Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menjelaskan bahawa partinya tidak pernah menggambarkan Y.A.B Tuan Lim Guan Eng sebagai "angkuh, sombong dan tokong" seperti yang difitnah dalam blog gelagatanwar.wordpress.com.
Malah, Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkata, "tidak ada Mesyuarat Strategik Parti sepertimana yang dilaporkan" dalam blog anti Pakatan Rakyat itu.
"Apa yang didakwa sebagai Mesyuarat Strategik Parti sebenarnya adalah suatu perjumpaan antara sekumpulan ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri, iaitu saya...jadi tidak ada minit untuk mesyuarat itu.
"Yang pasti, perjumpaan ini telah dirakam dan kemudiannya diposkan dalam blog anti-PR (Pakatan Rakyat) dengan niat jahat untuk pertamanya merosakkan jalinan kerjasama dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihan raya.
"Keduanya, untuk mengeruhkan hubungan baik antara YAB Ketua Menteri dan saya," ujar beliau dalam satu sidang media bersam…