26 September 2015

Jangan cipta fitnah atas nama nak perangi fitnah...

USRAH qiyadi PasMa Pulau Pinang bersama-sama Presiden,  Dato' Phahrolrazi Mohd. Zawawi dan Ustaz Taib Ahmad (Setiausaha Agung NGO) di Permatang Pauh di sini,  malam ini. 

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو خَالِدٍ الْأَحْمَرُ ح و حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِي مُعَاوِيَةَ كِلَاهُمَا عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي ظِبْيَانَ عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ وَهَذَا حَدِيثُ ابْنِ أَبِي شَيْبَةَ قَالَ بَعَثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَرِيَّةٍ فَصَبَّحْنَا الْحُرَقَاتِ مِنْ جُهَيْنَةَ فَأَدْرَكْتُ رَجُلًا فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ فَطَعَنْتُهُ فَوَقَعَ فِي نَفْسِي مِنْ ذَلِكَ فَذَكَرْتُهُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَقَتَلْتَهُ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّمَا قَالَهَا خَوْفًا مِنْ السِّلَاحِ قَالَ أَفَلَا شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ حَتَّى تَعْلَمَ أَقَالَهَا أَمْ لَا فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا عَلَيَّ حَتَّى تَمَنَّيْتُ أَنِّي أَسْلَمْتُ يَوْمَئِذٍ قَالَ فَقَالَ سَعْدٌ وَأَنَا وَاللَّهِ لَا أَقْتُلُ مُسْلِمًا حَتَّى يَقْتُلَهُ ذُو الْبُطَيْنِ يَعْنِي أُسَامَةَ قَالَ قَالَ رَجُلٌ أَلَمْ يَقُلْ اللَّهُ : وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ . فَقَالَ سَعْدٌ قَدْ قَاتَلْنَا حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَأَنْتَ وَأَصْحَابُكَ تُرِيدُونَ أَنْ تُقَاتِلُوا حَتَّى تَكُونُ فِتْنَةٌ

Maksud:
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah, telah menceritakan kepada kami Abu Khalid al-Ahmar (dalam riwayat lain disebutkan) Dan telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib dan Ishaq bin Ibrahim dari Abu Mu'awiyah keduanya dari al-A'masy dari Abu Dlibyan dari Usamah bin Zaid dan ini hadits Ibnu Abu Syaibah, dia bersabda, Rasulullah S.A.W mengutuskan kami dalam suatu pasukan. Suatu pagi kami sampai di al-Huruqat, iaitu suatu tempat di daerah Juhainah. Kemudian aku berjumpa seorang lelaki, lelaki tersebut lalu mengucapkan "laa ilaaha illaLlahu"  (Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah), namun aku tetap menikamnya. Lalu aku merasa ada keanehan dalam diriku disebabkan hal tersebut, sehingga kejadian tersebut aku ceritakan kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah bertanya: "Kenapa kamu membunuh orang yang telah mengucapkan Laa Ilaaha Illaahu?" Aku menjawab, Wahai Rasulullah! Sesungguhnya lelaki itu mengucap demikian karana takutkan ayunan pedang. Rasulullah bertanya lagi: "Sudahkah kamu membelah dadanya sehingga kamu tahu dia benar-benar mengucapkan Kalimah Syahadat atau tidak?" Rasulullah terus mengulangi pertanyaan itu kepadaku hingga menyebabkan aku berandai-andai bahwa aku baru masuk Islam saat itu." Usamah menceritakan lagi, "Sa'd telah berkata, "Demi Allah, aku tidak akan membunuh seorang muslim, hingga dia telah dibunuh oleh orang yang mempunyai perut yang kecil, iaitu Usamah." Usamah berkata lagi, "Seorang lelaki telah bertanya, Tidakkah Allah telah berfirman, "Dan perangilah mereka, sehingga tiada lagi fitnah, dan jadikanlah agama itu semata-mata karena Allah" (Qs. Al Anfal: 38). Maka Sa'd menjawab, "Sesungguhnya kami memerangi mereka supaya tidak berlaku fitnah, tetapi kamu dan para Sahabat kamu memerangi mereka, untuk menimbulkan fitnah."

.حديث رواه مسلم، رقم 140 *

Mat Sabu pernah wasiat jangan sertai parti Islam Amanah jika beliau tinggal Pas?

Grup whatsapp tertentu ada menyebarkan kempen seperti gambar di bawah:


Respons:
Kaedah fiqh ada menyebut:

تغير الأحكام بتغيّر الأزمنة والأمكنة والأحوال 

Maksud:
Perubahan hukum dengan berubahnya masa, tempat dan kondisi

Contoh 1:
Asal hukum berjihad mempertahan Islam wajib,  tetapi, berubah pada hukum haram jika dilakukan melalui IS kerana jihad melampau pergerakan itu memburukkan imej Islam sebagai agama Rahmat Ke Seluruh Alam (Al-Quran, 11;113; Sahih Muslim, no.hadith 140)

Contoh 2:
Haji Mohamad Sabu (jika benar) mengeluarkan kata-kata sebegitu hakikatnya dalam konteks PAS masih berjuang Islam secara sederhana, bukan kian berubah kepada faham asabiah ekstrem dengan kembali mesra Umno sebagaimana dilihat sekarang.

Kaedah fiqh menyebut: 

مقصد اللفظ على نية اللأفظ 
Maksud:
Tujuan akhir satu-satu lafaz atas niat (hakiki) pelafaz.


Zainulfaqar Yaacob
Ketua Komunikasi
AMANAH Pulau Pinang 


__________
+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com

Naik taraf Jalan Negeri Sungai Udang RM400,000

KETUA Menteri Lim Guan Eng menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Penarafan Jalan Ban Sungai Udang di sini,  pagi tadi. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

JAWI - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, sebanyak RM400,000 diluluskan untuk Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang menaiktaraf Jalan Ban Sungai Udang sepanjang 1.23 kilometer, daripada kelebaran asal 5.3 meter pada 7 meter.

Katanya, projek tersebut termasuk dalam peruntukan melaksana projek-projek jalan raya bagi tahun 2015 yang keseluruhannya berjumlah RM32.7 juta kerana Kerajaan Negeri komited memantapkan pembangunan infrastruktur bandar dan luar bandar, yang diyakini memangkin pada perkembangan ekonomi rakyat.

"Dalam aspek ekonomi, jalan raya merupakan penyumbang utama kepada peningkatan taraf hidup penduduk setempat samada dari aspek perniagaan, pendidikan, keselamatan dan sosio-ekonomi," jelas Guan Eng pada majlis penarafan jalan tersebut di sini, pagi tadi.

Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam berkenaan turut memasyhurkan Jalan Ban itu sebagai Jalan Negeri Sungai Udang.  

Exco Kerja Raya,  Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Dato' Maktar Shapee  (Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap merangkap Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang), Soon Lee Chee (ADUN Jawi) dan Ir. Salleh Awang (Pengarah JKR Negeri) turut menyertai majlis perasmian tersebut.

Dalam perkembangan  sama, Guan Eng sekali lagi merayu kepada Kerajaan Pusat supaya pelaksanaan 6 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikecualikan ke atas projek-projek awam yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

Menurut beliau, projek penarafan Jalan Ban umpamanya bukanlah berorientasi keuntungan dan jelas-jelas untuk kepentingan rakyat.

"Mengapa angkat untung (GST) daripada projek Kerajaan Negeri, sedangkan projek ini bukan menjana keuntungan daripada duit Kerajaan Pusat, mahupun poket rakyat sendiri.

"Seperti penarafan dan kerja-kerja pelebaran Jalan Song Ban Kheng sepanjang 3.2 kilometer yang menelan belanja RM20.4 juta, bayangkan berapa yang terpaksa dibayar jika 6 peratus GST dikenakan oleh Kerajaan Pusat sedangkan projek Kerajaan Negeri ini bukan berorientasi perniagaan mahupun  keuntungan," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Justeru, katanya, pelaksanaan GST bukanlah untuk memacu perkembangan ekonomi negeri, tetapi lebih pada membiayai lambakan hutang, seperti skandal 1Malaysia Development Berhad  (1MDB) yang dikatakan mencecah lebih RM42 bilion.

Terdahulu, Hock Seng dan beberapa pegawai JKR dan wakil Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) pada bulan Julai tahun lepas membuat tinjauan Jalan Ban Sungai Udang.

Hasil lawatan itu, JKR telahpun membentangkan pelan cadangan penarafan jalan tersebut kepada Kerajaan Negeri, lalu, diluluskan bersama-sama projek-projek jalan raya lain bagi tahun 2015 yang berjumlah RM32.7 juta.

Kerja-kerja penarafan dimulakan pada bulan Mac lalu, termasuk proses mengubah tiang-tiang utiliti milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom.

Projek menaiktaraf Jalan Negeri Sungai Udang tersebut dijadualkan siap sepenuhnya pada bulan Ogos depan. 

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus