02 February 2015

Misi Chong Eng ke Kelantan bawa Al-Quran, kelengkapan sekolah

CHONG Eng menerima sumbangan bantuan pasca banjir daripada wakil BKMSNPP, sambil disaksikan oleh Haji Mohamad Ibrahim (berserban) dan jawatankuasa misi kemanusiaan lain di sini baru-baru ini, untuk dibawa ke Kelantan.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Al-Quran, naskah Surah Yaasin, telekong solat, sajadah dan kelengkapan sekolah antara yang barang keperluan pasca bencana yang dibawa dalam misi kemanusiaan Kelab Kebajian Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (BKMSNPP), kendalian Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng di sini baru-baru ini.

Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang berkata, insiatif membabitkan lebih 50 sukarelawan BKMSNPP itu dianjurkan atas semangat federalisme Pulau Pinang dan Kelantan.

“Kita (Pulau Pinang) boleh merasai kesusahan yang dialami di Kelantan selepas bencana banjir ini kerana kita pun turut diuji dengan bencana ribut kencang di (Kawasan Parlimen) Balik Pulau baru-baru ini.

“Kumpulan ini akan membawa peralatan pembersihan rumah, dapur gas, alatan memasak, beg sekolah, sajadah, telekong solat, al-Quran, buku Yaasin, alat tulis, wang tunai dan makanan untuk diedar ke sana,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Penasihat Persatuan Belia Kampung Setol, Haji Mohamad Ibrahim dan Pengerusi BKMSNPP, Ahmad Syafiq Mohamad Yusof turut menyertai majlis tersebut.

Chong Eng turut melahirkan penghargaan kepada Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kampung Setol dekat Permatang Pauh, Persatuan Belia Kampung Setol dan beberapa lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang menyumbang tenaga bantuan kemanusian ke kawasan pasca bencana tersebut.

Difahamkan, misi kemanusian pada 16 hingga 18 Januari lepas tersebut ke Kelantan dengan sebuah bas, dua pacuan empat roda yang sarat membawa barang keperluan berwajib.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus