Skip to main content

Posts

Showing posts from July 9, 2013

P.Pinang galak tazkirah Ramadan - Exco Agama

KERAJAAN Negeri menggalakkan semua pentadbiran masjid kariah mengadakan program tazkirah sepanjang bulan Ramadan demi menyemarak lagi penghayatan Islam yang sebenar dalam kalangan umat.

Justeru, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (gambar) berkata, larang tazkirah sempena bulan puasa yang lazim di negeri-negeri tertentu tidak akan dikuatkuasa di Pulau Pinang.

"Tazkirah yang dilakukan merupakan satu alternatif yang baik bagi mengajar dan mendidik manusia.

”Tiada halangan (untuk bertazkirah) dan menggalakkan mana-mana masjid yang ingin mengadakan tazkirah (sempena menyambut) Ramadan,” ujar beliau dalam satu sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi pada isu larangan tazkirah di negeri-negeri tertentu yang dibangkitkan pada mesyuarat penggal pertama DUN Pulau Pinang Ke-13.

Mengulas mengenai perbezaan fiqh ibadah yang turut dibangkitkan dala…

Tiada lagi 'orang tengah' mohon lesen MPPP

PERMOHONAN lesen hiburan dan komposit boleh dilakukan secara langsung di pejabat Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), George Town mulai sekarang.

Ahli Majlis bagi MPPP, Ong Ah Teong berkata, langkah itu demi mencegah ‘orang tengah’ dari mengaut keuntungan sehingga RM8,000 daripada peniaga untuk satu permohonan sahaja.

Justeru, katanya, permohonan baru menerusi 'orang tengah' bermula pertengahan bulan Jun lepas tidak akan dilayan lagi.

"Tidak ada alasan bagi pemilik perniagaan baru untuk mengunakan 'orang tengah' bagi membuat sesuatu permohonan.

"Setiap permohonan baru perlu melalui pengarah syarikat berkenaan, setiausaha syarikat berkenaan atau pekerja syarikat yang mempunyai (Kumpulan) Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," ujar beliau di sini baru-baru ini.

Difahamkan, MPPP memperuntukan lebih RM40,000 untuk menyediakan sistem berintegriti itu.

Itu, termasuk penyediaan sebuah mesin skrin sentuh untuk tujuan e-permohonan di pejabat MPPP dekat Lebuh Bishop di sin…

TKM1 nasihat pemaju selenggara pangsapuri ikut jadual

JKP Sdn. Bhd. selaku syarikat lantikan Kerajaan Pusat dinasihat supaya segera memulihara semula kemudahan asas yang rosak pada kesemua rumah pangsa kos rendah bawah selenggaraan pemaju berkenaan di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon menasihat demikian semasa mengadakan lawatan kilat ke Pangsapuri Jelutong Indah dekat kawasan Parlimen Jelutong di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, kedua-dua lif pangsapuri itu rosak, manakala, dua tangki air di atas bangunan yang sama turut dikesan bocor hatta menyukarkan hidup penduduk setempat.

“Kedua-dua lif itu memang rosak sejak beberapa minggu lepas lagi...ada OKU (orang kurang upaya) terpaksa dipapah naik turun pangsapuri 10 tingkat itu menggunakan kanvas sahaja.

“Ada dua tangki bocor yang airnya senantiasa keluar (menitik) di dalam satu rumah.

“Saya telah menghubungi pemaju JKP, saya berharap mereka (pemaju) berbincang dengan JMB (badan pengurusan bersama) secepat mungkin...pemaju perlu bertanggungjawab,” tegas beliau sele…

Nota balas daripada SPAD mengenai aduan samseng staf Etika Express, Thanks!!!

Seperti perbualan telefon kita tadi, saya telah membuka satu report berkenaan aduan yang telah En.Zainul 'tweet' kan. Report tersebut saya telah panjangkan ke Bahagian Penguatkuasaan untuk tindakan selanjutnya. No. rujukan aduan En. Zainul adalah 28507.014959. Pihak kami akan memberi amaran tegas kepada pihak syarikat tersebut berkenaan tatakelakuan checker dari syarikat mereka. Di harap dengan tindakan tersebut pihak syarikat dapat memperbaiki dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para penumpang di masa hadapan. Sebarang pertanyaaan, En. Zainul boleh menghubungi Hotline SPAD di talian 1-800-88-7723.

Sekian. Terima kasih dengan aduan dan kerjasama yang telah di berikan...

Best Regards,
Nurul Nadiah Binti Abdul Kahar,
Executive, Complaint Management Division,
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),

Aras 1, Bangunan Annex 2, Persada Plus,
Persimpangan Bertingkat Subang,
KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

GL : +603 7947…