05 March 2014

Tuan tanah lari dari 'perang mulut' Kg. Pmtg. Tok Subuh

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Foto: MOHD. SABRI SAID

BUTTERWORTH - Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Puan Nabisha Ibrahim pagi tadi menetapkan pendengaran kes pengusiran 20 penduduk Kampung Permatang Tok Subuh didengar semula pada 26 Mac depan, serentak dengan hari penghakiman terus yang membabitkan enam lain dari kampung tersebut.

Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Permatang Tok Subuh, Hamidah Che Embi bagaimanapun berkata, pihaknya gagal menyerah memorandum bantahan kepada tuan tanah Distinct Class kerana wakil pihak pendakwaan dari Firma Fadzil, Chua & Song seakan melarikan diri daripada mereka.

"Dia (peguam tuan tanah) enggan terima memo, beberapa kali lari apabila terserempak dengan orang kampung Permatang Tok Subuh di mahkamah tadi," ujar Hamidah semasa dihubungi lewat petang tadi.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Che Keong, Lee Khai Loon (Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk), Pak Jab Samat (Ketua PKR Cabang Bukit Mertajam), Zulkefli Saad (Pengasas Lang-Gar) dan Mohamad Ikhwan Nasser (wakil AMK) turut hadir pada aksi 'parang mulut' tersebut.

Bercakap pada sidang media, Steven Sim berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil langkah secara pentadbiran agar kesemua penduduk terbit tidak tercicir dek arus pembangunan di tanah kampung tersebut.

"Kerajaan Negeri akan mempertahan hak penduduk habis-habisan dengan kuasa yang ada," tegas Steven yang juga pemuda DAP Pulau Pinang, dipetik daripada Hamidah.

Manakala, Pengerusi Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS), Zolkifly Md.Lazim semasa menghubungi dari Jordan sebentar tadi menyifatkan tindakan 'lari' pihak pendakwaan sebagai kemenangan moral untuk penduduk terbabit.

Semalam, Hamidah melancarkan 'perang mulut' mengepung Distinct Class di mahkamah, ekoran, keengganan peguam tuan tanah itu menerima memorandum penduduk dalam satu aksi demontrasi di Seberang Jaya, Isnin lepas.

Air: Pakatan nasihat Khalid jangan tergesa-gesa

Pakatan Rakyat menggesa Menteri Besar Selangor Tan Seri Khalid Ibrahim agar tidak tergesa-gesa menandatangani perjanjian awal dengan pusat, selepas termateraianya memorandum persefahaman (MOU) sebelum ini.

Mesyuarat Pakatan yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini turut menghantar segera tiga wakil dari setiap parti iaitu bagi menyampaikan keputusan mesyuarat hari ini.

Menurut Ketua Umum PKR, mereka ialah Timbalan Presiden DAP Tan Kok Wai, Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Jawatankuasa Pusat PAS).

"Majlis Pimpinan Pakatan setuju hantar tiga wakil... untuk sampaikan pandangan harus diberikan penjelasan lebih terperinci tentang kesan (perjanjian) kepada Selangor, hal tarif dan beberapa aspek perjanjian termasuk Langat 2 kepada pimpinan sebelum ditandatangani (perjanjian)," kata Anwar.

Ini projek asabiah tolak Anwar ganti Khalid MB

"MACAM MANA KATA 'OK' KALAU TAK TELITI?" - bukan fatwa

Exco kata MOU OK tapi belum teliti - Mkini

Struktur sementara kekal di tapak asal Pasar Awam Bukit Mertajam, bukan Jalan Pegawai

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Sr. Rozali Mohamod pagi ini menjernihkan isu "Menyelesaikan Masalah Penjaja Di Tempat Terbuka, Pasar Sementara Dibina Di Jalan Pegawai", sebagaimana dilaporkan akhbar Guang Ming Daily, semalam.

Menurut beliau, pembinaan pasar awam sementara di Jalan Pegawai masih di peringkat kajian, sertai bukan perancangan terdekat MPSP untuk memindah penggerai-penggerai asal Pasar Awam Bukit Mertajam ke sana.

"Perancangan terdekat yang diputuskan adalah untuk membina sebuah struktur sementara di atas tapak asal bagi menempatkan penggerai-penggerai Pasar Awam Bukit Mertajam (di situ)," jelas Rozali, mewakili Yang di-Petua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif kepada wartawan di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini.

Hadir sama, Ahli Majlis MPSP, Tan Cheong Eng.

Rozali memberitahu, pihaknya tidak boleh membuat kerja-kerja pembersihan serta pemajuan struktur sementara di tapak asal Pasar Awam Bukit Mertajam itu, sehinggalah mendapat laporan forensik dan surat penyerahan semula bangunan daripada Bomba.

Semalam, laporan Guang Ming Daily seakan menggambarkan kesemua penggerai Pasar Awam Bukit Mertajam akan dipindahkan ke struktur sementara dekat Jalan Pegawai, yang tidak jauh dari tapak asal pasar tersebut.

Rozali cuba menjernihkan tanggapan itu pada sidang media, pagi ini.

Pasar Awam Bukit Mertajam pada awal pagi 4 Februari lepas terlibat dalam satu 'kebakaran besar' dan Ketua Mentera Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa melawat lokasi kejadian mengumumkan kelulusan segera RM20 juta untuk pemajuan semula pusat komersial yang berusia lebih 55 tahun tersebut.

Tunggu Kelantan tumbang macam Kedah, Terengganu PRU14

Sumber: FB Topeng Perak Unmasked

Politik Negeri Kelantan pada penggal ini mula memasuki "era baru".

Era dimana ada banyak watak dalam Pemerintahan.

"Pemerintahan" di Kelantan secara ringkasnya terbahagi kepada 3 peringkat.

Peringkat paling atas ialah "Godfather".

"Godfather" ialah seorang yang amat berkuasa terutama dalam bidang "Sumber Kewangan" & dibantu dengan kemahiran dalam bidang "Perundangan".

Ke 2-2 kelebihan ini membantu "Godfather" berkuasa penuh keatas ke 2-2 entiti dibawah.

Kewangan yang kukuh boleh menyelesaikan masalah Perundangan, manakala Perundangan boleh menyelesaikan masalah Kewangan.

Dengan syarat - Ada kebijaksanaan dalam memanipulasi ke 2-2 kepentingan tadi iaitu "Kewangan" & "Perundangan".

Peringkat pertengahan dipanggil "Puppets".

Ciri-ciri Puppets amat mudah dikenali. Puppet tidak tampil dengan perwatakannya sendiri.

Kebiasaannya, Puppes akan tampil dengan wajah yang "bergaya", "hebat", "penuh karisma" dan pelbagai lagi wajah-wajah yang boleh mnarik perhatian sesiapa saja yang lalai.

Puppets tidak tampil dengan "akal" atau "idea".

Kalau ada pun, pasti akan ditertawakan kerana ia sekadar lontaran sepintas lalu atau dalam dialek Kelantan disebut sebagai "Ikut Tlitah" (ikut terlintas) dengan singkatan - IT.

Akal atau Idea dari puppet kebanyakannya datang secara spontan tanpa kertas kerja yang lengkap.

Ada juga puppet yang pandai melawak & ini adalah biasa.

Tugas puppet pada zahirnya memang untuk "menghiburkan" kita.

Malangnya di Kelantan, kami dihiburkan oleh puppet yang tidak ada "sense of humor".

Puppet ini biasa berbuat lawak kemudian ketawa terbahak-bahak sendirian.Kadang-kadang puppet ini persis CD rosak, asyik mengulang-ulang lawak yang sama dalam majlis yang sama tanpa rasa penat dan lelah.

Ketawa sendiri kerana lawak yang dibuat oleh diri sendiri itu memang satu lawak abadi yang tak boleh dilupakan (noted).

Puppet-puppet ini kerjanya membaca skrip dan menurut arahan "Godfather".

Upahnya agak lumayan.

Memang puppet kerjanya menghibur mengikut skrip "Godfather" dan balasannya adalah upah.

Itu perkara normal - No issue.

Peringkat paling bawah ialah "Balaci".

Balaci-balaci ini ialah manusia bodoh yang hidup sehariannya dijamu dengan makanan-makanan indah dengan perisa "wala'".

Sebahagian besar Balaci biasa mengabdikan diri dengan ikhlas dan "tawaduk" sebab mereka percaya makanan berperisa wala' itu akan membawa mereka ke syurga tanpa hijab.

Sebahagian kecil balaci pula agak sedikit pandai dari balaci-balaci bodoh tadi. Balaci yang pandai ini bijak mengambil kesempatan keatas "Puppets".

Ada Balaci yang pandai, mampu untuk tidak bekerja tetapi masih berjaya mendapat income yang hampir tetap setiap bulan hasil bantuan "puppet".

Ada juga balaci bertaraf "abdi". Balaci bertaraf "abdi" ini cerdik dalam beberapa hal tetapi bodoh dalam banyak hal.

Balaci jenis ini bijak menggunakan harta Persatuan untuk kepentingan diri sendiri. Ini kita panggil "strategic planning".

Sekian.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus