15 February 2015

Nik Aziz tahu kerja buat Fadhil Noor bantu tubuh PKR bela Anwar Ibrahim, kata PasMa

ZAINULFAQAR Yaacob (kiri) mengadakan interbiu susulan Ustaz Taib Ahmad (kanan) mengenai karektor al-marhum Datuk Fadhil Mohd Noor, sambil diiringi Zolkifly Md Lazim (tengah) dekat Gerai Char Koey Teaw Pekan Permatang Pauh di sini pada lewat petang tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERMATANG PAUH - Al-Marhum Datuk Fadhil Mohd Noor merupakan antara pemimpin PAS yang mensyor penubuhan KeADILan demi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difitnah liwat serta dipecat sebagai timbalan perdana menteri kira-kira 16 tahun lalu, kata NGO Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Malah Setiausaha PasMa, Ustaz Taib Ahmad berkata, Mursyidul Am PAS al-marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat konsisten mempertahan kerjasama politik parti dengan PKR pun antaranya disebabkan beliau tahu peranan Fadhil dalam penubuhan PKR ke arah menyusun semula perubahan lanskap politik negara pada era Reformasi 1998.

"Sebelum nama PKR, parti masa itu pernah hendak diberi nama HAK atau Himpunan Anak Keadilan dan kemudian ADIL di mana keputusan besar ini dibincangkan sampai di Pulau Batam (Indonesia) kerana begitu penting.

"Sebab itu, Tok Guru Nik Aziz sendiri sampai ke hujung hayatnya menolak kerjasama politik dengan Umno kerana Tok Guru tahu kerja buat arwah Datuk Fadhil Noor melawan Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang jelas menzalimi saudara Anwar Ibrahim.

"Macam hari ini pun, PasMa akan membuat sekali lagi kerja buat arwah Datuk Fadhil Noor dan Tok Guru Nik Aziz, iaitu bersama-sama mencari jalan untuk menggandakan momentum rakyat menolak kezaliman Umno ke atas saudara Anwar," ujar Ustaz Ahmad kepada wartawan, selepas menyampaikan syarahan pada Kolokium Pemikiran Fadhil Noor Dalam Arus Reformasi 1998 di Permatang Pauh, petang tadi.

Pengerusi PasMa Pulau Pinang, Tuan Zolkifly Md Lazim berkata, calon Pakatan Rakyat daripada PKR di Permatang Pauh  diharap bukan sahaja terdiri oleh peribadi mampu memang, malah, boleh berperanan sebagai 'jambatan' yang boleh menyatu perjuangan bersama pakatan pembangkang sebagaimana yang telahpun dilakukan oleh Anwar.

"Mesti calon terkuat, bukan sekadar seorang yang mahu pertahan kerusi Ahli Parlimen Permatang Pauh, masalah boleh menjadi seperti kerja buat Anwar, yang menyatu hala tuju rakyat dan Pakatan," jelas Zolkifly yang juga AJK PAS Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun berkata, urusan calon elok diserahkan kepada PKR.

"Pesuruhjaya PAS (Pulau Pinang merangkap Timbalan Presiden parti) Haji Mohamad Sabu dalam ceramah malam kelmarin di Seberang Jaya pun berkata, PAS akan membantu PKR di Permatang Pauh.

"Jadi, kerja PasMa pun seperti PAS, iaitu bantu memenangkan calon Pakatan Rakyat daripada iaitu PKR," ujar Zolkifly lagi.

Kolokium itu diadakan sebagai persiapan membantu Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh tidak lama lagi, disertai lebih 20 perwakilan PasMa dari Utara Semenanjung Malaysia.

Heret Anwar ke penjara burukkan imej Malaysia atau tidak, tanya Guan Eng

ABDUL Malik Abul Kassim (kanan sekali) turut menyertai pelancaran kempen “March To Freedom” peringkat negeri bersama-sama Ketua Menteri dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail di sini, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Sabitan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Persekutuan pada 10 Februari lepas memburukkan lagi imej Kerajaan Malaysia atau sebaliknya, tanya Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya baru-baru ini.

Menurut Guan Eng, Mark Trowell umpamanya selaku pakar perlembagaan bagi Majlis Undang-Undang Australia merangkap wakil Kesatuan Antara Parlimen (IPU) sedunia yang berpengkalan di Geneva pun mempertikai keputusan Mahkamah Tinggi Persekutuan Putrajaya ke atas Anwar.

“Beliau (Mark Trowell) menyatakan bahawa mengapa hubungan rapat Mohd. Saiful Azlan Bukhari dengan seorang ahli politik dan pendakwa tidak diambil kira.

“Kalau ini (perbicaraan kes Fitnah Liwat II) berlaku di negara lain, serta-merta kes ini akan kena buang.

“Saya harap Kerajaan Malaysia boleh bertanya dengan diri sendiri, mengapa satu dunia kecam keputusan yang dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak ada satu negara yang menyokong keputusan (Mahkamah Tinggi Persekutuan) ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah satu dunia bodoh, hanya Malaysia yang pandai...kalau satu dunia cakap anda salah, takkan anda cakap satu dunia yang salah,” tanya Guan Eng di depan lebih 1,000 hadirin pada pada majlis Malam Sanjungan Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa sabitan bersalah dalam Kes Liwat II tersebut adalah suatu konspirasi pihak tertentu, sebagaimana dalam peristiwa pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1997 dulu.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar turut berucap pada majlis penerangan, yang dipengerusikan Dr. Afif Bahardin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya merangkap Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) dan Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan Tuan Haji Mohamad Sabu (Ahli Lembaga Pengarah bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, PBAPP) turut berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, Ahli Parlimen Nibong Tebal merangkap Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP), Dato' Mansor Othman, Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru), Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam), Lee Khai Loon (Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubok) dan Dr. Norlela Othman (ADUN Penanti).

Difahamkan, Mark Trowell dalam kenyataannya antara lain dilaporkan mengkritik ketetapan hakim berkelompok yang mengabaikan isu-isu kredibiliti sekitar pengadu dan bukti-bukti utama sepanjang proses perbicaraan tersebut berlangsung.

Menurutnya, kesaksian Mohd. Saiful Bukhari disifatkan “cetek” memandangkan bekas pembantu peribadi Anwar itu mempunyai hubungan langsung dengan seorang ahli politik negara serta anggota tertentu daripada pihak pendakwaan.

Katanya lagi, kehakiman berkelompok sepatutnya tidak mengabaikan fakta kes berhubung pertemuan Saiful dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seorang anggota polis kanan, yang sekaligus didakwa menyerlahkan bahawa wujud “suatu pakatan sulit ke atas Anwar” dalam jatuhan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.

"Dalam mencapai kesimpulan ini, mahkamah menolak atau mengabaikan bukti yang menimbulkan keraguan (munasabah) serius mengenai kebolehpercayaan yang dipanggil bukti kebebasan dan kredibiliti pengadu,” tegas Mark Trowell.

Sebelum itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam ucapannya mengaku bahawa Anwar pernah menolak tawaran timbalan perdana menteri kerana kesetiaannya mahu bersama-sama Pakatan Rakyat dalam melangsungkan agenda reformasi menyeluruh dalam sistem pentadbiran tanah air kelak.

Kemuncak pada majlis perhimpunan itu adalah pelancarakan kempen “March To Freedom” peringkat negeri, iaitu suatu pergerakan poltik yang menggabungkan beberapa baban bukan kerajaan (NGO) demi menuntut Kerajaan Malaysia menghentikan tahan politik ke atas Anwar.

Dalam perkembangan terbaru, keluarga Anwar sendiri dilaporkan membuat petisyen pengampunan kepada Yang Di-Pertuan Agong, sebagaimana dibolehkan menurut Perkara 48(4) Perlembagaan Persekutuan.

Enam tahun perbicaraan kes Anwar difitnah Mohd. Saiful Bukhari berlangsung sebelum disabitkan bersalah, mengingatkan khalayak pada konspirasi serupa dalam peristiwa pemecatan beliau sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1997 dulu.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus