20 April 2013

Sg.Acheh 3 penjuru sabotaj Mustafa, kata Tulang Besi

che'GuBard kata, Mustafa janji Sg.Acheh 'satu lawan satu'.

Blogger Tulang Besi kata, tak mungkin Yusni Mat Piah bertanding tiga penjuru di Dun Sungai Acheh tanpa watikah sebagai calon.

Saya kata, Pesuruhjaya Pas Datuk Mohd Salleh Man yang umum ketua pemuda Pas Pulau Pinang itu sebagai calon.

Yusni sah dapat sokongan peribadi daripada Ketua Pas Kawasan Nibong Tebal.

Tak mungkin Salleh menyeleweng. Salleh orang yang 'dengar cakap'.

Dia tak macam Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa, AJK Pas Malaysia.

Sebab itu, Timbalan Presiden Pas Haji Mohamad Sabu siang malam pertahan kedudukan Salleh sebab takut dengan pengaruh Mujahid.

Atas semua ini, saya tengok perbezaan pendapat dalam Pas Pulau Pinang kian serabut.

Tulang Besi kata, itu sabotaj Mustafa.

"PJ atau Yang Dipertua Pas kawasan mana boleh keluar watikah calon melainkan Cikga Pa (Mustafa).

"Cikgu Pa berjaya sabotaj Pakatan Rakyat," tegasnya.

Mustafa janji Sg.Acheh 'satu lawan satu' :che'GuBard

che'GuBard masuk bertanding di Sungai Acheh kerana Pas bersama Pakatan Rakyat berjanji untuk memastikan satu lawan satu di Dun itu.

"Ia (watikah sebagai calon) telah diputuskan oleh (Datuk Seri) Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP).

"(Setiausaha Agung Pas) Datuk Mustafa Ali juga bagi jaminan satu lawan satu kerana PKR serah dua kerusi parlimen...tapi akhirnya pas tak tunai janji," ujar beliau di laman sosial Facebook sebentar tadi.

Pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut dilaporkan mengaku dipukul serta dihalang oleh penyokong Yusni Md Piah (Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang) semasa mahu menghantar borang calon di Pusat Penamaan Calon DUN Sungai Acheh pagi tadi.

"Tahniah dan terima kasih buat Unit Amal Pas yang hebat.

"Yakinlah saya terus dokong kesepakatan PR dan musuh utama ialah tetap BN," tegas che'GuBard di WhatsApp.

Tok Shariff sah tanding dua kerusi, cabar Umno

Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar sah bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di kerusi Parlimen Tasek Gelugor.

Beliau akan bertembung dengan Shabudin Yahya dari Barisan Nasional (BN) dan Datuk Abdul Rahman Mydin (Pas).

Selain itu, beliau juga bertanding kerusi Dun Sungai Dua menentang Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN) dan Zahadi Mohamad (Pas).

Pengerusi Perkasa Tasek Gelugor, Azmi Alang tidak bertanding kerana memberi laluan kepada Shariff di Dun Sungai Dua.

Bagaimanapun, seorang lagi regunya yang juga ahli jawatankuasa Umno Tasek Gelugor, Datuk Mustafa Idros untuk kerusi Dun Telok Ayer Tawar tidak hadir.

Kerusi Dun Permatang Berangan menyaksikan satu lawan satu antara Omar Abdul Hamid (BN) dengan Arshad Salleh (Pas) manakala Dun Telok Ayer Tawar membabitkan penyandang, Datuk Jahara Hamid (BN) dengan Noorhayati Jaafar (PKR).

Nama semua calon yang bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Tasek Gelugor, Abdul jaffar Ibrahim pada jam 11.30 pagi.

Ketika ditemui, Mohd Shariff berkata, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan berdasarkan kad laporan perkhidmatannya selama ini kepada penduduk Tasek Gelugor sama ada ketika menjadi timbalan ketua menteri atau timbalan menteri pertanian dan industri asas tani.

"Saya tidak menentang sesiapa tetapi mahu menawarkan diri dalam pilihan raya ini untuk penilaian rakyat atau pengundi.

"Jika mereka rasa saya layak, mungkin mereka akan pilih saya," katanya yang mengetengahkan slogan "teruji, terbukti, diakui."

Shabudin berkata, dengan sokongan rakyat yang semakin meningkat, kerusi parlimen itu mampu dipertahankan oleh BN.

"Kini kerja dan kempen kita menjadi lebih mudah apabila orang yang belot kepada parti tidak lagi berada bersama kita," katanya.

Mengenai penyertaan Mohd Sharif sebagai calon Bebas, Shabudin yang sebelum ini penyandang kerusi Dun Permatang Berangan berkata, ia adalah persaingan yang sihat dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Abdul Rahman pula yakin mampu merampas kerusi parlimen itu kerana yakin dengan sokongan rakyat kepada perjuangan parti itu.

"Kita sudah menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Berdasarkan maklum balas, saya yakin mereka mahu perubahan dalam pilihan raya kali ini," katanya.

Butiran calon bertanding:

P42 PARLIMEN TASEK GELUGOR
1. Datuk Seri Mohd Shariff Omar (Bebas)
2. Shabudin Yahaya (BN)
3. Datuk Seri Abdul Rahman Mydin (Pas)

N4 DUN PERMATANG BERANGAN
1. Omar Abdul Hamid (BN)
2. Arshad Salleh (Pas)

N5 DUN SUNGAI DUA
1. Zahadi Mohamad (Pas)
2. Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN)
3. Datuk Seri Mohd Shariff Omar (Bebas)

N6 DUN TELOK AYER TAWAR
1. Noorhayati Jaafar (PKR)
2. Datuk Jahara Abdul Hamid (BN)

Pecat Kamalia serlahkan Umno abai perasan wanita

Hasrat Datuk Kamalia Ibrahim untuk membawa agenda wanita Barisan Nasional dengan bertanding bebas tidak kesampaian lagi kerana Naib Ketua Wanita itu dipecat oleh parti.

Kamalia bertanding Bebas di Parlimen Kuala Kangar menentang calon Umno, Datuk Wan Mohammad Khairil dan Khalil Idham Lim daripada Pas.

Pemangku timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan media menerusi sesawang Agendadaily tengah hari tadi berkata, beliau sangat kecewa dengan pemimpin nombor dua sayap wanita Umno itu.

Tindakan Kamalia dijangka akan memecah undi sokongan rakyat terhadap Umno, sekaligus memberi laluan mudah kepada pembangkang.

Dua KMPP tanding Bebas Bt.Maung, Bt.Uban

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yang dikenali sebagai NGO mesra DAP hari ini turut menghantar dua calon bertanding atas tiket Bebas.

Pengerusi KMPP, Rahmad Isahak bertanding di Dun Batu Maung, manakala setiausahanya Mohd Noor Mohd Abdul Kader bertanding di Dun Batu Uban.

Datuk Abdul Malik Abul Kassim akan mempertahan mandat Dun Batu Maung yang turut dicabar oleh veteran Umno, Mansor Musa.

Dr. Jayabalan menggantikan penyandang Raveentharan bagi mempertahan kemenangan PKR di Batu Uban, yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Tiga India lain turut bertanding atas tiket Bebas di Batu Uban, sekaligus menyaksikan pertandingan lima penjuru di Dun itu.

SPR restu guna logo roket elak senjata makan tuan

SPR pagi ini menerima pencalonan 51 calon Parlimen dan 103 calon Adun DAP menggunakan logo roket.

Banyak pihak menganggap notis mahu 'mengharamkan' DAP yang dikeluarkan SPR sebelum ini nak senjata makan tuan.

PRU13 ini menjadi sejarah kerana tiada bantahan dilakukan di 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN seluruh negara.

Terdahulu, SPR mengeluarkan notis tidak mengiktiraf CEC DAP.

Ekoran itu, DAP mengambil keputusan untuk menggunakan logo Pas di Semenanjung, manakala, PKR di Sabah serta Sarawak.

Cabaran yang menimpa parti masa itu mendapat simpati banyak kisah, sehingga diramal melonjak kemenangan Pakatan Rakyat.

Bincang senjata makan tuan, SPR akhirnya membatalkan hasrat untuk menghalang DAP menggunakan logo roket.

Pro Yusni kepong che'GuBard, halang serah borang calon Sg.Acheh

Sekumpulan penyokong Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Yusni Md Piah pagi ini didedah menyekat che'GuBard dari menghantar borang pencalonan di Pusat SPR Sg.Acheh.

Mereka mendakwa watikah yang diserahkan kepada pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah palsu.

cheGuBard  atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin cuba dihubungi bagi mendapat info lanjut, namun gagal.

Seorang pro che'GuBard, Nor Azizi menerusi laman sosial Facebook 15 minit lepas turut menafikan SMS liar kononnya che'GuBard menarik diri sebagai calon pagi ini.

Terdahulu, che'GuBard mengesahkan beliau mendapat watikah daripada kepemimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, termasuk Presiden Pas Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

che'GuBard berkata, keputusan peringkat tertinggi itu sekaligus mengelak pertandingan tiga penjuru bagi merampas kerusi Adun itu daripada penyandang, Datuk Mahmud Zakaria daripada Umno.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus