ABDUL Malik Abul Kassim (kanan sekali) turut menyertai pelancaran kempen “March To Freedom” peringkat negeri bersama-sama Ketua Menteri dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail di sini, semalam. |
Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
SEBERANG JAYA -
Sabitan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi
Persekutuan pada 10 Februari lepas memburukkan lagi imej Kerajaan
Malaysia atau sebaliknya, tanya Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan
Eng dalam ucapannya baru-baru ini.
Menurut Guan Eng, Mark
Trowell umpamanya selaku pakar perlembagaan bagi Majlis Undang-Undang
Australia merangkap wakil Kesatuan Antara Parlimen (IPU) sedunia yang
berpengkalan di Geneva pun mempertikai keputusan Mahkamah Tinggi
Persekutuan Putrajaya ke atas Anwar.
“Beliau (Mark Trowell)
menyatakan bahawa mengapa hubungan rapat Mohd. Saiful Azlan Bukhari
dengan seorang ahli politik dan pendakwa tidak diambil kira.
“Kalau ini (perbicaraan
kes Fitnah Liwat II) berlaku di negara lain, serta-merta kes ini akan
kena buang.
“Saya harap Kerajaan
Malaysia boleh bertanya dengan diri sendiri, mengapa satu dunia kecam
keputusan yang dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tidak ada satu negara
yang menyokong keputusan (Mahkamah Tinggi Persekutuan) ke atas Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
“Apakah satu dunia
bodoh, hanya Malaysia yang pandai...kalau satu dunia cakap anda
salah, takkan anda cakap satu dunia yang salah,” tanya Guan Eng di
depan lebih 1,000 hadirin pada pada majlis Malam Sanjungan Ahli
Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tapak Ekspo
Seberang Jaya di sini, semalam.
Guan Eng yang juga Ahli
Parlimen Bagan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa
sabitan bersalah dalam Kes Liwat II tersebut adalah suatu konspirasi
pihak tertentu, sebagaimana dalam peristiwa pemecatan Anwar sebagai
timbalan perdana menteri pada tahun 1997 dulu.
Isteri Anwar, Datuk Seri
Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar
turut berucap pada majlis penerangan, yang dipengerusikan Dr. Afif
Bahardin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya merangkap
Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan
Kesihatan.
Timbalan Ketua Menteri I,
Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri
II) dan Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam,
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan Tuan Haji
Mohamad Sabu (Ahli Lembaga Pengarah bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau
Pinang, PBAPP) turut berucap pada majlis tersebut.
Hadir sama, Ahli Parlimen
Nibong Tebal merangkap Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP),
Dato' Mansor Othman, Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru), Steven
Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam), Lee Khai Loon (Ahli
Dewan Undangan Negeri Machang Bubok) dan Dr. Norlela Othman (ADUN
Penanti).
Difahamkan, Mark Trowell
dalam kenyataannya antara lain dilaporkan mengkritik ketetapan hakim
berkelompok yang mengabaikan isu-isu kredibiliti sekitar pengadu dan
bukti-bukti utama sepanjang proses perbicaraan tersebut berlangsung.
Menurutnya, kesaksian
Mohd. Saiful Bukhari disifatkan “cetek” memandangkan bekas
pembantu peribadi Anwar itu mempunyai hubungan langsung dengan
seorang ahli politik negara serta anggota tertentu daripada pihak
pendakwaan.
Katanya lagi, kehakiman
berkelompok sepatutnya tidak mengabaikan fakta kes berhubung
pertemuan Saiful dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dan seorang anggota polis kanan, yang sekaligus didakwa menyerlahkan
bahawa wujud “suatu pakatan sulit ke atas Anwar” dalam jatuhan
hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.
"Dalam mencapai kesimpulan ini, mahkamah menolak atau mengabaikan bukti yang menimbulkan keraguan (munasabah) serius mengenai kebolehpercayaan yang dipanggil bukti kebebasan dan kredibiliti pengadu,” tegas Mark Trowell.
Sebelum itu, Nurul Izzah
yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam ucapannya mengaku bahawa
Anwar pernah menolak tawaran timbalan perdana menteri kerana
kesetiaannya mahu bersama-sama Pakatan Rakyat dalam melangsungkan
agenda reformasi menyeluruh dalam sistem pentadbiran tanah air kelak.
Kemuncak pada majlis
perhimpunan itu adalah pelancarakan kempen “March To Freedom”
peringkat negeri, iaitu suatu pergerakan poltik yang menggabungkan
beberapa baban bukan kerajaan (NGO) demi menuntut Kerajaan Malaysia
menghentikan tahan politik ke atas Anwar.
Dalam perkembangan
terbaru, keluarga Anwar sendiri dilaporkan membuat petisyen
pengampunan kepada Yang Di-Pertuan Agong, sebagaimana dibolehkan
menurut Perkara 48(4) Perlembagaan Persekutuan.
Enam tahun perbicaraan
kes Anwar difitnah Mohd. Saiful Bukhari berlangsung sebelum
disabitkan bersalah, mengingatkan khalayak pada konspirasi serupa
dalam peristiwa pemecatan beliau sebagai timbalan perdana menteri
pada tahun 1997 dulu.
No comments:
Post a Comment