28 March 2012

Lawatan ke China bukti sandiwara Najib anti komunis

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan membuat lawatan kedua ke China dalam masa terdekat.

Lawatan kali pertama ketika Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu difitnah mesra komunis apabila beliau mendakwa Mat Indera merupakan pejuang kemerdekaan.

Ini kerana, Mat Indera melawan SC Polis yang mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong pada era pemerintahan British.

Lawatan Najib ke China menyerlahkan sandiwara Umno BN kononnya mereka langsung tidak mempunyai hubungan dengan negara komunis.

Melaysia 'selamat' tapi 2 lagi wanita disimbah asid

Dua lagi wanita menjadi mangsa simbahan asid sungguhpun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengaku bahawa Malaysia adalah negara paling selamat di rautau Asia ini.

Bernama melaporkan, seorang wanita dan seorang hadir disimbah asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat Kuala Lumpur petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.

Beliau berkata suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.

"Semasa melarikan diri, seorang daripada suspek itu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah wanita itu yang turut mengenai mangsa kedua menyebabkan belakang badannya melecur," katanya dalam satu sistem pesanan ringkas malam tadi.

Abdul Rahim berkata Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang manakala Rani, yang cedera di muka, leher, tangan serta dada, masih dirawat di hospital sama.

"Mangsa tidak dapat mengecam identiti kedua-dua suspek kerana semasa kejadian, keadaan gelap dan perlakuan suspek terlalu pantas," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus