20 December 2017

MTEM ‘berkokok’ bagi pihak Melayu atau ‘cukong’ Daim?

PENULiS dan anak daranya, #InsyirahSolehah merakamkan gambar ketika menyertai pesta buku sempena Seniloka Art Festival 2017 dekat Armenian Park di George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 9 - 10 Disember baru-baru ini di sini. “I miss you so much, Allahyarhamuha Siti Hajjar Hassan. Al-Fatihah!


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Ekonomi | Pagi ini, saya terbaca laporan berita MTEM: Kerajaan perlu jawab persoalan Daim di Malaysiakini.

“Betul, kami setuju dengan persoalan Tun Daim adakah ia satu pelaburan atau pinjaman dan kalau ia pinjaman bagaimanakah kita dapat memastikan kesan daripada pinjaman itu melebihi positif dari negatif.

“Tapi saya rasa tak perlu untuk saya kupas dengan lebih panjang kerana isu ini jelas adalah kerana kekhuatiran sesetengah pihak tentang seperti apa yang saya kata tadi adakah kita mendapat hasil sewajarnya dengan pelaburan yang dibuat,” tanya Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman.

Semalam lagi telah saya sebut bahawa pinjaman pelaburan adalah pelaburan, semacam pinjam RM100,000 beli rumah, selepas 10 tahun (walaupun belum habis bayar sewa rumah) net worth mungkin RM200,00.

Apabila ECRL siap nanti, nilai kasarnya pasti akan lebih tinggi berbanding (angka anggaran) kos pelaburan RM50-55 bilion asal yang dipinjam kelak, sekaligus menunjukkan ini contoh pinjaman pelaburan yang selamat.


Umumnya, ECRL itu adalah projek usahasama SOE Malaysia dengan SOE China, selepas siap nanti, habis bayaran balik nanti, ia akan menjadi milik penuh 100% Malaysia dan rakyat.

ECRL ini tidak akan menjadi milik mana-mana Cukong, seperti era pentadbiran ‘perdana menteri 22 tahun’ dahulu memberikan projek jajaran Monorel KL ke pasar raya Berjaya Times Square, kepada kroni tertentu, sebelum bail-out oleh Kerajaan Pusat sendiri.

Justeru, saya paksa diri juga untuk bertanya, ECRL: Tun Daim nak temberang siapa sebenarnya? 

Sebenar-benarnya saya juga anti rejim kleptokrasi dan mahu dalang skandal 1MDB segera dibawa ke muka pengadilan, walaupun dalam isu projek ECRL ini mempunyai pendapat yang sedikit berbeza.


Nasihat saya, kalau ya MTEN nak back up rakyat khususnya Melayu, beliau tidak wajar senada dengan soalan ‘cukong’ bernama Tun Daim - ECRL pelaburan atau pinjaman bahaya?

Ahmad Yazid elok melihat lebih mendalam lagi daripada itu, contohnya, sejauh mana pembabitan GLC/SOE Malaysia dalam projek pembangunan negara tersebut?

Ini kerana GLC/SOE jua wajar dilihat sebagai ‘jalur Melayu’ secara politik. Baca rencana Tsunami Melayu dan ekonomi Melayu di The Malaysian Insight.

Cukong di Malaysia, tidak kira lah Melayu atau Cina atau India memang tak puas hati.

Punca Cukong memang tidak puas hati kerana Kerajaan Persekutuan sendiri melalui Menteri Kewangan diperbadankan (MoF Inc.) sendiri menubuhkan  State-Owned Enterprise (SOE) lalu membina sendiri projek ECRL ini secara usahasama (JV) dengan China.

Cukong Malaysia tidak puas hati dengan gaya pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, samalah seperti Cukong Indonesia tidak berpuas hati apabila Bapak Presiden Jokowi sendiri membina projek infrastruktur negara melalui Badan Usaha Milik Negara (GLC) sekarang ini.

Kalau MTEN pro Melayu dan anti Cukong tempatan, badan politik itu akan bertanya - berapa ramai Melayu daripada tenaga buruh rendah serta pekerja profesional serta graduan universiti yang akan mengambil bahagian dalam projek ECRL ini?

Projek ECRL ini akan membawa kesan berganda (multiplier effect) daripada aspek ekonomi dan sosial? 

MTEN akan bertanya - sejauh mana jajaran yang akan merentasi negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia akan membawa manfaat kepada rakyat terbanyak, termasuk Melayu?

Melalui projek ECRL ini, betulkah dakyah sesetengah pihak kononnya seluruh bahan mentah binaan dan tenaga buruh dari China akan dieksport masuk ke Malaysia?

The Star Online melaporkan kira-kira 3,500 peluang pekerjaan untuk warganegara akan wujud apabila kilang pembuatan keluli istimewa untuk jajaran ECRL didirikan pada tahun 2018 di Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) kelak. 

Ini, satu contoh peganda ekonomi atau multiplier effect yang akan wujud dengan adanya projek ECRL di Malaysia.

Apabila kilang itu dibuka di MCKIP nanti, sekaligus akan meningkatkan jumlah pelaburan ke Malaysia termasuk Negeri Pahang.

Fahamnya di sini, ECRL ini meningkatkan GDP Malaysia atau GDP China, kalau ya pun bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin nak temberang oposisi serta rakyat?

Selain itu, The Star Online melaporkan besi keluli istimewa akan digunakan untuk membuat jajaran landasan ECRL nanti.

Maka, teknologi pembuatan besi istimewa tersebut akan diimport dari China tetapi dengan menggunakan bahan mentah di Malaysia. 

Proses pembuatan akan dibuat di Alliance Steel (M) Sdn Bhd, kilangnya di Malaysia, dengan nilai pelaburan RM5.6 bilion.

Ertinya, ECRL ini akan mengeksport teknologi baru ke Malaysia, serta meningkatkan GDP Malaysia.

Untuk rekod, MIDA mendedahkan RM8.03 bilion pelaburan asing langsung (FDI) ke Pulau Pinang dalam tempoh bulan Januari hingga September lalu (Q3 2017) adalah di kedudukan paling tinggi berbanding semua negeri lain.

Dan, cadangan pembinaan hospital swasta terbesar Island Hospital dengan nilai kos RM2 bilion yang diumumkan pada bulan Mei 2017 lalu merupakan jumlah pelaburan terbesar ke Pulau Pinang sejak tahun 2008.

Melalui projek ECRL ini, bayangkan Malaysia khususnya Kerajaan Negeri Pahang bakal menerima pelaburan yang lebih besar - RM5.6 bilion - apabila dibuka Alliance Steel (M) Sdn Bhd kelak.

MCKIP di Pahang ini adalah taman berkembar bagi China-Malaysia Qinzhou Indus­trial Park dan ia merupakan projek kerajaan-kerajaan pertama (G To G) antara kedua-dua negara.

Untuk rekod, Konsortium Malaysia memiliki 51% daripada MCKIP melalui perkongsian awam-swasta yang diketuai oleh IJM dan kerajaan Pahang.

Semacam China-Malaysia Qinzhou Indus­trial Park, adakah negara tembok besar itu dijajah oleh Malaysia pula? Lucu kan!

Sebenar-benarnya yang berlaku kini, Cukong Malaysia generalisasi ECRL sebagai neo imperialisme oleh China ke atas Malaysia.

Samalah seperti Cukong di China menyebarkan dakyah bahawa kewujudan China-Malaysia Qinzhou Indus­trial Park sebagai bentuk wajah penjajahan baharu oleh Malaysia ke atas negara ‘kuasa ekonomi dunia’ tersebut. Lagi melucukan?

Sebenar-benarnya yang berlaku kini adalah Cukong serta kapitalis spekulatif swasta di kedua-dua negara seakan tidak boleh lagi menjana keuntungan berganda apabila Kerajaan sendiri secara langsung membina projek-projek infrastruktur negara demi kepentingan rakyat terbanyak.

Tuntasnya di sini, projek ECRL ini lebih menguntungkan rakyat terbanyak berbanding segelintir puak kroni kapitalis swasta spekulatif. 

Ini lah yang selalu saya sebut dalam “Manifesto Merah” untuk rakyat saling berbincang sempena PRU14 ini.

Setujukah dengan soalan pada tajuk entri kali ini, MTEN ‘berkokok’ bagi pihak Melayu atau ‘Cukong’ Daim?

END

2 comments:

  1. MUNGKIN ALLAH memuji nama saya Humaira Kiyoraka, saya berasal dari bandar Jayapura, Indonesia. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu semua dalam kumpulan ini yang mencari wang pinjaman agar sangat berhati-hati ,. beberapa bulan yang lalu, saya mengalami kekurangan kewangan dan bank enggan memberikan pinjaman kerana saya tidak mempunyai jaminan sehingga saya memutuskan untuk mencari pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh orang-orang di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang rakan saya yang telah menukar adik perempuan saya, Puan Mira Binti Muhhamed, yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang disebut Rossastanley, pemberi pinjaman swasta, ketika dia memberitahu saya tentang hal itu, saya bertanya kepadanya bagaimana mungkin? untuk mendapatkan pinjaman dari internet, tetapi dia ketawa dan memberitahu saya bahawa itu adalah pemikirannya pada awalnya tetapi dia memutuskan untuk menghubungi Puan Rossa stanley dan bahawa ketika pinjaman itu diluluskan, dia tidak mempercayainya sehingga ibu Rossa menjelaskan kepadanya bahawa PBB adakah yang menyokong mereka dari segi kewangan untuk membantu orang miskin dari ASIA jadi saya memutuskan untuk menghubungi penjagaan pelanggan syarikat pinjaman Rossa stanley ibu melalui e-mel dan dengan segera mereka menjawab bagaimana mereka dapat membantu jadi saya memberitahu mereka Puan Mira Binti Muhammed memberi saya hubungan syarikatnya dan saya telah mengisi borang dan lihatlah pinjaman saya telah diluluskan. Bahagian yang mengagumkan adalah kadar faedah rendah hanya 2% jadi saya terus memohon pinjaman sebanyak Rp750,000,000.00 dan lihatlah setelah melalui proses pengesahan, pinjaman saya Rp750,000,000.00 telah diluluskan dan mereka meminta butir-butir bank saya, saya segera menghantar butiran Akaun Bank Negara Indonesia (BNI) saya dan Lihatlah pinjaman saya telah dipindahkan ke AKAUN saya, saya tidak dapat TERIMA KASIH IBU ROSSA cukup dan saudari tersayang Mira Binti Muhammed Dan juga United Nation untuk skim Kredit yang indah ini, jadi nasihat saya untuk anda semua adalah jangan menghubungi semua pemberi pinjaman palsu ini tetapi hubungi pelanggan pelanggan syarikat pinjaman ibu rossa melalui e-mel untuk keperluan pinjaman yang cepat dan anda akan memberi keterangan seperti saya juga e-mel pelanggan pelanggan syarikat Rossa Rossastanleyloancompany@gmail.com, tetapi jika anda memerlukan pertolongan dalam memproses pinjaman anda, sila tulis saya di humairakiyoraka@gmail.com atau kakak tersayang di Mirabintimuhammed@gmail.com dan anda pasti akan menjadi seperti kami yang kini memberi keterangan kepada ibu rossas bantuan kewangan yang besar, Semoga ALLAH memberkati anda semua

    ReplyDelete
  2. Saya ingin mengembalikan segala kemuliaan kepada Allah atas apa yang digunakannya oleh Ibu Rossa dalam hidup saya, nama saya Mira Binti Muhammad dari bandar klang di malaysia, saya seorang janda dengan 2 orang anak, suami saya meninggal dunia dalam kemalangan kereta dan sejak maka hidup menjadi sangat kejam bagi saya dan keluarga saya dan saya telah berusaha untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di Malaysia dan ditolak dan ditolak kerana saya tidak mempunyai cagaran dan tidak dapat mendapatkan pinjaman dari bank dan sangat sedih Pada hari istimewa ini ketika saya pergi melalui internet, saya melihat keterangan Annisa tentang bagaimana dia dipinjam dari Puan Rossa dan menghubunginya untuk bertanya mengenai pinjaman ibu Rossa dan bagaimana dia sebenarnya meminjam dari ibu Rossa dan dia mengatakan kepada saya bahawa saya benar dan saya menghubunginya dan Rossa memberi saya membuat borang untuk mengemukakan permohonan pinjaman dan pinjaman saya sedang diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam saya mendapat sejumlah besar pembayaran di akaun bank dan ketika saya memeriksa akaun saya, pinjaman itu sangat utuh dan sangat gembira dan dijanjikan bahawa ia akan membantu memberi maklumat kepada orang lain mengenai syarikat peminjam, jadi saya ingin menggunakan media ini untuk menasihati sesiapa sahaja yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi Puan Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: mirabintimuhammed @ gmail. com untuk maklumat lebih lanjut

    ReplyDelete

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus