Skip to main content

Posts

Showing posts from March 2, 2016

160,989 warga emas layak tuntut RM100 mulai 5 Mac, umum Boon Poh

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEOEGE TOWN - Seramai 160,989 warga emas yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri layak menuntut RM100 tunai dengan membawa vaucer berwajib ke 29 cawangan Maybank terpilih pada 5 dan 6 Mac ini, mulai jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh memberitahu, warga emas yang bertaraf orang kurang upaya (OKU) berdafar pula disyorkan menuntut sumbangan berwajib selepas jam 1.00 petang untuk mendapat layanan istimewa berwajib.
"Vaucer-vaucer telah dihantar sebelum 1 Mac lagi.
"Andai kata keluarga mereka (warga emas bertaraf OKU) membawa mereka dalam kereta, mereka boleh duduk dalam kereta, kami (wakil Kerajaan Negeri) di bank boleh ambil duit (RM100) dan beri kepada mereka," jelas Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu kepada pemberita di Komtar, tengah hari tadi.
Bagi wakil penerima, katanya, wajib mendapatkan 'Surat Pelepasan Tanggungjawab' daripada Pejab…

Exco berang rakyat ditipu pegawai perumahan palsu

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Tujuh pembeli rumah kos sederhana rendah pagi ini tampil memberitahu bahawa mereka ditipu oleh tiga individu yang mengaku sebagai Pegawai dari Pejabat Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Mengulas mengenai hal itu, Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata Kerajaan Negeri tidak pernah mengenakan apa-apa bayaran awalan sebagai jalan pintas untuk meluluskan permohonan rumah mampu milik semua kategori di The Rise Park dekat Jalan SP Chelliah, Datuk Keramat.
"Jangan bayar kepada sesiapa yang mengaku sebagai Pegawai Perumahan walau sesen pun, jika dijanjikan rumah.
"Nama Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri seakan dicabuli, saya memang tidak boleh terima.
"Saya berharap mereka yang ditipu segera membuat laporan polis dan aduan kepada Kerajaan Negeri sebagai rekod," tegas Jagdeep yang juga ADUN Datuk Keramat kepada pemberita di Komtar, di sini.
Tegasnya lagi, hanya Jawatankuasa Pembersihan…

Fiqh Awlawiyat: Utamakan hak manusia berbanding hak Allah S.W.T?

Fiqh Keutamaan (فقة الأولويات) : HAK ALLAH & HAK-HAK MANUSIA


Antara hak Allah S.W.T (حق الله) dan hak-hak hamba (حقوق العباد), yang mana satu sepatutnya diutamakan oleh manusia?
Hujjatul Islam Imam Ghazali berpendapat bahawa hak Allah mendahului hak hamba-Nya, antaranya bermuarakan dalil:
قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
"Katakanlah: Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya dan Allah ti…