Skip to main content

Posts

Showing posts from November 21, 2014

MPPP belanja RM3.53 juta naik taraf Lorong Batu Lancang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBBATU LANCANG - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) siap menaik taraf sebahagian Jalan Batu Lancang sepanjang 660 meter, dengan belanja RM3,530,762.50.Wong Hon Wai selaku Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Gian Eng dalam kenyataannya berkata, kerja penaiktarafan jalan tersebut memberi manfaat kepada rakyat, khususnya kira-kira 5,000 murid daripada lima sekolah di sini."Kajian MPPP telah mendapati Lorong Batu Lancang mengalami keseksaan yang teruk pada waktu puncak dan hujung minggu sehingga membahayakan murid daripada lima sekolah di sepanjang jalan ini."Disebabkan itu, dua lintasan berlampu isyarat yang menelan belanja RM90,000 turut dipasang di sini supaya murid Sekolah Kebangsaan Batu Lancang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Georgetown tidak perlu lagi berkongsi sebuah lintasan pejalan kaki seperti dulu," ujar Hon Wai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam di sini, tengah hari tadi.Sebelum itu, Timbalan Peng…

Nik Zawawi gelar ahli PAS sertai PasMa 'munafik haraki'?

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBGEORGE TOWN - Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU) Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh didedah menggelarkan ahli PAS yang menyertai NGO Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sebagai 'munafik haraki' pula.Sumber daripada WhatsApp dipetik, Nik Muhammad Zawawi yang disebut-sebut antara pemimpin mesra idea Kerajaan Perpaduan (UG) dengan Umno sejak tahun 2009 berkenaan berkata demikian dalam majlis liqa' tertutup peringkat parti di kawasan Putatan, Sabah pada 20 November lepas.Mesej mikro itu antara lain mendedahkan Nik Muhammad Zawawi menyebut:"MSU memberi nasihat dan bagi kenyataan kepada ahli PAS agar tidak terlibat dengan PasMa yang jelas digerakkan oleh ahli-ahli PAS yang 'munafik haraki'."Pendedahan infomer itu semasa retreat PAS baru-baru ini telahpun membuat ketetapan supaya anggota pemimpin atasan parti masa depan tersebut mengalu-alukan program dialog dengan pemimpin PasMa kelak.Dalam perkembangan berkaitan, Presiden PasMa,…