Skip to main content

Posts

Showing posts from October 23, 2013

[RENCANA] Jejak kejayaan kempen Azizan di Sungai Limau

Oleh: The Malaysian Insider
ALLAHYARHAM Tan Sri Azizan Razak kekal menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan mendapat 2,774 undi majoriti.
Itu adalah antara kekuatan Azizan, bekas Pesuruhjaya PAS merangkap bekas Menteri Besar Kedah.
Undi majoriti itu boleh jadi menjadi kekuatan ayam tambatan PAS, Azam Samad, atau sebaiknya.
Oleh kerana PAS dan Umno masing-masing mempunyai pengundi tradisi, menang kalah lebih tergantung pada undi atas pagar.
Memang lencongan undi atas pagar pun yang menentukan kalah menang satu-satu pihak.
Pengundi atas pagar bukan pengundi tradisi bagi PAS atau Umno.
Mereka mengundi berdasarkan kecenderungan lain, antaranya, berdasarkan mood mengundi.
Mereka ini sebenarnya menentukan undi majoriti pergi kepada Azizan pada musim PRU12 lepas.
Isu ZIPY Menjelang PRU12 pada Mac 2008, kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mahadhir Khalid merancang untuk memajukan sebahagian kawasan…