19 December 2015

23 nelayan tiada lesen di Teluk Kumbar minta bantuan AMANAH

ZOLKIFLY Md. Lazim (berbaju petak merah hitam) saling menyantuni nelayan-nelayan pantai di Teluk Kumbar, selepas majlis interaksi di sini, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BALIK PULAU - Isu 23 nelayan warganegara di Teluk Kumbar tiada permit serta seringkali ditangkap oleh pihak berkuasa maritim antara yang dibangkitkan dalam majlis interaksi AMANAH Parlimen Balik Pulau, malam tadi.

Ketua Unit Nelayan yang enggan identitinya diketahui umum memberitahu, lebih 10 tahun mereka memohon lesen daripada pihak berkuasa berwajib, namun gagal sehingga kini.

Akibatnya, menurut sumber, mereka berdepan risiko kompaun minimum RM500 jika ditangkap oleh pihak maritim semasa menjalankan aktiviti penangkapan ikan di sini.

"Semua ini nelayan pantai lebih 10 tahun dan masing-masing memang ada perahu kecil sendiri, cuma tiada lesen," respons sumber.

Ketua Kawasan AMANAH Parlimen Balik Pulau, Tuan Zolkifly Md. Lazim memberitahu, pihaknya akan mengetengahkan isu berbangkit ini kepada Kerajaan Negeri serta agensi persekutuan berwajib.

"Kerajaan Negeri membela nelayan warganegara, sebab itu warganegara yang benar-benar dikenal pasti menjalankan aktiviti nelayan pantai akan dibantu dari segi bantuan pukat dua kali setahun.

"Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri  (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini pun, Exco (Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan) Dr. Afif Bahrain sendiri ada membangkitkan isu nelayan pantai sebenar berstatus warganegara, tetapi tiada lesen.

"Melalui NGO dan persatuan nelayan sendiri, wakil kita (AMANAH) akan teroka jalan penyelesaian, kita akan bantu merayu kepada agensi-agensi persekutuan berwajib untuk selesai masalah nelayan di Teluk Kumbar ini," jelas Zolkifly yang juga Pengerusi NGO Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus