02 February 2015

Sembunyikan keIslaman jika Saudara Baru tak mampu depani keluarganya, kata myIKUT

SAYA, Zainulfaqar Yaacob bersama-sama isteri muda cantik jelita, Siti Hajjar Hassan merakamkan kenangan di Taman Bunga-Bungaan @ Floriade di Canberra, Australia pada 21 September tahun lepas. Bersyukur kepada Allah kerana saya dan isteri dipilih menjadi sahabat biasa kepada seorang 'Saudara Kita' dan kekasihnya kini.

SOALAN 'SAUDARA KITA':
Sebenarnya saya mewarnakan rambut untuk menyempunyikan keIslamanan saya daripada keluarga saya yang masih beragama Hindu, tetapi terus diperikai oleh kekasih saya serta keluarganya. Apa yang patut saya lakukan?


JAWAPAN:
Sesugguhnya Islam agama yang mudah dan tidak akan membebani penganutnya melainka apa yang mampu ditanggung.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...”
[Surah Al-Baqarah: 256]

Amar bin Yasser R.A. pernah mengaku kafir untuk menyelamatkan nyawanya, hingga diturunkan firman Allah S.A.W. yang bermaksud:

“Barang siapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa)...”
[Surah An-Nahl: 106]


SEMBUNYI KEIMANAN
Rasulullah S.A.W sendiri pernah mengadakan solat ghaib secara sendirian selepas mengumumkan mengenai kematian Raja Najasyi.

Walhal, Raja Najasyi dalam hayatnya bukan sahaja digambarkan sebagai pemimpin agama Kristian di Habsyah, bahkan tidak pernah mengumumkan memeluk agama Islam.

Daripada Abu Hurairah ra katanya:

"Pada hari kematian Raja Najasyi (Raja Habsyah), Rasulullah S.A.W. mengumumkan kepada orang ramai. Sesudah itu baginda pergi ke tempat solat, lalu baginda bertakbir empat kali (solat ghaib)."

[hadith Sahih Muslim, No. 951, dan Sahih Bukhari, No.1188]

Dalil ini sekaligus menggambarkan bahawa Raja Najasyi menyempunyikan keIslamannya dan solat ghaib yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. itu membenarkan keagamaan Raja Najasyi.

Jika Raja Najasyi beragama Kristian, sudah tentu Rasulullah S.A.W. tidak mengadakan solat jenazah secara ghaib ke atasnya kerana syarak mengharamkan berdoa keampunan kepada Si Mati bukan Islam (non-Muslim).

Ini berdasarkan larangan Allah S.W.T. kepada amalan Rasulullah S.A.W yang memohon keampunan kepada bapa saudaranya non-Muslim, iaitu Abu Talib bin Abdul Mutalib.

“Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik (kafir & bukan Islam), walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam.
[Surah At-Taubat : 113]

"Jika difahami mengenai kelebihan menyembunyikan keimanan ini, janganlah didesak-desak 'saudara baru' untuk mengisi borang pendaftaran sebagai Muslim jika mereka (khususnya di bawah umur 21 tahun) hanya meminta lafaz syahadatain secara verbal sahaja.

"Sesungguhnya kesempurnaan keIslaman itu tergantung pada syahadatain saudara baru, dan pendaftaran itu sekadar prosedur teknikal untuk merekodkan kesempurnaan syahadah 'Saudara Baru' itu sahaja." - BJ Faqar

NON-MUSLIM HIDUP HARUS DIDOA
Pun begitu, harus untuk mendoakan kepada non-Muslim yang masih hidup seperti ibu ayah, kawan-kawan, kekasih dll supaya diberikan hidayah dan kerahmatan daripada Allah S.W.T.

Ini berdasarkan Sunnah Rasulullah S.A.W sendiri berdoa keIslaman di antara “dua Umar” pada zamannya.

Doa Rasulullah S.A.W tersebut bermaksud, “Ya Allah, tinggikanlah Islam melalui salah seorang dari dua Umar ( Umar Al-Khattab atau Amru Hisham iaitu Abu Jahal).”

Dalil hadith lain,

“Seorang sahabat telah datang kepada Nabi lalu berkata : Sesungguhnya seorang dari Dausan (nama kelaurga) telah derhaka dan enggan (masuk Islam), tolonglah doakan kepada Allah untuknya. Lalu Nabi berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah buat lelaki dari ahli keluarga Dausan itu dan bawakanlah dia kepada kami.
[Riwayat Al-Bukhari, No.2779 dan Muslim]


WARNA RAMBUT
Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Abu Quhafah yang sudah keputihan rambut serta janggutnya:

“Ubahlah ini dengan sesuatu, dan jauhi warna hitam”.
[Sahih Muslim, 3/1663, No.2102]

Lahirlah beberapa hukum mewarna rambut seperti di bawah:

1. Sunat,
Mewarna rambut atau janggut yang beruban keputihan dengan selain warna hitam.

2. Harus,
a. Menghitamkan rambut dengan tujuan jihad atau menimbulkan kegerunan kepada musuh-musuh Islam.

b. Menghitamkan rambut isteri dengan tujuan perhiasan kepada suami sahaja.

3. Makruh,
a. Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.

b.Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.

4. Haram,
a. Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan pada tujuan Harus seperti di atas.

b. Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.

“Sesiapa menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka”.
[Hadith ririwayat Abu Daud, 4/44, No. 4031]

Sesungguhnya, haram menggunakan bahan seperti dye, yang melekat serta melapisi rambut sehingga menghalang air ke tubuh badan semasa mandi wajib.

Justeru, harus menggunakan pewarna yang suci seperti serbuk inai atas sebab untuk menyembunyikan keimanan 'Saudara Kita' berkenaan daripada digoncang oleh perasaan kekeluargaan yang beragama Hindu tersebut.


KESIMPULAN
Sebagai 'Saudara Kita' bergelar Muslim pun, menjadi tanggungjawab kita untuk menunjukkan akhlak terpuji kepada ahli keluarga kita yang masih belum memeluk Islam, kerana hidayah itu adalah urusan Allah.

'Saudara Kita' ini wajar didedahkan dengan kefahaman yang fleksibel dan berkesan, bukan didesak dengan amalan yang regid serta mesyusahkan oleh komuniti umat Islam berwajib.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. sendiripun gigih mengIslamkan bapa saudaranya Abu Mutalib, tetapi akhirnya hidayah itu adalah milik Allah.

Firman Allah S.A.W yang bermaksud:

“Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak dapat memberikan hidayah kepada siapa yang engkau suka, tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas, 28 : 56)


Wallahu 'alam.

Selepas Felixia Yeap, model cantik Eva pula lafaz syahadah menerusi telefon, kata myIKUT

(Dari kiri) AZRAN Chan, Zolkifly Md. Lazim, Eva @ Esley Anak Tikin, Firdaus Wong dan Azley Stanleydi Pusat Multiracial Reverted Muslim (MRM) dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kepintaran teknologi telekomunikasi yang dikejar-kejar acapkali digambarkan akan membawa tamadun manusiawi ke lembah kebinasaan.

Pengerusi IKUT Mewakili Suara 10,000 Reverts Pulau Pinang (myIKUT), Azley Stanley berkata, beliau baru-baru ini berjaya memujuk seorang jelitawan melafazkan dua kalimah syahadah (syahadatain) selepas berinteraksi dakwah melalui telefon pintar.

“Sebenarnya saudara baru kita ini sudah mempunyai minat untuk mengenai keindahan Islam, tetapi, ada beberapa masalah membelenggu perasaannya.

“Apabila saya menyusun semula cara berfikir beliau mengenai masalah-masalah yang dikongsikan itu, saya tidak sangka bahawa beliau ingin melafazkan syahadatain.

“Tanpa lengah, proses melafaz dua kalimah syahadah dilakukan melalui telefon, dan Saya sebak dan terharu kerana mudahnya hidayah Allah memujuk hati hambanya,” jelas Azley menerusi telefon.

Dua hari kemudian, Azley Stanley bersama-sama Penaung myIKUT, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim dan Sdr. Azran Chan ('pemudah cara' lantikan Jabatan Agama Islan Negeri Pulau Pinang, JAINPP) bergegas kepada Pusat Multiracial Reverted  Muslims (MRM) dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur untuk majlis lanjut.

“Islam agama mudah, sebab itu nak menjadi muslim cukup dengan melafazkan dua kalimah syahadah sahaja, selepas kita benar-benar yakin dan rela untuk memeluk agama Islam.

“Soal pendaftaran dan isi borang yang disediakan oleh jabatan agama Islam itu adalah proses teknikal untuk kesempurnaan pendaftaran sebagai seorang 'Saudara Kita' (muallaf) sahaja, bukanlah syarat kesempurnaan untuk peluk agama Islam.

“Sebab itu, saya sendiri permudahkan proses 'Saudara Kita' ini, iaitu lafaz dua kalimah syahadah menerusi telefon sahaja,” jelas Nor Azley lagi, penerima Anugerah Tokoh Saudara Baru Sempena Sambutan Maal Hijrah 1436H/2014 Peringkat Negeri Pulau Pinang.


DULU FELIXIA YEAP, SEKARANG EVA
Zolkifly yang juga Pengerusi NGO Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang berkata, pengalamannya mengikuti perkongsian 'Saudara Kita' berkenaan baru-baru ini mengingatkan kepada kehebatan Islam mengubah peribadi seorang model cantik bernama Felixia Yeap Chin Yee atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap tidak lama dahulu.

FELIXIA Yeap
“Yang masuk Islam ini pun model cantik macam Felixia, hebat...Alhamdulillah semoga Allah memberi kekuatan kepada 'Saudara Kita' ini,” seloroh Zolkifly kepada wartawan, dalam majlis perkongsian dakwah non-Muslim pada malam tadi di Permatang Pauh.

Tentu ramai yang tertanya-tanya, siapakan gadis jelita yang digambarkan memeluk Islam seperti jelitawan Felixia itu?

Daripada rekod myIKUT, 'Saudara Kita' tersebut dikenali sebagai Eva atau nama sebenarnya Elsey Anak Tikin, 29 tahun, yang merupakan gadis peranakan Kadazan dari wilayah Keningau dekat Sabah.

Eva merupakan model profesional sepenuh masa, dan kini mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi selepas terbuka hatinya untuk memeluk Islam.

Eva masih belum berteman, tetapi tinggal di Puchong.

“Sebenarnya saya telah lama berminat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat, tetapi tidak ada yang membantu.

“Saya cuba mencari keluarga angkat, tetapi mungkin semasa itu belum berjumpa, kerana saya sendiri bimbang akan mendapat pendapat berbeza daripada keluarga kandung saya nanti.

Kawan-kawan memang ada yang tahu mengenai minat saya ini, tetapi, tidak berani untuk mengambil risiko.”

Itu, antara perkongsian Eva dengan myIKUT selepas selesai majlis pendaftaran dan syahadatain di MRM baru-baru ini.

“Saya hanya memberi respons yang rasional untuk beberapa masalah yang dibangkitkan Eva sahaja, sehingga beliau sendiri terbuka untuk memeluk Islam,” kata Azley Stanley lagi.

Kini, Eva akan mengikuti kelas pendidikan agama secara anjal di MRM, di bawah kendalian Firdaus Wong.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik...”
[Surah An-Nahl: 125] 

Misi Chong Eng ke Kelantan bawa Al-Quran, kelengkapan sekolah

CHONG Eng menerima sumbangan bantuan pasca banjir daripada wakil BKMSNPP, sambil disaksikan oleh Haji Mohamad Ibrahim (berserban) dan jawatankuasa misi kemanusiaan lain di sini baru-baru ini, untuk dibawa ke Kelantan.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Al-Quran, naskah Surah Yaasin, telekong solat, sajadah dan kelengkapan sekolah antara yang barang keperluan pasca bencana yang dibawa dalam misi kemanusiaan Kelab Kebajian Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (BKMSNPP), kendalian Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng di sini baru-baru ini.

Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang berkata, insiatif membabitkan lebih 50 sukarelawan BKMSNPP itu dianjurkan atas semangat federalisme Pulau Pinang dan Kelantan.

“Kita (Pulau Pinang) boleh merasai kesusahan yang dialami di Kelantan selepas bencana banjir ini kerana kita pun turut diuji dengan bencana ribut kencang di (Kawasan Parlimen) Balik Pulau baru-baru ini.

“Kumpulan ini akan membawa peralatan pembersihan rumah, dapur gas, alatan memasak, beg sekolah, sajadah, telekong solat, al-Quran, buku Yaasin, alat tulis, wang tunai dan makanan untuk diedar ke sana,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Penasihat Persatuan Belia Kampung Setol, Haji Mohamad Ibrahim dan Pengerusi BKMSNPP, Ahmad Syafiq Mohamad Yusof turut menyertai majlis tersebut.

Chong Eng turut melahirkan penghargaan kepada Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kampung Setol dekat Permatang Pauh, Persatuan Belia Kampung Setol dan beberapa lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang menyumbang tenaga bantuan kemanusian ke kawasan pasca bencana tersebut.

Difahamkan, misi kemanusian pada 16 hingga 18 Januari lepas tersebut ke Kelantan dengan sebuah bas, dua pacuan empat roda yang sarat membawa barang keperluan berwajib.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus