08 June 2015

200 buru gelaran "Raja Joran" AgroFest P.Pinang 2015

DR. Afif Bahardin (tengah) diiringi wakil penganjur (kanan) meraikan kejayaan seorang peserta (kiri) menangkap ikan di sini pada Sabtu lepas, dalam memburu gelaran 'Raja Joran' pada karnival AgroFest 2015 Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
RELEKS...suasana releks peserta di sekeliling tasik buatan Tapak Ekspo Seberang Jaya pada Pertandingan Memancing di sini, Sabtu lepas.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


GEORGE TOWN - Hampir 200 peserta memburu gelaran Raja Joran dalam pertandingan pancing di kolam Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, sempena sambutan AgroFest Pulau Piinang 2015, kelmarin.


Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin memberitahu bahawa karnival ini merupakan ekspo pertanian paling besar di negeri ini.


Selain pertanding yang mendapat sambutan menggalakkan daripada kaki pancing, saya berasa, AgroFest 2015 boleh ada beberapa karnival yang baru untuk tarik pengunjung ke sini, antaranya binatang kambing dan ladang mini pelbagai sayuran," 


"Kita harap karnival kali ini boleh menerima lebih 30,000 pengunjung," ujar Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya kepada wartawan, selepas merasmikan pertandingan pancing ikan tersebut.


Semalam, majlis perasmian pembukaan Agrofest Pulau Pinang 2015 dirasmikan sendiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Datuk Seri Utama Dr. Abdul Rahman Abbas.


Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng turut berucap pada majlis tersebut.


Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdu Malik Abul Kassim, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan) dan kepemimpinan Kerajaan Negeri yang lain turut hadir.


Karnival kali ini menyediakan 30 gerai kekal, 40 khemah usahawan untuk dilawati oleh pengunjung, sama ada dalam negeri atau luar negara.


Itu, tidak termasuk pelbagai ladang bunga-bungaan, sayur-sayuran, binatang ternakan dan sebagainya, yang semestinya menarik minat pengunjung ke sini.


Karnival tahunan yang berlangsung pada Khamis lepas akan berakhir pada tengah malam Ahad baru-baru ini.

Penang Bike Week 2015 ke Seberang Jaya

DR. Afif Bahardin (memegang Jalur Gemilang) bersama-sama Ben Ho (memegang bendera Negeri Pulau Pinang) menyempurnakan majlis pelepasan Konvoi Kebajikan di perkarangan Hotel Sunwar Seberang Jaya pada Sabtu lepas, sempena Penang Bike Week ke-8 2015.

DR. Afif Bahardin bersama-sama 'orang kuat' Karnival Amal Penang Bike Week Ke-8 2015 di sini, Sabtu lepas.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Lebih 250 penunggang motosikal berkuasa tinggi berkampung di perkarangan Hotel Sunway Seberang Jaya di sini selama tiga hari mulai Jumaat lalu bagi menjayakan "Penang Bike Week" 2015.

Acara pelepasan bendara konvoi kebajikan pada awal pagi Sabtu lepas disempurnakan oleh Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin bersama-sama Ben Ho (Pengurus Besar Hotel Sunway Seberang Jaya).

"Selepas tujuh tahun berturut-turut 'Penang Bike Week' ini diadakan di bahagian Pulau, acara tahunan kali ketujuh ini bukan sahaja dianjurkan di tanah besar Seberang Perai, bahkan di Seberang Jaya," kata Dr. Afif Bahardin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya.

Justeru, beliau berkata pihaknya berharap lebih banyak program kebajikan seumpama ini dianjurkan di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN berkenaan.

Sebelum itu, Presiden Penang Bike Week 2015, Abdul Rahim Ahmad memberitahu, program tersebut bukan sahaja untuk menghimpunkan para penunggang motosikal berkuasa tinggi, bahkan untuk mempopularkan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan bermotor.

"Kita juga nak menyuburkan kesedaran priopenting keselamatan untuk penunggang pelbagai kategori.

""Sebenarnya, lebih 1,500 penunggng yang menyerta program amal ini secara langsung atau tidak langsung daripada negeri lain dan negara jiran, seperti Thailand, Singapura dan Indonesia.

"Dengan ini, kita harap kempen mengumpul dana kebajikan yang diadakan dalam penganjuran selama tiga hari ini (5 hingga 7 Jun 2015) dapat membantu keluarga yang memerlukan serta orang kurang upaya (OKU) sekitar (Parlimen) Bukit Mertajam dan Rumah Anak Penyayang di Pulau Pinang," ujar Abdul Rahim dalam kenyataan bertulisnya kepada wartawan.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dijadualkan menyempurnakan Majlis Jamuan Malam Gala "Penang Bike Week" 2015 di Hotel Sunway Pulau Pinang, jam 8.00 malam ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus