01 May 2013

Zolkifly rayu Balik Pulau undi Bakhtiar, Tuah

"Bakhtiar mesti disokong di Balik Pulau. Tuah mesti memang di Pulau Betong."

Itu, antara inti ucapan Pengerusi Hapuskan Tol Jabatan Pertama Pulau Pinang (Hapus) Zolkifly Md Lazim di perkarangan rumah Che Mat dekat Pulau Betong.

Zolkifly berkata Pulau Betong kampung halamannya. Di situ tempat Zolkifly membesar.

Namanya tidak asing. Orang Umno banyak adik beradiknya. Orang Pas dan PKR pun banyak adik beradik dan kenalannya.

"Di sini (Pulau Betong), agih beras kepada orang kampung tak kira warna parti, di sini saya dekati anak yatim melalui program sumbangan.

"Apabila turun bersembang dengan orang tempatan (khususnya) adik-beradik di Kampung Pulau Betong ini, sedia buat perubahan.

"Setuju tak setuju, perubahan pasti berlaku. Pulau Pinang kekal Pakatan Rakyat, Putrajaya pun mesti kita menang," ujar Zolkifly.

Sambil menunggu ketibaan Bakhtiar di tempat ceramah,  Tuah dilihat sibuk salam menyalam dengan sanak saudara Zolkifly.

Di depan hampir 200 sanak saudara di Kampung Pulau Betong, Zolkifly merayu undi perubahan diberi kepada Bakhtiar dan Tuah.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus