05 March 2014

Struktur sementara kekal di tapak asal Pasar Awam Bukit Mertajam, bukan Jalan Pegawai

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Sr. Rozali Mohamod pagi ini menjernihkan isu "Menyelesaikan Masalah Penjaja Di Tempat Terbuka, Pasar Sementara Dibina Di Jalan Pegawai", sebagaimana dilaporkan akhbar Guang Ming Daily, semalam.

Menurut beliau, pembinaan pasar awam sementara di Jalan Pegawai masih di peringkat kajian, sertai bukan perancangan terdekat MPSP untuk memindah penggerai-penggerai asal Pasar Awam Bukit Mertajam ke sana.

"Perancangan terdekat yang diputuskan adalah untuk membina sebuah struktur sementara di atas tapak asal bagi menempatkan penggerai-penggerai Pasar Awam Bukit Mertajam (di situ)," jelas Rozali, mewakili Yang di-Petua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif kepada wartawan di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini.

Hadir sama, Ahli Majlis MPSP, Tan Cheong Eng.

Rozali memberitahu, pihaknya tidak boleh membuat kerja-kerja pembersihan serta pemajuan struktur sementara di tapak asal Pasar Awam Bukit Mertajam itu, sehinggalah mendapat laporan forensik dan surat penyerahan semula bangunan daripada Bomba.

Semalam, laporan Guang Ming Daily seakan menggambarkan kesemua penggerai Pasar Awam Bukit Mertajam akan dipindahkan ke struktur sementara dekat Jalan Pegawai, yang tidak jauh dari tapak asal pasar tersebut.

Rozali cuba menjernihkan tanggapan itu pada sidang media, pagi ini.

Pasar Awam Bukit Mertajam pada awal pagi 4 Februari lepas terlibat dalam satu 'kebakaran besar' dan Ketua Mentera Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa melawat lokasi kejadian mengumumkan kelulusan segera RM20 juta untuk pemajuan semula pusat komersial yang berusia lebih 55 tahun tersebut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus