15 February 2015

Nik Aziz tahu kerja buat Fadhil Noor bantu tubuh PKR bela Anwar Ibrahim, kata PasMa

ZAINULFAQAR Yaacob (kiri) mengadakan interbiu susulan Ustaz Taib Ahmad (kanan) mengenai karektor al-marhum Datuk Fadhil Mohd Noor, sambil diiringi Zolkifly Md Lazim (tengah) dekat Gerai Char Koey Teaw Pekan Permatang Pauh di sini pada lewat petang tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERMATANG PAUH - Al-Marhum Datuk Fadhil Mohd Noor merupakan antara pemimpin PAS yang mensyor penubuhan KeADILan demi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difitnah liwat serta dipecat sebagai timbalan perdana menteri kira-kira 16 tahun lalu, kata NGO Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Malah Setiausaha PasMa, Ustaz Taib Ahmad berkata, Mursyidul Am PAS al-marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat konsisten mempertahan kerjasama politik parti dengan PKR pun antaranya disebabkan beliau tahu peranan Fadhil dalam penubuhan PKR ke arah menyusun semula perubahan lanskap politik negara pada era Reformasi 1998.

"Sebelum nama PKR, parti masa itu pernah hendak diberi nama HAK atau Himpunan Anak Keadilan dan kemudian ADIL di mana keputusan besar ini dibincangkan sampai di Pulau Batam (Indonesia) kerana begitu penting.

"Sebab itu, Tok Guru Nik Aziz sendiri sampai ke hujung hayatnya menolak kerjasama politik dengan Umno kerana Tok Guru tahu kerja buat arwah Datuk Fadhil Noor melawan Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang jelas menzalimi saudara Anwar Ibrahim.

"Macam hari ini pun, PasMa akan membuat sekali lagi kerja buat arwah Datuk Fadhil Noor dan Tok Guru Nik Aziz, iaitu bersama-sama mencari jalan untuk menggandakan momentum rakyat menolak kezaliman Umno ke atas saudara Anwar," ujar Ustaz Ahmad kepada wartawan, selepas menyampaikan syarahan pada Kolokium Pemikiran Fadhil Noor Dalam Arus Reformasi 1998 di Permatang Pauh, petang tadi.

Pengerusi PasMa Pulau Pinang, Tuan Zolkifly Md Lazim berkata, calon Pakatan Rakyat daripada PKR di Permatang Pauh  diharap bukan sahaja terdiri oleh peribadi mampu memang, malah, boleh berperanan sebagai 'jambatan' yang boleh menyatu perjuangan bersama pakatan pembangkang sebagaimana yang telahpun dilakukan oleh Anwar.

"Mesti calon terkuat, bukan sekadar seorang yang mahu pertahan kerusi Ahli Parlimen Permatang Pauh, masalah boleh menjadi seperti kerja buat Anwar, yang menyatu hala tuju rakyat dan Pakatan," jelas Zolkifly yang juga AJK PAS Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun berkata, urusan calon elok diserahkan kepada PKR.

"Pesuruhjaya PAS (Pulau Pinang merangkap Timbalan Presiden parti) Haji Mohamad Sabu dalam ceramah malam kelmarin di Seberang Jaya pun berkata, PAS akan membantu PKR di Permatang Pauh.

"Jadi, kerja PasMa pun seperti PAS, iaitu bantu memenangkan calon Pakatan Rakyat daripada iaitu PKR," ujar Zolkifly lagi.

Kolokium itu diadakan sebagai persiapan membantu Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh tidak lama lagi, disertai lebih 20 perwakilan PasMa dari Utara Semenanjung Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus