14 July 2012

Pemuda, Hafiz Nordin 'pertemuan biasa' - Yusni

Yusni
KETUA Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, pertemuan 'pasukan' beliau dengan Mohd. Hafiz Mohd Nordin di Madrasah An-Nahdhoh, Kubang Semang pada Ahad lepas adalah "pertemuan biasa".

Penjelasan itu sekaligus menolak dakwaan yang didedahkan sebentar tadi, iaitu pertemuan sulit dengan Hafiz Nordin kejut Yusni, pemuda pusat? 

"Itu, pertemuan biasa. Ustaz Hafiz hadir Hari Keluarga (PASTi) di situ atas kapasitinya sebagai ahli lembaga pengarah SRiBU (Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum) dan (atas kapasitinya sebagai) bekas ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

"Pasukan saya tak pernah bertemu dengan Ustaz Hafiz. (Dewan) Pemuda PAS Negeri (Pulau Pinang) tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan (kepada) mana-mana pemimpinnya untuk bertemu dengan Ustaz Hafiz Nordin," ujar beliau petang tadi menerusi telefon sejurus selesai menyertai perhimpunan aman OREN di ibu negara.

Yusni berkata, status terbaru Mohd. Hafiz turut diperjelas seperti yang diminta oleh seorang exco pemuda dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) di Pejabat Agung PAS pagi tadi.

"Setiausaha (Perhubungan PAS Negeri) Mohd Noor (Harun) kata, pihaknya telah hantar laporan mengenai Ustaz Hafiz ini kepada pusat...kita tunggu lah apa tindakan selanjutnya," ujar beliau.

Demi membantu proses siasatan oleh Lembaga Tatatertib PAS Pusat, beliau berkata, pihaknya masih memerlukan bukti berupa rakaman mengenai pertikaian Mohd. Hafiz ke atas kepemimpinan PAS serta Pakatan Rakyat. 

"Apabila isu Ustaz Hafiz ini dibawa ke dalam mesyuarat (dewan) pemuda negeri pun, tidak ada rakaman...hanya bergantung pada cakap-cakap sahaja. Jika ada rakaman, sedap lah (boleh dijadikan bukti)," jelas beliau.

Pagi tadi, Yusni bersama-sama Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang, Mohd. Noor Harun, Afnan Hamimi Taib Azamudden (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang) dan beberapa pemimpin utama negeri didedah mengadakan pertemuan sulit serta usrah dengan Mohd Hafiz.

Sumber pusat dan negeri berkata, pertemuan yang dianggap sulit itu dipertikai kerana Mohd. Hafiz belakangan ini dilihat senada dengan Datuk Dr Hasan Mohd. Ali (bekas pesuruhjaya PAS Selangor merangkap pengasas JATi) mempertikai kepemimpinan Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pemimpin tertentu Pakatan Rakyat. -END

Klik gambar

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus