|
Mujahid |
MALAYSiA memerlukan 'institutional reform' atau kerangka reformasi institusi pentadbiran negara demi memelihara kedaulatan negara, kata Datuk Dr Mujahid Yusof.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata demikian semasa mengulas mengenai syarikat pertahanan Perancis, DCNS yang didedah 'membeli' satu
dokumen sulit mengenai pembelian kapal selam kelas Scorpene yang sedang dinilai oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk dibeli oleh kerajaan pusat.
"Perjanjian itu bukan berasaskan pada (kepentingan) pertahanan negara dan keperluan nasional, tetapi berasaskan pada ahli-ahli politik yang mahu mengekalkan kuasa.
"Rasuah politik berlaku kerana tiada (doktrin) pengasingan kuasa yang hakiki (sehingga) tiada suasana demokratik yang subur.
"Rasuah berlaku disebabkan tiada peruntukan diberikan kepada semua parti, sesiapapun yang memerintah perlu lihat hakikat ini demi kepentingan negara.
"Setiap tahun, kerajaan (pusat) memberikan geran pada setiap parti politik RM10 juta umpamanya supaya semua parti-parti tidak perlu mendekati (ahli) korporat atau melakukan rasuah politik," kata beliau dalam forum Skandal Scorpene anjuran Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) malam tadi.