab persoalan Daim di Malaysiakini.

“Betul, kami setuju dengan persoalan Tun Daim adakah ia satu pelaburan atau pinjaman dan kalau ia pinjaman bagaimanakah kita dapat memastikan kesan daripada pinjaman itu melebihi positif dari negatif.

“Tapi saya rasa tak perlu untuk saya kupas dengan lebih panjang kerana isu ini jelas adalah kerana kekhuatiran sesetengah pihak tentang seperti apa yang saya kata tadi adakah kita mendapat hasil sewajarnya dengan pelaburan yang dibuat,” tanya Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman.

Semalam lagi telah saya sebut bahawa pinjaman pelaburan adalah pelaburan, semacam pinjam RM100,000 beli rumah, selepas 10 tahun (walaupun belum habis bayar sewa rumah) net worth mungkin RM200,00.

Apabila ECRL siap nanti, nilai kasarnya pasti akan lebih tinggi berbanding (angka anggaran) kos pelaburan RM50-55 bilion asal yang dipinjam kelak, sekaligus menunjukkan ini contoh pinjaman pelaburan yang selamat.


Umumnya, ECRL itu adalah projek usahasama SOE Malaysia dengan SOE China, selepas siap nanti, habis bayaran balik nanti, ia akan menjadi milik penuh 100% Malaysia dan rakyat.

ECRL ini tidak akan menjadi milik mana-mana Cukong, seperti era pentadbiran ‘perdana menteri 22 tahun’ dahulu memberikan projek jajaran Monorel KL ke pasar raya Berjaya Times Square, kepada kroni tertentu, sebelum bail-out oleh Kerajaan Pusat sendiri.

Justeru, saya paksa diri juga untuk bertanya, ECRL: Tun Daim nak temberang siapa sebenarnya? 

Sebenar-benarnya saya juga anti rejim kleptokrasi dan mahu dalang skandal 1MDB segera dibawa ke muka pengadilan, walaupun dalam isu projek ECRL ini mempunyai pendapat yang sedikit berbeza.


Nasihat saya, kalau ya MTEN nak back up rakyat khususnya Melayu, beliau tidak wajar senada dengan soalan ‘cukong’ bernama Tun Daim - ECRL pelaburan atau pinjaman bahaya?

Ahmad Yazid elok melihat lebih mendalam lagi daripada itu, contohnya, sejauh mana pembabitan GLC/SOE Malaysia dalam projek pembangunan negara tersebut?

Ini kerana GLC/SOE jua wajar dilihat sebagai ‘jalur Melayu’ secara politik. Baca rencana Tsunami Melayu dan ekonomi Melayu di The Malaysian Insight.

Cukong di Malaysia, tidak kira lah Melayu atau Cina atau India memang tak puas hati.

Punca Cukong memang tidak puas hati kerana Kerajaan Persekutuan sendiri melalui Menteri Kewangan diperbadankan (MoF Inc.) sendiri menubuhkan  State-Owned Enterprise (SOE) lalu membina sendiri projek ECRL ini secara usahasama (JV) dengan China.

Cukong Malaysia tidak puas hati dengan gaya pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, samalah seperti Cukong Indonesia tidak berpuas hati apabila Bapak Presiden Jokowi sendiri membina projek infrastruktur negara melalui Badan Usaha Milik Negara (GLC) sekarang ini.

Kalau MTEN pro Melayu dan anti Cukong tempatan, badan politik itu akan bertanya - berapa ramai Melayu daripada tenaga buruh rendah serta pekerja profesional serta graduan universiti yang akan mengambil bahagian dalam projek ECRL ini?

Projek ECRL ini akan membawa kesan berganda (multiplier effect) daripada aspek ekonomi dan sosial? 

MTEN akan bertanya - sejauh mana jajaran yang akan merentasi negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia akan membawa manfaat kepada rakyat terbanyak, termasuk Melayu?

Melalui projek ECRL ini, betulkah dakyah sesetengah pihak kononnya seluruh bahan mentah binaan dan tenaga buruh dari China akan dieksport masuk ke Malaysia?

The Star Online melaporkan kira-kira 3,500 peluang pekerjaan untuk warganegara akan wujud apabila kilang pembuatan keluli istimewa untuk jajaran ECRL didirikan pada tahun 2018 di Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) kelak. 

Ini, satu contoh peganda ekonomi atau multiplier effect yang akan wujud dengan adanya projek ECRL di Malaysia.

Apabila kilang itu dibuka di MCKIP nanti, sekaligus akan meningkatkan jumlah pelaburan ke Malaysia termasuk Negeri Pahang.

Fahamnya di sini, ECRL ini meningkatkan GDP Malaysia atau GDP China, kalau ya pun bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin nak temberang oposisi serta rakyat?

Selain itu, The Star Online melaporkan besi keluli istimewa akan digunakan untuk membuat jajaran landasan ECRL nanti.

Maka, teknologi pembuatan besi istimewa tersebut akan diimport dari China tetapi dengan menggunakan bahan mentah di Malaysia. 

Proses pembuatan akan dibuat di Alliance Steel (M) Sdn Bhd, kilangnya di Malaysia, dengan nilai pelaburan RM5.6 bilion.

Ertinya, ECRL ini akan mengeksport teknologi baru ke Malaysia, serta meningkatkan GDP Malaysia.

Untuk rekod, MIDA mendedahkan RM8.03 bilion pelaburan asing langsung (FDI) ke Pulau Pinang dalam tempoh bulan Januari hingga September lalu (Q3 2017) adalah di kedudukan paling tinggi berbanding semua negeri lain.

Dan, cadangan pembinaan hospital swasta terbesar Island Hospital dengan nilai kos RM2 bilion yang diumumkan pada bulan Mei 2017 lalu merupakan jumlah pelaburan terbesar ke Pulau Pinang sejak tahun 2008.

Melalui projek ECRL ini, bayangkan Malaysia khususnya Kerajaan Negeri Pahang bakal menerima pelaburan yang lebih besar - RM5.6 bilion - apabila dibuka Alliance Steel (M) Sdn Bhd kelak.

MCKIP di Pahang ini adalah taman berkembar bagi China-Malaysia Qinzhou Indus­trial Park dan ia merupakan projek kerajaan-kerajaan pertama (G To G) antara kedua-dua negara.

Untuk rekod, Konsortium Malaysia memiliki 51% daripada MCKIP melalui perkongsian awam-swasta yang diketuai oleh IJM dan kerajaan Pahang.

Semacam China-Malaysia Qinzhou Indus­trial Park, adakah negara tembok besar itu dijajah oleh Malaysia pula? Lucu kan!

Sebenar-benarnya yang berlaku kini, Cukong Malaysia generalisasi ECRL sebagai neo imperialisme oleh China ke atas Malaysia.

Samalah seperti Cukong di China menyebarkan dakyah bahawa kewujudan China-Malaysia Qinzhou Indus­trial Park sebagai bentuk wajah penjajahan baharu oleh Malaysia ke atas negara ‘kuasa ekonomi dunia’ tersebut. Lagi melucukan?

Sebenar-benarnya yang berlaku kini adalah Cukong serta kapitalis spekulatif swasta di kedua-dua negara seakan tidak boleh lagi menjana keuntungan berganda apabila Kerajaan sendiri secara langsung membina projek-projek infrastruktur negara demi kepentingan rakyat terbanyak.

Tuntasnya di sini, projek ECRL ini lebih menguntungkan rakyat terbanyak berbanding segelintir puak kroni kapitalis swasta spekulatif. 

Ini lah yang selalu saya sebut dalam “Manifesto Merah” untuk rakyat saling berbincang sempena PRU14 ini.

Setujukah dengan soalan pada tajuk entri kali ini, MTEN ‘berkokok’ bagi pihak Melayu atau ‘Cukong’ Daim?

END

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus