PERDANA
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berdalih mengenai dakwaan
majlis pertunangan anak perempuannya, Nooryana Najwa pada Jun tahun
lepas dibiayai menggunakan duit kerajaan, lapor PenangInsight.com.
"Perbelanjaan pertunangan anak perempuan PM, Nooryana Najwa, tidak
ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri sebagaimana didakwa oleh
sesetengah pihak," kata mesej menerusi Twitter, semalam, menerusi akaun
Pejabat Akhbar Perdana Menteri (Msia PM Press Office).