Skip to main content

Penang Bike Week 2015 ke Seberang Jaya

DR. Afif Bahardin (memegang Jalur Gemilang) bersama-sama Ben Ho (memegang bendera Negeri Pulau Pinang) menyempurnakan majlis pelepasan Konvoi Kebajikan di perkarangan Hotel Sunwar Seberang Jaya pada Sabtu lepas, sempena Penang Bike Week ke-8 2015.

DR. Afif Bahardin bersama-sama 'orang kuat' Karnival Amal Penang Bike Week Ke-8 2015 di sini, Sabtu lepas.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Lebih 250 penunggang motosikal berkuasa tinggi berkampung di perkarangan Hotel Sunway Seberang Jaya di sini selama tiga hari mulai Jumaat lalu bagi menjayakan "Penang Bike Week" 2015.

Acara pelepasan bendara konvoi kebajikan pada awal pagi Sabtu lepas disempurnakan oleh Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin bersama-sama Ben Ho (Pengurus Besar Hotel Sunway Seberang Jaya).

"Selepas tujuh tahun berturut-turut 'Penang Bike Week' ini diadakan di bahagian Pulau, acara tahunan kali ketujuh ini bukan sahaja dianjurkan di tanah besar Seberang Perai, bahkan di Seberang Jaya," kata Dr. Afif Bahardin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya.

Justeru, beliau berkata pihaknya berharap lebih banyak program kebajikan seumpama ini dianjurkan di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN berkenaan.

Sebelum itu, Presiden Penang Bike Week 2015, Abdul Rahim Ahmad memberitahu, program tersebut bukan sahaja untuk menghimpunkan para penunggang motosikal berkuasa tinggi, bahkan untuk mempopularkan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan bermotor.

"Kita juga nak menyuburkan kesedaran priopenting keselamatan untuk penunggang pelbagai kategori.

""Sebenarnya, lebih 1,500 penunggng yang menyerta program amal ini secara langsung atau tidak langsung daripada negeri lain dan negara jiran, seperti Thailand, Singapura dan Indonesia.

"Dengan ini, kita harap kempen mengumpul dana kebajikan yang diadakan dalam penganjuran selama tiga hari ini (5 hingga 7 Jun 2015) dapat membantu keluarga yang memerlukan serta orang kurang upaya (OKU) sekitar (Parlimen) Bukit Mertajam dan Rumah Anak Penyayang di Pulau Pinang," ujar Abdul Rahim dalam kenyataan bertulisnya kepada wartawan.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dijadualkan menyempurnakan Majlis Jamuan Malam Gala "Penang Bike Week" 2015 di Hotel Sunway Pulau Pinang, jam 8.00 malam ini.