02 February 2015

Sembunyikan keIslaman jika Saudara Baru tak mampu depani keluarganya, kata myIKUT

SAYA, Zainulfaqar Yaacob bersama-sama isteri muda cantik jelita, Siti Hajjar Hassan merakamkan kenangan di Taman Bunga-Bungaan @ Floriade di Canberra, Australia pada 21 September tahun lepas. Bersyukur kepada Allah kerana saya dan isteri dipilih menjadi sahabat biasa kepada seorang 'Saudara Kita' dan kekasihnya kini.

SOALAN 'SAUDARA KITA':
Sebenarnya saya mewarnakan rambut untuk menyempunyikan keIslamanan saya daripada keluarga saya yang masih beragama Hindu, tetapi terus diperikai oleh kekasih saya serta keluarganya. Apa yang patut saya lakukan?


JAWAPAN:
Sesugguhnya Islam agama yang mudah dan tidak akan membebani penganutnya melainka apa yang mampu ditanggung.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...”
[Surah Al-Baqarah: 256]

Amar bin Yasser R.A. pernah mengaku kafir untuk menyelamatkan nyawanya, hingga diturunkan firman Allah S.A.W. yang bermaksud:

“Barang siapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa)...”
[Surah An-Nahl: 106]


SEMBUNYI KEIMANAN
Rasulullah S.A.W sendiri pernah mengadakan solat ghaib secara sendirian selepas mengumumkan mengenai kematian Raja Najasyi.

Walhal, Raja Najasyi dalam hayatnya bukan sahaja digambarkan sebagai pemimpin agama Kristian di Habsyah, bahkan tidak pernah mengumumkan memeluk agama Islam.

Daripada Abu Hurairah ra katanya:

"Pada hari kematian Raja Najasyi (Raja Habsyah), Rasulullah S.A.W. mengumumkan kepada orang ramai. Sesudah itu baginda pergi ke tempat solat, lalu baginda bertakbir empat kali (solat ghaib)."

[hadith Sahih Muslim, No. 951, dan Sahih Bukhari, No.1188]

Dalil ini sekaligus menggambarkan bahawa Raja Najasyi menyempunyikan keIslamannya dan solat ghaib yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. itu membenarkan keagamaan Raja Najasyi.

Jika Raja Najasyi beragama Kristian, sudah tentu Rasulullah S.A.W. tidak mengadakan solat jenazah secara ghaib ke atasnya kerana syarak mengharamkan berdoa keampunan kepada Si Mati bukan Islam (non-Muslim).

Ini berdasarkan larangan Allah S.W.T. kepada amalan Rasulullah S.A.W yang memohon keampunan kepada bapa saudaranya non-Muslim, iaitu Abu Talib bin Abdul Mutalib.

“Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik (kafir & bukan Islam), walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam.
[Surah At-Taubat : 113]

"Jika difahami mengenai kelebihan menyembunyikan keimanan ini, janganlah didesak-desak 'saudara baru' untuk mengisi borang pendaftaran sebagai Muslim jika mereka (khususnya di bawah umur 21 tahun) hanya meminta lafaz syahadatain secara verbal sahaja.

"Sesungguhnya kesempurnaan keIslaman itu tergantung pada syahadatain saudara baru, dan pendaftaran itu sekadar prosedur teknikal untuk merekodkan kesempurnaan syahadah 'Saudara Baru' itu sahaja." - BJ Faqar

NON-MUSLIM HIDUP HARUS DIDOA
Pun begitu, harus untuk mendoakan kepada non-Muslim yang masih hidup seperti ibu ayah, kawan-kawan, kekasih dll supaya diberikan hidayah dan kerahmatan daripada Allah S.W.T.

Ini berdasarkan Sunnah Rasulullah S.A.W sendiri berdoa keIslaman di antara “dua Umar” pada zamannya.

Doa Rasulullah S.A.W tersebut bermaksud, “Ya Allah, tinggikanlah Islam melalui salah seorang dari dua Umar ( Umar Al-Khattab atau Amru Hisham iaitu Abu Jahal).”

Dalil hadith lain,

“Seorang sahabat telah datang kepada Nabi lalu berkata : Sesungguhnya seorang dari Dausan (nama kelaurga) telah derhaka dan enggan (masuk Islam), tolonglah doakan kepada Allah untuknya. Lalu Nabi berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah buat lelaki dari ahli keluarga Dausan itu dan bawakanlah dia kepada kami.
[Riwayat Al-Bukhari, No.2779 dan Muslim]


WARNA RAMBUT
Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Abu Quhafah yang sudah keputihan rambut serta janggutnya:

“Ubahlah ini dengan sesuatu, dan jauhi warna hitam”.
[Sahih Muslim, 3/1663, No.2102]

Lahirlah beberapa hukum mewarna rambut seperti di bawah:

1. Sunat,
Mewarna rambut atau janggut yang beruban keputihan dengan selain warna hitam.

2. Harus,
a. Menghitamkan rambut dengan tujuan jihad atau menimbulkan kegerunan kepada musuh-musuh Islam.

b. Menghitamkan rambut isteri dengan tujuan perhiasan kepada suami sahaja.

3. Makruh,
a. Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.

b.Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.

4. Haram,
a. Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan pada tujuan Harus seperti di atas.

b. Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.

“Sesiapa menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka”.
[Hadith ririwayat Abu Daud, 4/44, No. 4031]

Sesungguhnya, haram menggunakan bahan seperti dye, yang melekat serta melapisi rambut sehingga menghalang air ke tubuh badan semasa mandi wajib.

Justeru, harus menggunakan pewarna yang suci seperti serbuk inai atas sebab untuk menyembunyikan keimanan 'Saudara Kita' berkenaan daripada digoncang oleh perasaan kekeluargaan yang beragama Hindu tersebut.


KESIMPULAN
Sebagai 'Saudara Kita' bergelar Muslim pun, menjadi tanggungjawab kita untuk menunjukkan akhlak terpuji kepada ahli keluarga kita yang masih belum memeluk Islam, kerana hidayah itu adalah urusan Allah.

'Saudara Kita' ini wajar didedahkan dengan kefahaman yang fleksibel dan berkesan, bukan didesak dengan amalan yang regid serta mesyusahkan oleh komuniti umat Islam berwajib.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. sendiripun gigih mengIslamkan bapa saudaranya Abu Mutalib, tetapi akhirnya hidayah itu adalah milik Allah.

Firman Allah S.A.W yang bermaksud:

“Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak dapat memberikan hidayah kepada siapa yang engkau suka, tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas, 28 : 56)


Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus