DARI KANAN: Md. Jamil Abdul Rahman, Rozali Mohamud, Maimunah Mohd. Sharif, Teoh Seang Hooi dan Joie Koo.
PERTANDiNGAN 'Tonjolkan Keindahan Seberang Perai' yang dianjur menjelang Festival George Town 2013 pada bulan depan diharap dapat mempromosi lagi destinasi pelancongan menarik di Seberang Perai.
Pertandingan itu berlangsung selama sebulan, bermula serta dijadual berakhir pada 1 Julai depan.
Keputusan saingan pula akan diumum pada Hari Seberang Perai, 6 Julai depan.
Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif (kanan) berkata, pihaknya melalui pertandingan itu mensasar untuk menyiapkan informasi pelancongan Seberang Perai pada bulan Disember depan.
"Kami juga sedang menyediakan peta pelancongan Seberang Perai selepas mendapati hampir tiada (peta pelancong) dalam pasaran (setempat dan antarabangsa).
"Melalui pertandingan fotografi ini (sehinggalah menyediakan) album bergambar serta peta pelancongan, kami (MPSP) berharap dapat menonjolkan tempat-tempat indah di Seberang Perai demi menarik lebih ramai pelancong ke sini," ujar beliau di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.
Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud dan Joie Koo (kiri) (wakil penganjur, Allspire Photography) turut hadir pada sidang media itu.
Hadir bersama beberapa Ahli Majlis MPSP lain, antaranya, Md. Jamil Abdul Rahman, Francis Ong Koon Liak dan Teoh Seang Hooi.
Maimunah berkata, George Town Festival 2013 menaja hadiah juara, naib juara dan tempat ketika masing-masing berupa wang RM3,000, RM2,000 dan RM3,000.
Penganjur bersama itu turut menaja sembilan lagi anugerah lain yang setiap satu bernilai RM500.
Joie Koo berkata, mereka yang berminat boleh menghantar gambar berwajib lengkap dengan nama penuh, nombor kad pengenalan, emel, nombor telefon, alamat rumah serta lokasi gambar tersebut diambil pada emel penganjur, info@allspire.com.
Hubung nombor telefon 012-4726995 (Joie) atau 04-2823604 (pejabat Allspire Photography) untuk mendapatkan info lanjut atau urusan penyertaan.
No comments:
Post a Comment