17 June 2013

UG doktrin 'tegur ikut saluran', 'wilayah fakeh' Syiah


Ulamak perlu terbuka menerima kritikan supaya PAS jauh dari konsep Wilayah Fakeh yang diamalkan dalam Syiah.

Ustaz Wan Ji Wan Hussain menyebut, Imam dari kalangan Ahl al-Bait dalam syiah meletakkan bahawa mereka lantikan Tuhan.

"Makanya, tidak hairan cara kritikan terhadap imam secara terbuka adalah satu perkara yang cukup dijaga," ujar beliau di blog terbarunya, Bakistani.

Pengasas Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi al-Maqasidi itu berkata, PAS yang mendekati aliran sunni sepatutnya membenarkan para pemimpinnya, termasuk ulama menerima kritikan semua pihak.

"(Ini kerana), kelayakkan yang beroreantasikan pilihan manusia yang sudah pasti terdapat kelemahan," ujar beliau.

Ikuti tulisan penuh Wan Ji siri ketujuh berjudul  Tegur Pemimpin Terbuka: Tiada Wilayah FaQeh Dalam Sunni.

Bagaimana pula dengan doktrin "tegur ikut saluran" yang digendangkan oleh segelintir ustaz Usrah Gabungan  dalam PAS belakangan ini?

UG kini dikenali 'Usrah Gabungan'?

Usrah Gabungan dikesan giat diadakan peringkat negeri, kawasan dan cawangan belakangan ini demi mempertahan tapak sokongan perwakilan terhadap Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena menghadapi saingan Muktamar Pas November depan.

Sumber Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur yang dihubungi pagi tadi menegaskan, itu bukan Unity Government (UG) serta tiada pro Najib dalam Pas, sekarang.

"Kerajaan Perpaduan (UG) sudah tutup buku, tiada pro Najib atau pro Anwar dalam Pas sekarang.

"Yang ada, pro Islam dan pro Pas. Usrah Gabungan ini program tarbiah parti, kebetulan namanya (akronim) UG juga," ujar sumber, enggan identitinya didedah.

Menurut sumber, Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Harun Din, Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulamak) dan Zaharuddin Mohamad yang lebih dikenali sebagai Din Ayam (menantu Presiden) disebut-sebut antara pembentang dalam majlis doktrinisasi itu.

Satu sumber lain pula mendedahkan, kemuncak Usrah Gabungan (UG) akan diadakan pada 3 hingga 5 Oktober depan.

Info sama turut dikesan di Facebook rasmi Nasruddin Hassan at-Tantawi (Ketua Pemuda Pas merangkap Ahli Parlimen Temerloh.

"Tempat tak tahu lagi, tetapi UG (Usrah Gabungan) ini akan dibuat sebelum perwakilan Pas ke Muktamar," ujar seorang Exco Pemuda Pas Malaysia berkenaan menerusi masej peribadi (PM) Facebook.

Terdahulu, Abdul Hadi hampir lima tahun lepas memperkenal idea 'kerajaan tanpa pembangkang' yang dikenali sebagai Unity Government atau Kerajaan Perpaduan.

Cadangan itu dilontarkan buat kali pertama menerusi akhbar Siasah semasa isu muzakarah dan muqabalah masih berledak dalam arena politik tanah air.

Abdul Hadi mencadangkan muzakarah atau rundingan Pas dengan Umno sebagai reaksi pada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) - 8 Mac 2008 - yang didakwa menghakis kuasa Melayu dalam pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas perdana menteri).

Dalam satu pertemuan tertutup di JKR10 Kelantan, Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (kini bekas Menteri Besar) melahirkan rasa berang dengan idea Muzakarah.

Dua 'arkitek Muzakarah', iaitu Hadi dan Harun Din turut hadir dalam pertemuan itu.

Lantas itu, Nik Aziz keluar dari mesyuarat tertutup tersebut, lalu mencadangkan muqabalah (pertemuan) Pas dan Umno.

Seluruh kepemimpinan Pas akhirnya menerima cadangan Nik Aziz itu.

Cadangan idea UG terkemudian mengakibatkan hasrat baik Abdul Hadi disalah anggap sebagai cubaan menghidupkan semula kelangsungan muzakarah Pas-Umno, lapor The Malaysian Insider.

Lebih tiga hari di Lobi Parlimen, Abdul Hadi menafikan telahan wujudnya pertemuan tersembunyi antara Pas-Umno, sehinggalah Abdullah dalam reaksi spontan lain mengaku 'sudah tiga kali bertemu'.

Selepas itu - terutama pasca rancangan transisi Kerajaan Pusat '16 September' (2009) gagal - kedengaran suara dingin beberapa pemimpin mesra Kerajaan Pusat terhadap servival Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.

Hadi dilaporkan berkata, "Majoriti Ahli Parlimen Islam".

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali pula berkata, "16 September gagal".

Nada yang sama turut disamboyan oleh Nasharuddin Mat Isa semasa masih bergelar timbalan presidenPas merangkap anggota Majlis Syura Ulamak (MSU).

Perkembangan itu mendesak Mustafa, Nasharuddin dan seorang lagi Datuk Dr Hasan Mohd. Ali (bekas pesuruhjaya Pas Selangor) supaya dirujuk ke jawatankuasa tatatertib parti.

Nik Aziz membuat desakan itu serta mendesak diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub memainkan peranan penting - bagaikan silap mata- hingga berjaya menukar rancangan EGM pada satu seminar siasah syar'iyyah.

Sejak Muktamar Pas 2010, Nik Aziz serta para penyokongnya berkali-kali cuba 'tutup buku' idea kerjasama Pas dan Umno, namun, UG sehingga kini masih dianggap berbara.

Sertai pertandingan fotografi Seberang Perai sekarang!


DARI KANAN: Md. Jamil Abdul Rahman, Rozali Mohamud, Maimunah Mohd. Sharif, Teoh Seang Hooi dan Joie Koo.

PERTANDiNGAN 'Tonjolkan Keindahan Seberang Perai' yang dianjur menjelang Festival George Town 2013 pada bulan depan diharap dapat mempromosi lagi destinasi pelancongan menarik di Seberang Perai.

Pertandingan itu berlangsung selama sebulan, bermula serta dijadual berakhir pada 1 Julai depan.

Keputusan saingan pula akan diumum pada Hari Seberang Perai, 6 Julai depan.

Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif (kanan) berkata, pihaknya  melalui pertandingan itu mensasar untuk menyiapkan informasi pelancongan Seberang Perai pada bulan Disember depan.

"Kami juga sedang menyediakan peta pelancongan Seberang Perai selepas mendapati hampir tiada (peta pelancong) dalam pasaran (setempat dan antarabangsa).

"Melalui pertandingan fotografi ini (sehinggalah menyediakan) album bergambar serta peta pelancongan, kami (MPSP) berharap dapat menonjolkan tempat-tempat indah di Seberang Perai demi menarik lebih ramai pelancong ke sini," ujar beliau di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud dan Joie Koo (kiri) (wakil penganjur, Allspire Photography) turut hadir pada sidang media itu.

Hadir bersama beberapa Ahli Majlis MPSP lain, antaranya, Md. Jamil Abdul Rahman, Francis Ong Koon Liak dan Teoh Seang Hooi.

Maimunah berkata, George Town Festival 2013 menaja hadiah juara, naib juara dan tempat ketika masing-masing berupa wang RM3,000, RM2,000 dan RM3,000.

Penganjur bersama itu turut menaja sembilan lagi anugerah lain yang setiap satu bernilai RM500.

Joie Koo berkata, mereka yang berminat boleh menghantar gambar berwajib lengkap dengan nama penuh, nombor kad pengenalan, emel, nombor telefon, alamat rumah serta lokasi gambar tersebut diambil pada emel penganjur, info@allspire.com.

Hubung nombor telefon 012-4726995 (Joie) atau 04-2823604 (pejabat Allspire Photography) untuk mendapatkan info lanjut atau urusan penyertaan.

Anwar ke Indonesia lawan Najib, bukan UG!


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku bahawa Pakatan Rakyat sepatutnya menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dalam dua pertemuan berasingan di Indonesia pada 16 Jun lepas, lapor VIVANews.

Media tempatan Indonesia itu melaporkan, Anwar dalam tempoh dua hari di Bali didedah bertemu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY)  dan mantan wakil Presiden, Jusof Kalla (JK).

"Saya beritahu Presiden bahwa isu kecurangan belum selesai, tidak dibiarkan begitu saja," kata Anwar dipetik dari media asing itu.

Anwar yang kini masih Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, SBY merakamkan penghargaan terima kasih atas maklum balasnya.

Bagaimanapun, katanya lagi, SBY mengambil pendirian untuk tidak mencampuri urusan dalaman di Malaysia sungguhpun perbincangan kedua-dua pemimpin itu menyentuh mengenai masalah kenegaraan Jakarta-Kuala Lumpur.

"Dia beritahu saya, ingin mendapat keterangan terkini pemilu dan juga rundingan kami terkait kecurangan besar pemilu Malaysia," ujar Anwar.

Dalam pertemuan dengan JK pula, Anwar menjelaskan bahawa beliau langsung tidak diberi ruang yang wajar dalam media arus perdana walau seminit sepanjang menjadi Ketua Pembangkang sejak lima tahun lepas.

"Saya tidak diizinkan masuk kampus, media resmi juga tak boleh," jelas Anwar.

Pun begitu, katanya, kesemua media arus perdana itu digunakan habis-habisan untuk menyerang peribadinya, sama ada dalam isu-isu yang kecil mahupun isu-isu besar.

"Harus diketahui, di Malaysia pemilu (PRU13) itu ganas, ada penangkapan, penjara, penghinaan saban hari di TV. Bagi WNI yang tinggal di Malaysia bisa mengerti, setiap malam kami disebut sebagai antek Amerika, Yahudi, muslim ekstremis, pro Hindu-Budha, alat China. Tiap malam diserang oleh media," jelas beliau.

Lanjutan itu, JK menawarkan diri untuk menjadi orang tengah untuk menjernihkan politik Malaysia yang membabitkan Anwar dan Datuk Seri Najib Tun Razak ('Perdana Menteri Minoriti').

Anwar dalam respons spontan berkata, beliau meghargai hasrat JK. Namun, beliau memilih untuk tetap melawan penipuan PRU13 dalam kerangka demokrasi yang dibenarkan di Malaysia.

"Saya bilang ke JK, saya hormati nasehat beliau, tapi urusan penipuan pemilu ini belum selesai. Saya tidak akan mengalah karena pada pemilihan umum yang menang saya.

"Saya menang 50 persen lebih dan Najib kalah. Kenapa Najib yang angkat jabatan? Makanya saya bilang ke JK saya ambil jalan damai tapi tetap kami perkarakan," jelas beliau.

Penjelasan terbaru itu sekaligus menjawab fitnah pemimpin Pro Najib dalam PAS kononnya Anwar sendiripun mengadakan rancangan Kerajaan Perpaduan (UG) bersama-sama Umno BN sekarang, sebagaimana pernah dirancang oleh kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak lima tahun lepas. -END

Guan Eng tempelak Menteri 'caj air'

Kos mengepam air mentah dari Sungai Muda sebelah Pulau Pinang bukannya ditanggung oleh Kerajaan Barisan Nasional Kedah.

Justeru, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kiri) berkata, Kedah tidak wajar mengenakan caj air mentah ke atas negeri Pakatan Rakyat itu, sungguhpun melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Pendirian Setiausaha Agung DAP itu sebagai reaksi pada kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini yang menyerbut Kedah mempunyai hak untuk mengenakan caj air ke atas Pulau Pinang.

"Kita mengambil air dari sungai sendiri menggunakan infrastruktur bekalan air kita sendiri, pada kos kita sendiri. 

"Oleh kerana tiada kos di sebelah Kedah, mengapa perlu ada apa-apa bayaran," tanya Guan Eng baru-baru ini.

Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, Sungai Muda adalah semula jadi dan bukannya projek buatan manusia sebagaimana skim pemindahan air Johor-Melaka.

"Mengapa kita perlu membayar untuk air mentah dari sumber asli yang telah mengalir melalui negeri kita selama berabad-abad," tanya beliau di Komtar, George Town baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu berkata, proses mengepam air mentah Pulau Pinang dibuat dalam sempadan negeri itu, bukannya seperti seperti di Johor yang dipam dari sempadan Johor-Melaka.

Ekoran itu, beliau menasihat Mahdzir (kanan) supaya memahami Konsep Hak Riparian terlebih dahulu sebelum "membuka mulut".

Ini kerana, katanya, Konsep Hak Riparian memberikan hak kepada pemilik tanah atau negara untuk mengambil manfaat daripada aliran asli sumber air melalui tanah atau negara mereka.

Terdahulu, Mahdzir pada 11 Jun lepas dilaporkan berkata, terdapat "kes yang kuat" untuk Kedah untuk mengenakan Pulau Pinang untuk air kerana "precedent (telah) yang ditetapkan oleh Johor yang mengenakan caj terhdap Melaka ( untuk air) ". -END

Terima RM5,000 Mazlan punca tiada petisyen Yusni di Sg.Acheh?

Apabila Speaker DUN P.Pinang buat petisyen PRU13, ada orang tanya saya, "Umno dan SPR tak tipukah di DUN Sungai Achrh?"

Saya cakap, che'GuBard kan sudah buat petisyen di DUN itu.

"Mana Yusni Mat Piah," tanya pemuda Pas.

Cikgu Asnah, Rosidi Hussain, Arshad Mohd.Salleh itu calon Pas. Mereka semua buat aduan duit SPRM.

"Kenapa (Yusni) Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang itu tak pergi buat laporan di Sungai Acheh?" tanya pemuda itu lagi.

Tak sempat saya menjawab, ada pemuda lain mencelah, "mungkin sebab terima RM5,000 tunai daripada adik Mazlan Ismail."

Sampai hari ini Yusni tak pernah nafi mengenai khabar menerima duit sebanyak itu melalui Omar Singer (Ketua Pas Kawasan Permatang Pauh).

Orang tarbiah itu tak pernah nafi ada konsesus untuk gembling pro Pas menyokong Mazlan di sebalik politik wang itu.

Yusni tak buat petisyen PRU13 dan aduan di SPRM mungkin bersebab?

Speaker DUN P.Pinang fail petisyen PRU13

Datuk Abdul Halim Hussain yang masih dimahsyurkan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini menggemukakan petisyen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi kawasan yang beliau bertanding, iaitu DUN Teluk Bahang.

Petisyen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Abdul Halim diwakili oleh S.Raveentharan yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung.

"Ini (petisyen) satu lagi saluran yang sedang kita gunakan...saya sendiri telah membuat laporan polis dan aduan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tentang salah laku pilihan raya sebelum ini.

"Dalam petisyen ini, saya telah menuntut mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya bagi kawasan N40 Teluk Bahang," ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I), Prof.Dr.P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) turut hadir dalam sidang media itu.

Dalam petisyen itu, Abdul Halim mendakwa wujud keraguan, amalan rasuah serta politik wang dalam proses pilihan raya umum di kawasan DUN berkenaan pada 5 Mei lepas.

Bercakap pada sidang media yang sama, Raveentharan berkata, pihaknya sudah menerima kos guaman berjumlah RM10,000 daripada Abdul Halim sendiri dan baki selebihnya yang dianggar mencecah RM50,000 akan ditanggung oleh parti anak guamannya, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut beliau, tiga pihak disebut sebagai defenden dalam petisyen itu, iaitu Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (calon Barisan Nasional bagi DUN Teluk Bahang), Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan raya Kawasan Teluk Bahang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri.

"(Plaintif) tuntut satu deklarasi untuk membatalkan keputusan BN menang berdasarkan keraguan-keraguan serta beberapa faktor lain yang akan dikemukakan semasa prosiding kelak.

"Datuk Abdul Halim secara peribadi telahpun membayar RM10,000 (kos petisyen) dan saya ada resitnya," jelas Raveentharan.

13 Mei lepas, 10 calon Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tewas dalam PRU13 dilaporkan membuat aduan penyelewengan pilihan raya di Kompleks SPRM Pulau Pinang, George Town.

Mereka, Abdul Halim sendiri, Mohd. Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau), Asnah Hashim (DUN Bayan Lepas), Mohd.Tuah Ismail (DUN Pulau Betong), Rosidi Hussain (DUN Penaga), Ahmad Zakiyuddin Abd.Rahman (DUN Pinang Tunggal), Norhayati Jaafar (DUN Teluk Air Tawar), Arshad Md. Salleh (DUN Permatang Berangan), Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai che'GuBard (DUN Sungai Acheh) dan Syed Mikael Rizal Aidid (DUN Bertam).

Mohd. Bakhtiar berada dalam senarai 35 calon oposisi yang membuat petisyen peringkat Parlimen di mahkamah.

Manakala, Abdul Halim adalah antara calon Pakatan Rakyat yang membuat petisyen peringkat DUN, iaitu pada 12 Jun lepas.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus