08 June 2014

Ahli Politik jahat punca Raja jadi jahat

UMNO perlu mengambil pendirian sama ada untuk menjunjung ketinggian perlembagaan atau diktatorisme Raja.

Kalau menjunjung perlembagaan ertinya, menjunjung konsep raja berperlembagaan yang mencegah campurtangan sultan dalam tadbir urus Kerajaan Negeri.

Apabila bincang mengenai campurtangan raja dalam urusan pentadbiran, sebenarnya bukan hanya berlaku di Johor.

Di Kelantan, lebih awal berlaku di bawah Raja Slipper Crocs, cuma di sana tidak wujud percubaan mewujudkan enakmen berwajib seperti di Johor sekarang.

Kalau kita masih ingat, Raja Slipper Crocs pernah digambarkan mencampuri urusan kepemimpinan Kerajaan Kelantan, khususnya pasca Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi dimahsyur sebagai Menteri Besar.

Grup Kerajaan Perpaduan (UG) menggambarkan Raja Kasut Crocs yang mengetepikan Datuk Husam Musa dalam senarai Exco Kerajaan Negeri.

Saya pernah tanya kepada seorang wakil rakyat Kelantan, apa begitu maksum Raja Kasut Crocs sampai pemimpin PAS pun takut mencegah campurtangan berlebihan pihak istana.

Kalau kita tidak lupa, Tuan Guru Nik Aziz pun semasa dimahsyurkan sebagai Menteri Besar Kelantan pun menerima reaksi dingin al-marhum ayahanda Raja Slipper Crocs.

Pernah satu ketika, Tuan Guru Nik Aziz diminta untuk tidak mengiringi al-marhum ayahanda Raja Slipper Crocs ke mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Malaysia.

Tetapi, layanan dingin itu tidak boleh direalisasikan kerana amalan berperlembagaan meruangkan hak untuk Tuan Guru mengiringi al-marhum ayahanda Raja Slipper Crocs ke mesyuarat tersebut.

Tuan Guru Nik Aziz mempunyai pendirian sebegitu kerana beliau dilihat tidak pernah berlebih-lebihan mengquduskan raja, termasuk Raja Slipper Crocs yang berlakon warak di Kelantan sekarang.

Dulu, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah melondeh kekebalan raja secara berperlembagaan, semasa menjadi perdana menteri.

Menjawab soalan wartawan semasa itu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, "tiada mana-mana manusia di muka bumi ini kekal dan kebal, melainkan Allah yang memiliki semua kerajaan di dunia ini."

Saya pernah bertanya, kenapa pemimpin PAS Kelantan sekarang tidak seperti Tuan Guru Nik Aziz?

Ada seorang ustaz berdalih, "dinnu n-nas 'ala dinni mulukihim."

[maksud: agama manusia itu (tergantung) atas agama (yang dianuti) oleh raja-raja mereka]

Malah, agamawan berkenaan berkata, ijtihad yang dilakukan di Kelantan semasa itu disebabkan berlakunya perebutan takhta pasca kemangkatan Raja Slipper Crocs.

Katanya lagi, ijtihad itu adalah mendekati maksud hadith:

"iza buyi'a li khalifataini faqtuluu al-aakhara min huma"(Riwayat Muslim: 3,444)

[Maksud: Apabila dibai'ah kedua-dua khalifah, maka bunuhlah yang satu lagi daripada kedua-duanya.]

Mereka juga secara serong menggunakan kaedah fiqhiyyah yang berbunyi, "al-tahsilu lil hasili bathilun."

[Maksud: menghasilkan sesuatu yang telahpun hasil adalah batil]

Sila saya jejaskan, bahawa hadith sahih ini wajar dibaca dalam kerangka monarki, bukan demokrasi atau lebih tepat berkonsepkan Raja Bererlembagaan.

Sesungguhnya, dibunuh salah seorang khalifah itu untuk mengelak mudarat yang lebih besar iaitu menyelamatkan Kerajaan Islam dari hancur disebabkan perpecahan dalam di antara raja-raja yang saling merebut takhta berkenaan.

Walhal, mudarat sebegitu tidak wujud disebabkan kerajaan pusat dan negeri di Malaysia dibentuk berasaskan amalan demokrasi berpilihan raya, dengan raja sebagai simbol kenegaraan semata-mata.

Dalam konteks Johor sekarang, sepatutnya tiada campurtangan berlebihan secara pentadbiran oleh Rajanya, kerana amalan demokrasi boleh memenuhi keperluan pentadbiran berwajib tersebut.

Sepatutnya urusan pentadbiran diserahkan kepada ahli pentadbiran yang layak, bukan Raja disebabkan kedudukan raja tersebut.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil..." (Surah An-Nisa': 58)

Sabda RasuluLlah S.A.W yang bermaksud:

"Iza hakima al-haakimu fajtaha summa asobalahu ajrani wa iza hakima fajtahada summa akhtho'u ajrun." (Muslim: 3,240)

[Maksud: Apabila berhukum seorang Hakim, lalu dia berjihad (dan) kemudian betul, maka baginya dua ganjaran (pahala). Dan, apabila berhukum, lalu dia berjihad (dan) kemudian salah, maka baginya satu ganjaran (pahala).]

Wujud campurtangan raja secara berlebihan di Johor dan Kelantan, antara lain berpunca oleh sikap tidak demokratik berperlembagaan ahli-ahli politik yang menguasai dua negeri berkenaan.

Jika ahli politik jujur melaksanakan amalan demokrasi yang hakiki, termasuk menegakkan konsep Raja Berperlembagaan, raja di Johor dan Kelantan tidaklah berlebih-lebihan seperti yang sama-sama kita lihat sekarang.

Di Pulau Pinang, tiada campurtangan Yang Di-Pertuan Negeri (digelar Tuan Yang Terutama, T.Y.T) dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, sungguhpun kedudukannya hampir serupa dengan raja seperti di negeri Johor dan Kelantan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi tulen, seperti tender terbuka, perjawatan berasaskan bakat dan kelayakan, desentralisasi, integriti isytihar harta serta sistem ala hisbah yang dikenali sebagai C.A.T.

Pemilihan tender secara terbuka dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bukan ahli politik termasuk Ketua Menteri sendiri.

Semua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengisytiharkan harta masing-masing secara terbuka, serta sedia dipertikai oleh rakyat dan dirujuk kepada sistem hisbah C.A.T.

Jawatan Presiden serta Ahli Kehormat Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang atau FAP disandang oleh bekas ahli sukan berpengalaman, berbakat serta berkelayakan, bukan ahli politik kepartian termasuk Ketua Menteri dll

Consortium Zenith BUCG yang dipengerusikan oleh seorang Melayu dipilih memajukan projek tiga pintasan lebuh raya dan terowong bawah dasar laut Pulau Pinang atas sebab kelayakan mereka melalui tender terbuka, bukan seperti pemilihan kontraktor berkaitan kepentingan Raja Slipper Crocs dalam satu projek mega dekat Tok Bali Kelantan serta tender tertutup.

Urusan pengagihan perumahan mampu milik di Pulau Pinang pun diuruskan oleh jawatankuasa bebas yang dikenali sebagai SPEC, bukan seperti percubaan Raja Johor kini.

Apa yang saya nak sebut di sini, raja jahat antaranya berpunca oleh ahli politik yang jahat juga.

Raja (maksud: T.YT) baik serta menepati Raja Berperlembagaan antara lain berpunca oleh amalan integriti oleh ahli politik yang demokratik juga.

Setuju?

ZAiNULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
Muar | 9.06 pagi

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus